Cara Semak Keputusan PSPM Matrikulasi Sesi 2024/ 2025 Online. Perhatian buat calon peperiksaan semester Program Matrikulasi. Berikut dikongsikan tarikh penting Semakan Keputusan PSPM 2024/ 2025 melibatkan Program Matrikulasi Sistem Dua Semester (SDS) Semester I dan Program Matrikulasi Sistem Empat Semester (SES) semester I & III sesi 2024/ 2025. Semakan keputusan peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) boleh disemak melalui kaedah semakan seperti butiran dan tarikh/ masa yang dinyatakan di bawah ini.
Program Matrikulasi KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) adalah program persediaan bagi pelajar bumiputera dan 10% bukan Bumiputera lulusan Sijil Pelajaran Malaysia. Ianya untuk melayakkan pelajar dalam mengikuti kursus peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas di universiti awam (UA).
Semakan Keputusan Peperiksaan Matrikulasi SDS SES Sesi 2024/ 2025 Online
Berikut dikongsikan maklumat penting dan panduan dalam membuat semakan keputusan Peperiksaan Matrikulasi sesi 2024/ 2025 untuk Program Matrikulasi 1 tahun semester I dan Program Matrikulasi 2 tahun semester I & III.
Tempoh pengajian program pra-universiti adalah selama dua semester atau setahun bagi Matrikulasi Satu Tahun (SDS) manakala bagi Matrikulasi 2 (Dua) Tahun ( SES ) adalah untuk tempoh 4 semester. Keputusan yang cemerlang membolehkan pelajar untuk melanjutkan pelajaran lebih tinggi ke IPTA melalui Permohonan UPU online.
Cara Semakan Keputusan PSPM Online
Panduan dalam membuat semakan adalah seperti dikongsikan di bawah ini :-
A. Tarikh Semakan PSPM
Berikut adalah tarikh penting semakan keputusan PSPM untuk SDS dan SES.
1. Program Matrikulasi 1 Tahun (SDS) Semester I Sesi 2024/ 2025
- Keputusan PSPM I akan diumumkan pada 18 Februari 2025 (Hari Selasa) bermula jam 1001 pagi
2. Matrikulasi Dua Tahun (SES) Semester I Sesi 2024/ 2025
- Keputusan PSPM I akan diumumkan pada 18 Februari 2025 (Hari Selasa) bermula jam 1001 pagi
3. Matrikulasi 2 Tahun (SES) Semester III Sesi 2024/ 2025
- Keputusan PSPM III akan diumumkan pada 18 Februari 2025 (Hari Selasa) bermula jam 1001 pagi
Nota * : Semua maklumat adalah tertakluk kepada perubahan dan pindaan.
C. Kaedah Semakan Keputusan PSPM 2024/ 2025
Keputusan PSPM sesi 2024-2025 (result peperiksaan semester program matrikulasi) boleh disemak melalui kaedah semakan seperti berikut :-
a) Melalui Laman Web
- Layari https://matrikulasi.moe.gov.my/system/index.cfm
Masukkan No. Matrik + 6 Digit terakhir No. KP
(calon boleh muat turun slip keputusan peperiksaan)
b) Kolej Masing-Masing
- Edaran slip keputusan peperiksaan
c) Panggilan Telefon
- i. Kolej masing-masing
- ii. Sektor Pengurusan Peperiksaan, Bahagian Matrikulasi KPM di talian 03-8884 4083/ 4020
d) SMS
MOE<jarak>MAK<jarak>NoKP & SMS ke 15888
Maklumat Lanjut Semakan PSPM 2024/ 2025
- Syarat kelayakan meneruskan pengajian perlu merujuk Panduan Program Matrikulasi 1 Tahun (SDS) dan Program Matrikulasi 2 Tahun (SES), Sesi 2024/ 2025.
- Calon-calon yang ingin membuat rayuan semak semula keputusan boleh merujuk syarat/ peraturan semak semula keputusan peperiksaan di laman web Kementerian Pendidikan Malaysia http://www.moe.gov.my atau melalui panduan Kolej Matrikulasi Perak.
Selamat membuat semakan keputusan Peperiksaan Matrikulasi 2024/ 2025 secara online. Semoga pelajar Matrikulasi berjaya dengan cemerlang dalam keputusan peperiksaan yang akan diumumkan nanti.