Cara Semak Keputusan Tawaran Ke MRSM 2026 Tingkatan 1 dan 4 Online Dan SMS. Bila tarikh semakan keputusan MRSM 2026 ke Tingkatan 1 & 4? Perhatian buat pelajar Tahun 6 serta Tingkatan 3 2025 yang ada membuat application ke MRSM Tingkatan Satu (1) ambilan tahun 2026. Semakan Keputusan MRSM Tingkatan 1 dan semakan keputusan MRSM Tingkatan 4 2026 secara online akan diumumkan mulai Disember 2025. Tarikh semakan terkini Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) tahun 2026 boleh dirujuk di Portal Rasmi MARA.
Semakan ke Tingkatan Empat (4) MRSM juga dijangka diumumkan pada tarikh yang sama dengan semakan MRSM tingkatan 1 sekitar bulan Disember 2025. Pemohon adalah disarankan untuk merujuk kepada pengumuman dari Portal Rasmi MARA di Bahagian Terkini dan Pengumuman untuk mendapatkan tarikh rasmi semakan.

Semakan Keputusan Tawaran Ke MRSM 2026 Tingkatan 1 Online Dan SMS
Sebagai panduan, berikut dikongsikan maklumat penting semakan keputusan tawaran MRSM Tingkatan 1 ambilan tahun 2026 meliputi tarikh penting dan applikasi semakan.
Juga dikongsikan sedikit maklumat Ujian Kecenderungan Kemasukkan ke MRSM Ulul Albab (UKKM) dan juga e-rayuan MRSM.
Semakan UKKM Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM / Ujian Khas Ulul Albab, IGCSE, Teknikal 2026
Semakan tarikh UKKM/ Ujian Khas secara atas talian akan mula dibuka pada jam 3.00 petang 5 November 2025 hingga 27 November 2025
Untuk semakan, sila layari
PERHATIAN :
- 1. Semua calon PERLU membawa dokumen yang disenaraikan dalam surat panggilan ujian
- 2. Dua (2) salinan surat panggilan menduduki UKKM/ Ujian Khas
- 3. Kad pengenalan calon (MyKad/MyKid)
- 4. Alat tulis (Pensil 2B atau dan pensil BB, pemadam dan pengasah pensil)
- 5. Penggunaan kalkulator saintifik bagi kegunaan Subjek Matematik hanya kepada calon UKKM Tingkatan 4 sahaja.
Sebarang pertanyaan sila emelkan kepada pengambilanpelajar@mara.gov.my

Panduan UKKM Ulul Albab
- Semakan dan pendaftaran
- Hafazan Kuarantin – Hafaz semua ayat-ayat hafazan yang akan diberikan dalam masa 20 minit. Aspek yang dinilai adalah hafazan, tajwid dan kelancaran.
- Ujian Hafazan – Hafazan Wajib
Cara Semakan Keputusan MRSM Tingkatan 1 Tahun 2026
Berikut adalah tarikh penting semakan keputusan MRSM Tingkatan 1 2026 beserta tarikh rayuan sebagai rujukan. Keputusan ke MRSM bagi Tingkatan 1 Tahun 2026 boleh disemak mulai.
- 26 Disember 2025
- Surat tawaran MRSM rasmi boleh dicetak applikasi semakan tawaran keputusan yang disertakan
- Sila beri maklumbalas penerimaan melalui sistem semakan tawaran.
- WAJIB buat Pengesahan TERIMA / TOLAK dalam tempoh 7 hari. Calon yang tidak membuat pengesahan dalam tempoh yang ditetapkan dianggap MENOLAK TAWARAN MRSM*
- Calon tidak berjaya boleh buat rayuan online. Hanya rayuan online sahaja yang akan dipertimbangkan untuk pengambilan seterusnya jika ada kekosongan
Applikasi Semakan Keputusan MRSM Tingkatan 1 Atas Talian/ Online
Surat tawaran rasmi boleh dicetak dengan melayari pautan di bawah. Pemohon yang tidak berjaya dan ingin membuat rayuan boleh membuat rayuan melalui pautan yang sama.. Semakan boleh dibuat melalui portal semakan seperti di pautan URL di bawah ini:-
1. Semakan Secara Online
Sila klik applikasi semakan di bawah ini yang akan diaktifkan pada tarikh keputusan diumumkan :-
- Tingkatan 1 : https://mrsm.mara.gov.my/semakmrsmT1/
2. Semakan Melalui SMS Melalui perkhidmatan mySMS :
Akan dikongsikan jika semakan SMS ada disediakanmara mrsm angka giliran dan hantar ke 15888
Semakan Berkaitan
- Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1 dan 4 Online – Klik SBP Tingkatan 1
e-Rayuan MRSM Tingkatan 1 (Murid Yang Gagal)
Rayuan bagi pelajar yang gagal dalam mendapat tawaran MRSM boleh dibuat secara online. Namun, keputusan rayuan adalah berdasarkan kepada jumlah kekosongan setelah hari pendaftaran pelajar ke MRSM.
Pemohon yang tidak berjaya pada pengambilan pertama akan diberi peluang untuk mengemukakan rayuan secara online bermula dari 26 Disember 2025 sehingga 13 Januari 2026. Applikasi rayuan adalah sama dengan applikasi semakan keputusan MRSM Tingkatan 1 yang dikongsikan di atas tadi.
Satu paparan menunjukkan permohonan calon tidak berjaya, calon perlu membuat rayuan dengan mengisi nota dan klik butang Hantar. Calon boleh mengambil masa untuk menulis nota dalam membuat rayuan untuk mendapatkan penempatan di dalam MRSM
Sekiranya tiada butang rayuan, ini bermaksud:
1. Keputusan Ujian UKKM calon tidak melepasi syarat kelayakan minima
2. Ibu bapa dalam senarai hitam MARA (peminjam atau penjamin)
3. Calon tidak melepasi syarat kelayakn minima UKKM kerana tawaran masih berdasarkan merit walaupun dikeluarkan daripada senarai hitam MARA
Semakan Keputusan MRSM Tingkatan 4 2026 Online dan SMS
Tahniah buat pelajar Tingkatan 3 yang telah memohon ke MRSM 2026. Bilakah tarikh semakan keputusan MRSM Tingkatan 4 iaitu ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) 2026 bagi Form 4?
Sehubungan dengan itu, semakan tawaran ke MRSM bagi ambilan tahun 2026 akan diumumkan pada 26 Disember 2025. Semakan keputusan tawaran dan penempatan boleh dilakukan secara online.

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan Semakan Keputusan MRSM Tingkatan 4 Online seperti tarikh rasmi semakan dan juga panduan applikasi semakan.
Tarikh Rasmi Semakan Tawaran MRSM Tingkatan 4
Portal semakan keputusan tawaran mula dibuka adalah pada 26 Disember 2025
1. Applikasi Semakan MRSM Tingkatan 4 Atas Talian/Online
Pemohon yang berjaya akan menerima maklumat melalui Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS). Surat tawaran rasmi boleh dicetak melalui link URL yang disediakan di bawah:
Pemohon yang gagal dan ingin membuat rayuan boleh membuat rayuan dengan melayari pautan yang sama. Semakan boleh dibuat melalui portal semakan yang dikongsikan seperti berikut.
Anda boleh semak keputusan tawaran anda melalui applikasi semakan yang akan dibuka:
2. Semakan Melalui SMS Dengan Perkhidmatan mySMS
Selain semakan secara online, anda juga boleh membuat semakan melalui SMS:
Taip mara <jarak> mrsm <jarak> angka giliran dan hantar ke 15888
Sila lakukan pengesahan penerimaan atau penolakkan dalam masa tujuh (7) hari. Calon yang gagal mengesahkan status penerimaan akan dikira menolak tawaran tersebut. Surat tawaran MRSM rasmi boleh dicetak melalui aplikasi semakan tawaran keputusan yang disertakan.
Rayuan ke MRSM Tingkatan 4
Rayuan boleh dilakukan bagi pemohon yang tidak berjaya mendapat tawaran pengambilan pertama MRSM dan boleh dibuat secara online di sistem applikasi semakan yang sama. Keputusan rayuan bergantung kepada jumlah kekosongan semasa hari pendaftaran pelajar ke MRSM.
Rayuan bermula dari tarikh keputusan pertama diumumkan sehingga Tarikh 13 Januari 2026.
Aplikasi rayuan adalah sama dengan aplikasi semakan keputusan MRSM Tingkatan 4 yang dikongsikan di atas tadi. Keputusan rayuan tetap bergantung pada merit dan tempat kosong yang terdapat selepas pendaftaran pelajar baru.
Jika butang rayuan tidak ada, ini bermakna calon tidak melepasi syarat kelayakan minima dalam Ujian UKKM, ibu bapa calon dalam senarai hitam MARA (peminjam atau penjamin) dan calon tidak melepasi syarat kelayakan minima MRSM kerana tawaran berdasarkan merit walaupun telah dikeluarkan daripada senarai hitam MARA.
Semakan Keputusan Rayuan MRSM Tingkatan 4
Menurut makluman Portal Rasmi MARA, keputusan rayuan boleh disemak pada 6 – 10 Februari 2026. Calon yang tidak mendapat sebarang makluman sehingga bulan Mei dianggap tidak berjaya
- Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui Perkhidmatan Pesanan Ringkas atau SMS atau email.
- Surat tawaran rasmi boleh dicetak melalui pautan yang sama seperti semakan secara atas talian.
- Anda mesti sahkan penerimaan atau penolakan selewatnya dalam tempoh 7 hari
- Sekiranya anda tidak mengesahkan penerimaan, ia akan diambil kira sebagai menolak tawaran tersebut.
Cara Hubungi
Untuk sebarang pertanyaan atau masalah yang dihadapi sila hubungi
- Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian 03-2613 4531, 03-2613 4532, 03-2613 4533, 03-2613 4516, 03-2613 4517 dan talian MARA Call Centre di 03-2613 2000
Selamat membuat Semakan Keputusan MRSM Tingkatan 1 & 4 2026 Online. Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat tawaran ke Maktab Rendah Sains MARA ambilan 2026 Form 1 dan Form 4 yang merupakan antara sekolah terbaik di Malaysia. Kepada yang gagal dalam application pertama, jangan berputus asa. Sila buat eRayuan MRSM pada masa yang telah ditetapkan. Semoga anda berjaya.
Ref : 1 dan tingkatan 4, majlis amanah rakyat mara, sistem pesanan ringkas sms, keluarga berpendapatan rendah, semakan tawaran kemasukan ke maktab rendah sains mara mrsm, ujian kecenderungan kemasukan mrsm ukkm, kad pengenalan,
