Semakan Peka B40 Layak Atau Tidak. Tahukah anda apakah itu PeKa B40? Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) merupakan satu inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ia berhasrat untuk membantu menampung keperluan kesihatan golongan yang berpendapatan rendah. Langkah yang diambil untuk merealisasikan hasrat ini adalah dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD). Berikut dikongsikan cara membuat semakan kelayakan Peka B40 secara online untuk mengetahui samada anda layak atau tidak.
Konsep PeKa B40 adalah seperti berikut:
- Sebanyak RM100 juta diperuntukkan melalui Belanjawan 2019 untuk PeKa B40.
- Ia bermula sebagai projek perintis dan dianggarkan dapat menampung seramai 800,000 orang penerima sebagai permulaan.
- Penerima PeKa B40 akan memperolehinya secara percuma.
- Tawaran ini dibuka buat rakyat Malaysia yang berada dalam lingkungan pendapatan isi rumah 40% terendah, yang dikenali sebagai kumpulan B40.
- Untuk menyertai PeKa B40, kriteria berikut perlu dipenuhi:
- Individu dan pasangan merupakan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang berdaftar.
- Berumur 40 tahun dan ke atas.
- Penyertaan adalah secara automatik dan tiada pendaftaran diperlukan.
Semakan Kelayakan Peka B40 Secara Online (Skim Peduli Kesihatan Untuk Kumpulan B40)
Berikut dikongsikan cara membuat semakan kelayakan PeKa B40 secara Online:
- Klik pada pautan: https://kelayakan.pekab40.com.my/semakan-kelayakan
- Isi nombor Kad Pengenalan/MyKad tanpa sebarang sengkang dan klik Semak.
- Masukkan jawapan pada Soalan keselamatan [1/2]. Klik Tukar Soalan sekiranya ingin menjawab soalan lain (terdapat tiga pilihan soalan iaitu poskod, bandar dan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan). Klik Hantar setelah mengisi jawapan anda.
- Masukkan jawapan pada Soalan keselamatan [2/2] Klik Tukar Soalan sekiranya ingin menjawab soalan lain. Klik Hantar setelah mengisi jawapan anda.
Syarat Kelayakan Menerima PeKa B40
Untuk menyertai PeKa B40, kriteria berikut perlu dipenuhi:
- Rakyat Malaysia yang berada dalam lingkungan pendapatan isi rumah 40% terendah, yang dikenali sebagai kumpulan B40.
- Individu dan pasangan merupakan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang berdaftar.
- Berumur 40 tahun dan ke atas.
Proses Mendapatkan Manfaat PeKa B40
Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu diambil untuk memperoleh manfaat PeKa B40:
- Buat semakan kelayakan di pautan semakan-kelayakan yang dikongsikan di atas
- Sekiranya memenuhi syarat kelayakan, bawa MyKad dan lawati klinik PeKa B40 berdekatan. Klinik-klinik tersebut dapat dikenalpasti melalui pelekat logo PeKa B40. Rujuk pautan ini untuk senarai klinik
- Buat lawatan kali pertama ke klinik:
- Pemeriksaan kesihatan akan dijalankan ke atas diri anda (termasuk kesihatan mental dan pemeriksaan klinikal jika diperlukan).
- Doktor akan menyemak keputusan makmal.
- Spesimen akan dihantar ke makmal untuk diuji.
- Temujanji untuk lawatan kedua akan diaturkan oleh doktor di akhir lawatan pertama atau menerusi panggilan telefon.
- Bagi lawatan kali kedua ke klinik:
- Anda akan menerima khidmat konsultasi.
- Sekiranya keputusan normal, akan dirujuk ke Program Sihat Cerdas.
- Sekiranya keputusan didapati memerlukan rawatan susulan, anda akan dirujuk ke Fasiliti KKM.
Manfaat 1: Bantuan Saringan Kesihatan
- Penerima hendaklah melakukan Saringan Kesihatan (Manfaat 1) supaya layak memperoleh manfaat Bantuan Alat Perubatan (Manfaat 2), Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser (Manfaat 3), dan Insentif Tambang Pengangkutan (Manfaat 4).
- Saringan kesihatan boleh dijalankan oleh doktor di mana-mana klinik swasta yang berdaftar dengan PeKa B40.
- Saringan kesihatan merangkumi:
- Pengambilan sejarah kesihatan serta penyakit individu dan keluarga termasuk faktor risiko kesihatan.
- Saringan kesihatan mental.
- Pemeriksaan fizikal.
- Pemeriksaan klinikal payudara untuk penerima wanita dan pemeriksaan klinikal prostat untuk penerima lelaki yang berisiko.Ujian darah dan ujian air kencing
- Spesimen darah dan air kencing akan diambil dan dihantar ke makmal. Ujian sel darah, ujian kawalan gula darah, ujian paras kolesterol, ujian fungsi buah pinggang dan ujian air kencing akan dijalankan.
- Penerima manfaat tidak perlu berpuasa sebelum melakukan ujian-ujian tersebut.
- Penerima manfaat tidak dikenakan apa-apa bayaran untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan ujian makmal dalam pakej PeKa B40 ini.
- Jika penerima memerlukan rawatan, boleh dirujuk kepada Klinik Kesihatan. Sekiranya penerima sendiri bersetuju untuk dirawat oleh Klinik Swasta, penerima PeKa B40 perlu membayar kos rawatan itu sendiri. Buat masa ini, skim PeKa B40 belum merangkumi sebarang kos rawatan atau ubat.
Manfaat 2: Bantuan Alat Perubatan
- Buat makluman, manfaat ini melibatkan bantuan peralatan perubatan yang diperlukan dalam prosedur atau rawatan tetapi tidak diberikan subsidi kos alat di hospital-hospital KKM.
- Bantuan diberi dalam bentuk alat perubatan yang dibelikan. Had maksima seumur hidup berjumlah RM20,000.
- Alat-alat perubatan bagi Manfaat 2 ini adalah termasuk dalam kategori berikut:
- Stent untuk jantung
- Alat sendi tiruan
- Alat bantuan pendengaran
- Perentak jantung
- Prostesis dan implan untuk tulang belakang
- Prostesis dan ortosis tulang anggota
- Kanta mata intraokular
- Alat terapi pernafasan dan oxygen concentrator
- Bantuan sokongan nutrisi
- Kerusi roda
- Sebelum penerima PeKa B40 dapat memperoleh manfaat ini, Saringan Kesihatan (Manfaat 1) perlu dijalankan terlebih dahulu.
- Manfaat ini hanya sah digunakan sekiranya penerima PeKa B40 dirawat di hospital KKM sahaja. Permohonan hendaklah dilakukan oleh pakar-pakar perubatan KKM bagi pihak pesakit yang menjadi penerima PeKa B40.
Manfaat 3: Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser
- Objektif utama Manfaat 3 ini adalah untuk mendorong pesakit kanser melengkapkan pelan rawatan mereka seperti mana yang telah dirancang oleh pakar kanser KKM. Fokus diberi kepada mereka yang berada di peringkat awal rawatan dan menghidap penyakit pada tahap permulaan.
- Pesakit kanser yang melengkapkan rawatan di Hospital KKM akan dibayar sebanyak RM1,000.
- Sebelum penerima PeKa B40 dapat memperoleh manfaat ini, Saringan Kesihatan (Manfaat 1) perlu dijalankan terlebih dahulu .
- Insentif dibahagikan kepada dua (2) kali bayaran mengikut peringkat rawatan.
- Insentif dibayar secara terus kepada penerima PeKa B40 yang layak melalui akaun bank yang telah didaftarkan.
- Permohonan dan perakuan kelayakan Manfaat 3 perlu dilakukan oleh doktor atau pakar perubatan KKM bagi pihak pesakit yang menjadi penerima PeKa B40.
Manfaat 4: Insentif Tambang Pengangkutan
- Manfaat 4 pula bertujuan untuk meringankan beban bayaran kos pengangkutan sekiranya penerima mendapatkan rawatan di hospital KKM. Namun ia tidak meliputi keseluruhan kos perjalanan.
- Penerima Manfaat 2 (Bantuan Alat Perubatan) atau/ dan Manfaat 3 (Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser) sahaja akan memperoleh manfaat tambang pengangkutan ini.
- Had maksima bantuan yang boleh diterima:
- RM500 untuk Semenanjung Malaysia
- RM1,000 untuk Sabah, Sarawak atau Labuan
- Amaun insentif tambang yang akan dibayar bergantung pada jarak antara hospital dan rumah penerima. Ia juga mengikut kadar yang telah ditetapkan.
- Pegawai Kerja Sosial Perubatan atau pegawai perubatan yang merawat yang perlu membuat Permohonan dan perakuan kelayakan Manfaat 4.
- Pembayaran insentif akan dibuat kepada penerima menerusi akaun bank yang telah didaftarkan.
Maklumat Lanjut Semakan Kelayakan PeKa B40
Berikut dikongsikan info-info berkaitan sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang Semakan Kelayakan Peka B40 Online:
ProtectHealth Corporation Sdn Bhd
- F01 & F02, Tingkat 1, Blok 2300,
Century Square, Jalan Usahawan,
63000 Cyberjaya, Selangor - Telefon: +603 8687 2500
Emel: info@pekab40.com.my
Diharap agar maklumat yang disediakan memberi manfaat kepada anda. Selamat membuat Semakan Kelayakan Peka B40 secara Online.