Seperti sedia maklum, application ke IPTA melalui UPU sudah ditutup pada 31 Mac 2024 yang lepas. Keputusan hebahan lepasan SPM akan bermula pada 28 Jun 2024. Kepada pemohon yang berjaya memasuki UA, Politeknik, ILKA dan Kolej Komuniti, sekalung tahniah diucapkan. Untuk mereka yang tidak berjaya pula, anda boleh membuat rayuan di UPU. Semakan keputusan rayuan UPU boleh dibuat pada 6 hingga 15 Ogos 2024 (7 hingga 11 Ogos 2023) untuk lepasan SPM manakala untuk lepasan STPM/ setaraf semakan rayuan boleh dibuat bermula pada tarikh yang juga akan dikemaskini (Fasa 1) hingga (akan dikemaskini) (Fasa 2).
Tawaran pemilihan adalah terhad berdasarkan kekosongan di universiti. Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan keputusan rayuan UPU 2024 online.
Semakan Keputusan Rayuan UPU Sesi 2024-2025
Tarikh-tarikh penting UPU boleh didapati di laman web rasmi UPU. Berikut adalah cara untuk membuat semakan rayuan UPU 2024 Online. Penting untuk makluman semua, sistem semakan applikasi secara online dan SMS di buka bermula dari tarikh hebahan sahaja.
Tarikh Penting Keputusan Rayuan UPU 2024
Para pemohon yang membuat rayuan boleh merujuk beberapa tarikh seperti berikut yang merupakan tarikh penting semakan keputusan rayuan UPU.
Lepasan SPM/ Setaraf | |||
Tarikh Buka | Tarikh Tutup | ||
5 Ogos 2024 (12 tengahari) | 15 Ogos 2024 (5 petang) | ||
Hebahan kedua: Akan dikemaskini (12 tengahari) | Akan dikemaskini (11:59 malam) |
Keputusan rayuan UPU untuk lepasan STPM dan setaraf adalah seperti berikut :-
Lepasan STPM/ Setaraf | |||
Tarikh Buka | Tarikh Tutup | ||
Fasa 1 : 4 Oktober 2024 (12.00 tengahari) | 12 Oktober 2024 (5.00 petang) | ||
Fasa 2 : Akan dikemaskini | – (1200 tengahari) |
Pautan URL Semakan Rayuan UPU 2024 Online
Semakan Keputusan Rayuan Secara SMS
Tiada perkhidmatan SMS disediakan, sebaliknya pemohon boleh membuat semakan melalui aplikasi UPUPocket.
Para pemohon boleh membuat semakan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Caranya adalah seperti berikut:
UPU <jarak> RESULT <jarak> NO KAD PENGENALAN kemudian hantar SMS ke 15888
Semakan Aplikasi UPUPocket
Penguna juga boleh memuat turun dan menggunakan aplikas UPUPocket seperti pautan berikut:
Cara Hubungi
Jika terdapat sebarang persoalan berkaitan UPU, pemohon boleh berhubung terus di talian helpline UPU di 03-8684 2363.
Pemohon juga boleh pergi terus ke kaunter runding cara UPU di lobi KPT di Kementerian Pengajian Tinggi layari laman web rasmi UPU. Sebagai maklumat tambahan, talian helpline UPU hanya boleh dihubungi ketika waktu bekerja sahaja iaitu isnin hingga jumaat jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang.
Semoga perkongsian Semakan Keputusan Rayuan UPU 2024 Online ini sedikit sebanyak dapat membantu memudahkan urusan para pemohon. Adalah digalakkan untuk pemohon kongsikan info ini dengan rakan-rakan yang lain. Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya mendapat tawaran. Selamat maju jaya!