Panduan buat para guru. Adakah anda salah seorang guru yang telah apply pertukaran guru antara bahagian/negeri, antara daerah dan dalam daerah bagi pertukaran sesi 2023/ 2024? Sekiranya begitu, pasti anda tertanya-tanya bagaimana cara untuk membuat semakan egTukar. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Semakan Keputusan egTukar 2024 Sesi pertukaran Januari Dan Jun secara Online. Tarikh keputusan pertukaran guru akan dimaklumkan di Modul e- GTukar secara dalam talian.
Buat pengetahuan semua, e-Gtukar adalah modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang bertujuan untuk memudahkan para guru dan pentadbir sistem untuk membuat pertukaran atas sebab-sebab yang dibenarkan. Ianya telah dibangunkan sendiri oleh beberapa sektor dalam KPM seperti Sektor Operasi Pendidikan (SOP), Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) dan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM). Adalah diingatkan hanya guru yang telah berdaftar dalam Pentadbiran Sistem dan Pentadbir Sistem yang dilantik oleh KPM sahaja boleh menggunakan modul ini.
Semakan Keputusan egTukar 2024 Sesi Januari Dan Jun (Status Pertukaran)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan semakan keputusan egTukar iaitu semakan keputusan pertukaran guru sesi pertukaran 2022/ 2023 yang merangkumi tarikh, aplikasi serta maklumat semakan yang lain. Maklumat bagi sesi pertukaran 2023/2024 akan dikemaskini dari semasa ke semasa:
Tahniah diucapkan kepada guru-guru yang berjaya dalam pertukaran guru mereka.
Aplikasi Semakan egTukar Online
Rujuk aplikasi semakan keputusan egTukar di pautan sistem egtukar berikut:
1.Akses aplikasi semakan di pautan ini: Sistem Semakan epgo
2. Masukkan ID Pengguna, Kata laluan dan nombor Kad Pengenalan. Klik OK
3. Bagi sesi Januari 2023 & Jun 2023 keputusan boleh disemak untuk pertukaran Antara Negeri/Bahagian, Antara Daerah dan Dalam Daerah. Semakan dapat dibuat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dengan gred seperti di bawah:
- DG29
- DG32 (KUP TIME-BASED)
- DG34 (KUP TIME-BASED)
- DG38 (KUP TIME-BASED)
- DG41
- DG42
- DG44 (KUP TIME-BASED)
- DG48 (KUP TIME-BASED)
- DG52 (KUP TIME-BASED)
- DG54 (KUP TIME-BASED)
Cara Semak
- Klik Menu SEMAKAN di Menu Capaian Application
- Skrin akan menunjukkan paparan dimana pemohon boleh mengetahui status yang terkini.
- Sistem akan memaparkan nombor kad pengenalan beserta nama pemohon dan status terkini. Contoh status adalah:-
- Application anda belum mendapat pengesahan Guru Besar / Pengetua
- ATAU
- Application pertukaran ke Sarawak Tidak diluluskan. Surat kelulusan rasmi akan dihantar melalui Jabatan Pelajaran Negeri
- Application anda belum mendapat pengesahan Guru Besar / Pengetua
Keputusan Pertukaran Guru Antara Negeri/Bahagian | |||
SESI | TARIKH SEMAKAN | ||
Jun 2023 | 26 MEI 2023 | ||
Januari 2023 | 9 DISEMBER 2022 |
Keputusan Pertukaran Guru Antara Daerah dan Dalam Daerah | |||
SESI | TARIKH SEMAKAN | ||
Jun 2023 | 26 MEI 2023 | ||
Januari 2023 | 9 DISEMBER 2022 |
Keputusan Penempatan Guru | |||
SESI | TARIKH SEMAKAN | ||
Jun 2023 | 26 MEI 2023 | ||
Januari 2023 | 9 DISEMBER 2022 |
Info Penting
Guru gagal dalam memohon pertukaran adalah kerana tidak memenuhi tiga kriteria berikut:
- Kepentingan perkhidmatan
- Kekosongan jawatan
- Keperluan opsyen di negeri yang dimohon
Tarikh bagi kuat kuasa pertukaran guru adalah seperti berikut:
- 3 Januari 2022 : Tarikh kuat kuasa dan lapor diri bagi guru bukan peperiksaan (sekolah rendah dan sekolah menengah)
- 21 Mac 2022 : tarikh kuat kuasa dan lapor diri bagi guru kelas peperiksaan SPM, STPM, STAM, SPMV
Selamat membuat semakan keputusan pertukaran guru tahun 2023 secara online melalui Modul egTukar. Moga application anda berjaya sekaligus dapat terus mendidik anak bangsa dengan jayanya.
Related : sesi januari 2021, modul pengurusan guru, https epgo.moe.gov.my, guru bukan kelas peperiksaan