Keputusan Permohonan IKBN/ IKTBN/ AKBG Sesi 1 2025 Dan Sesi 2 2024 Online. Perhatian buat pelajar termasuk lepasan SPM yang telah membuat Permohonan kemasukan ke ILKBS ambilan Julai atau Sesi 2 2024. Dikongsikan dari maklumat Portal Rasmi eikbn, tarikh semakan keputusan IKBN, IKTBN dan AKBG iaitu ILKBS (Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan) sesi Julai 2024 boleh disemak pada Julai 2024 bagi lepasan SPM dan bagi lepasan SKM dan ST.
ILKBS merangkumi 13 buah Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), 8 buah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan 1 Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG). ILKBS kini dibawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
KEPUTUSAN ILKBS SESI 1 2025 & SESI 2 2024 ONLINE |
Berikut dikongsikan maklumat Semakan Keputusan IKBN (ILKBS) sesi kemasukan Sesi 1 2025 dan Sesi 2 2024 yang boleh disemak secara Online. Maklumat yang dikongsikan termasuk tarikh tutup permohonan, panggilan temuduga, semakan keputusan IKBN (ILKBS), permohonan rayuan dan tarikh pendaftaran pelajar. Maklumat bagi tahun 2025 akan dikemaskini.
Untuk makluman, Latihan kemahiran sepenuh masa di ILKBS dijalankan di antara 18 bulan hingga 36 bulan mengikut bidang kemahiran yang diambil |
A. SESI 1 2025 |
- Sistem Permohonan ke ILKBS dibuka dan ditutup : 1 Oktober 2024 hingga 15 November 2024
- Panggilan Temuduga : 25 November – 6 Disember 2024 (Program bertemuduga sahaja)
- Semakan keputusan ILKBS kemasukan ke IKBN, IKTBN, AKBG sesi 1 2025 : 9 Disember 2024
- Pengesahan Terima atau tolak tawaran ke ILKBS : 9 Disember 2024 – 5 Januari 2025
- Permohonan rayuan : –
- Semakan keputusan IKBN rayuan : –
- Pendaftaran pelajar baharu sesi 1 2025 : 3 Februari 2025
Sebarang perubahan tarikh akan dikemaskini dari masa kesemasa. Pemohon adalah dinasihatkan untuk melayari Portal Rasmi eikbn untuk mendapatkan tarikh rasmi semakan.
B. SESI 2 2024 |
Tarikh penting permohonan dan semakan keputusan IKBN, IKTBN dan AKBG (ILKBS) sesi Julai tahun 2024 adalah seperti berikut:-
- Sistem Permohonan ke ILKBS melalui UPUonline/ TVET MADANI/ekampus ditutup : 11 Jun 2024
- Permohonan UPUskills untuk calon Sijil Lepasan SKM/ ST atau Diploma Kemahiran Malaysia untuk sambung tahap : (Akan dikemaskini)
- Permohonan secara manual untuk lepasan SPM tahun 2020 ke bawah di mana-mana cawangan ILKBS : –
- Panggilan Temuduga : akan dikemaskini – Bagi pemohon yang memohon program bertemuduga sahaja :
- di https://ekampus.kbs.gov.my/
- Semakan keputusan IKBN, IKTBN, AKBG kemasukan ke ILKBS : akan dikemaskini (Lepasan SPM) & (Lepasan SPM/ SKM/ ST)
- Pengesahan samada Terima/ tolak tawaran ke ILKBS : akan dikemaskini
- Pendaftaran pelajar baharu ambilan : akan dikemaskini
PAUTAN SEMAKAN KEPUTUSAN IKBN (ILKBS) 2025 ONLINE |
Untuk membuat semakan keputusan ILKBS, sila klik applikasi semakan yang boleh dilayari di
|
Semakan TEMUDUGA Kemasukan Institut Kemahiran Belia dan Negara (IKBN) Sesi Pengajian Januari 2025 boleh disemak di
- SEMAKAN IKBN (akan dikemaskini)
- Nota : Mereka yang terlepas untuk memohon sesi Januari 2025, anda boleh membuat permohonan sesi Julai 2025
CARA HUBUNGI ILKBS |
Untuk sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila hubungi ILKBS di talian berikut :-
- 03-8871 3685/ 03-8871 3646/ 03-8871 3690
Selamat membuat Semakan Keputusan IKBN (ILKBS) 2025 Online. Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke ILKBS untuk sesi 1 2025 dan sesi Julai 2025. Moga anda berjaya menambahkan ilmu kemahiran dalam bidang yang dipilih nanti.