Keputusan Peperiksaan STAM 2024 Secara Online Dan SMS. Bilakah tarikh rasmi keputusan STAM 2024 diumumkan? Nantikan makluman rasmi dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk tarikh rasmi semakan keputusan STAM 2024 (Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia). Berdasarkan kepada tarikh keputusan tahun-tahun lepas, semakan pada kelazimannya diumumkan pada pertengahan bulan Januari tahun berikutnya setiap tahun. Akibat pandemik COVID-19, result kini diumumkan sekitar pertengahan tahun.
Para pelajar boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka melalui kaedah semakan SMS serta semakan secara atas talian/ online yang disediakan oleh KPM.
Cara Semak Keputusan STAM 2024 Secara Online Dan SMS
Berikut adalah tarikh rasmi keputusan peperiksaan STAM 2023 diumumkan dan juga tarikh tahun-tahun sebelumnya. Maklumat bagi tahun 2024 akan dikemaskini:-
- 2023 : 26 Mac 2024 (Selasa), jam 1000 pagi
- 2022 : 18 April 2023 (Selasa), jam 1000 pagi
- 2021 : 30 Jun 2022 (Khamis)
- 2020 : 17 Jun 2021 (Khamis)
- 2019 : 22 Januari 2020 (Rabu)
- 2018 : 17 Januari 2019 (Khamis)
- 2017 : 18 Januari 2018 (Khamis)
- 2016 : 19 Januari 2017
- 2015 : 21 Januari 2016
- 2014 : 28 Januari 2015
Semakan Keputusan STAM 2023 Secara Online Dan SMS
Berikut adalah kaedah semakan STAM yang disediakan untuk keputusan tahun 2023 seperti makluman dari kenyataan media KPM.
A. Semakan Secara Online
Aplikasi semakan keputusan secara online yang disediakan oleh KPM adalah seperti berikut :-
- Klik myresultstam
- Sila masukkan No Kad Pengenalan dan No angka giliran
- Analisis keputusan peperiksaan STAM tahun ini klik Analisa Result STAM.
Semakan ini memaparkan keputusan penuh yang sebelum ini hanya boleh diperolehi di Sekolah masing-masing ataupun Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat pelajar mendaftar.
B. Kaedah Semakan Melalui SMS
Semakan result STAM 2023 (untuk ringkasan keputusan) juga boleh dibuat menggunakan khidmat pesanan ringkas mySMS. Berikut adalah cara membuat semakan melalui SMS:-
- Taip STAM [No Kad Pengenalan] [Angka Giliran] dan hantarkan ke 15888
Perkhidmatan akan diaktifkan bermula jam 1000 pagi, pada tarikh keputusan diumumkan iaitu dari 26 Mac 2024 sehingga 1 April 2024 jam 600 petang.
Nota
Bagi calon sekolah yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan mengenal pasti calon tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan
Bagi calon persendirian yang tidak mempunyai capaian internet pula, pihak Jabatan Pendidikan Negeri/ Pejabat Pendidikan Daerah akan mengenal pasti calon persendirian tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan.
Selamat membuat semakan. Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. Untuk makluman, Permohonan UPU 2024 ke UA/ IPTA akan dibuka semula pada bulan Mei 2024 nanti.