Semak Keputusan Tawaran Guru Interim KPM 2020 Online. Perhatian kepada pelajar lepasan ijazah sarjana muda universiti awam atau swasta yang telah membuat permohonan Guru Interim bagi tahun 2020. Berikut dikongsikan maklumat dan panduan semakan keputusan Guru Interim Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ambilan tahun 2020 yang boleh disemak secara online di myGI.
Sebagai makluman, pemohon yang berjaya mendapat tawaran sebagai Guru Interim akan ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). Tempoh interim adalah selama tiga (3) tahun sahaja dan pengambilan adalah berdasarkan Skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).
Semakan Keputusan Permohonan Guru Interim KPM 2020
Berikut dikongsikan maklumat berkenaan semakan keputusan Guru Interim KPM 2020 Online berdasarkan Kalender Proses Kerja Pengambilan Guru Interim Di SK dan SJKC oleh KPM.
Calon yang berjaya mendapat tawaran sebagai Guru Interim dikehendaki untuk mengikuti latihan Diploma Perguruan Lepas Ijazah (DPLI). Latihan ini dilakukan secara Mod Latihan Perguruan Kursus Dalam Cuti (KDC) di Institusi Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dalam tempoh yang diteteapkan.
Tarikh Penting Semakan Keputusan Guru Interim
Dibawah adalah tarikh rasmi yang dinyatakan oleh KPM melibatkan semakan UKCG – Ujian Kelayakan Calon Guru, semakan tawaran dan penempatan ke sekolah :-
A. Semakan UKCG
- Tarikh buka: Oktober 2019
B. Semakan Tawaran
- Tarikh buka: Januari 2020
C. Penempatan Ke Sekolah
- Tarikh buka: 4 Februari 2020
Cara Semakan Keputusan Guru Interim
Berikut adalah aplikasi semakan online yang disediakan oleh KPM bagi pemohon Guru Interim membuat semakan sama ada permohonan sebagai Guru Interim 2020 yang telah di kemukakan oleh pemohon berjaya atau tidak.
Aplikasi Semakan Guru Interim (myUMUM & myGI)
- PISMP
- Klik myGI http://apps-ach.net/myGI/
Kaedah Dan Cara Membuat Semakan Tawaran
1. Sila masukkan No Kad Pengenalan pemohon dan kata laluan pada ruang Log Masuk Sistem yang terdapat di Aplikasi Semakan Guru Interim
2. Kemudian klik pada butang Log Masuk untuk mengakses sistem semakan tawaran
Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak surat tawaran sementara manakala surat tawaran rasmi boleh didapati selepas melaporkan diri di tempat yang akan ditetapkan
Maklumat Jawatan Guru Interim KPM
1. Jawatan/ Gred: Guru Interim/ Gred DC41
2. Bayaran Elaun Bulanan: RM 2,149.03 bagi ijazah kepujian
3. Pemohon yang berjaya perlu menduduki Ujian Psikometrik sebelum ditemu duga bagi jawatan Guru Interim
4. Permohonan yang berjaya ditawarkan tempat hendaklah bersetuju dan patuh dengan syarat-syarat surat tawaran interim serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa untuk berkhidmat di mana-mana sekolah sama ada di kawasan bandar atau pedalaman
5. Pemohon yang berjaya perlu berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun di sekolah yang ditetapkan dan tidak akan dipertimbangkan sebarang permohonan pertukaran sepanjang tempoh interim
6. Pemohon yang tidak menerima sebarang maklumat selepas 3 November 2019 adalah dianggap tidak berjaya. KPM tidak akan mengeluarkan makluman secara bersurat kepada pemohon.
Maklumat Lanjut Permohonan Dan Semakan Guru Interim KPM
Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi :
- Pusat Hal Ehwal Pelajar (PHEP) Institusi Pendidikan Guru Malaysia
- Kementerian Pendidikan Malaysia
- Aras 2, Blok 2250 , Jalan Usahawan 1
- 63000, Cyberjaya
- No Telefon Pejabat : 03-8312 6666/03-8312 6720/ 6730/ 6768/ 6627/ 6758/ 6693/ 6733
- No Fax : 03-8312 6655
- emel :uppp@ipgm.edu.my
- Iklan Pengambilan Guru Interim KPM 2020
Selamat membuat Semakan Guru Interim KPM 2020 Online untuk semua pemohon lepasan ijazah IPTA dan IPTS. Ucapan tahniah kepada pemohon yang berjaya mendapat tawaran sebagai guru interim.