Cara Semak Keputusan Matrikulasi 2025/ 2026 Secara Online Dan SMS. Perhatian buat calon SPM 2024 yang ada membuat application Program Matrikulasi KPM sesi akademik 2025/ 2026. Bilakah tarikh keputusan tawaran Matrikulasi diumumkan? Maklumat tarikh rasmi semakan keputusan Matrikulasi 2025 akan disiarkan di Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di bahagian pemberitahuan. Lepasan Matrikulasi yang berkelayakan boleh menyambung pengajian tinggi mereka ke UA melalui borang UPU online yang akan dibuka pada bulan Februari setiap tahun. Juga dikongsikan cara buat rayuan matrikulasi dan semakan rayuan matrikulasi untuk pemohon yang gagal mendapat tawaran.
Untuk makluman, keputusan Matrikulasi KPM untuk mereka yang berjaya mendapat tawaran akan dikeluarkan dalam tempoh masa 30 hari bekerja selepas keputusan SPM 2024 diumumkan secara rasmi. Calon adalah dinasihatkan untuk melayari Portal Rasmi KPM dari semasa ke semasa untuk mendapatkan tarikh rasmi keputusan diumumkan.
Cara Semak Keputusan Matrikulasi Sesi 2025/ 2026 Online Dan SMS
Berikut dikongsikan panduan penting berkaitan Semakan Matrikulasi sesi 2025/ 2026 meliputi tarikh penting, cara semakan, URL applikasi semakan dan maklumat kemaskini Matrikulasi buat calon.
Kemaskini Borang Matrikulasi
Calon SPM 2024 boleh mengemaskini borang bermula 24 hingga 28 April 2025 dalam tempoh 5 hari iaitu selepas result SPM diumumkan di https://matrikulasi.moe.gov.my
Berikut dikongsikan panduan cara membuat semakan keputusan Matrikulasi sesi 2025/ 2026 secara online dan SMS. Dikongsikan juga maklumat rayuan buat pemohon yang gagal mendapat tawaran Matrikulasi.
TARIKH PENTING SEMAKAN | |
Dibuka | Jam |
21 Mei 2025 (Hari Rabu) | Mulai Jam 1000 Pagi |
Tarikh rasmi seperti makluman di Portal Rasmi KPM |
Pengumuman keputusan calon jaya Program Matrikulasi KPM sesi tahun-tahun sebelumnya adalah seperti berikut:
- 2024 : 20 Jun 2024
- 2023 : 26 Jun 2023
- 2022 : 16 Julai 2022
- 2021 : 8 Julai 2021
- 2020 : 3 Jun 2020
- 2019 : 15 April 2019
- 2018 : 24 April 2018 hingga 8 Mei 2018
- 2017 : 27 April hingga 11 Mei 2017
- 2016 : 14 hingga 26 April 2016
Aplikasi Semakan Matrikulasi Online
- KLIK Aplikasi Matrikulasi
Apakah yang perlu pelajar lakukan untuk terima tawaran Program Matrikulasi?
Pelajar perlu:
- a) layari https://matrikulasi.moe.gov.my, klik butang setuju terima, muat turun dokumen dan ikuti langkah-langkah yang dinyatakan;
- b) membuat pembayaran yuran pendaftaran di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau secara dalam talian mengikut jumlah yang ditetapkan; dan
- c) mendaftar secara dalam talian mengikut kolej masing-masing.
Pendaftaran pelajar baharu akan dilaksanakan secara dalam talian mulai 22 Mei hingga 21 Jun 2025. Pelajar perlu mendaftar di laman sesawang kolej masing-masing. Sekiranya pelajar mengalami masalah untuk mendaftar secara dalam talian, boleh menghubungi pihak kolej yang ditetapkan.
Bagi pelajar tahfiz yang memilih mata pelajaran Hifz Al-Quran, pelajar perlu mengemukakan salinan Sijil Tahfiz KPM/ Sijil Tahfiz Al-Quran MARA/ Pernyataan Keputusan Prestasi Hafazan KPM/ mana-mana sijil hafazan yang berdaftar dengan JAKIM atau Majlis/ Yayasan Agama Islam Negeri semasa pendaftaran secara fizikal di kolej.
Nota Penting
- Pelajar boleh memohon pertukaran jurusan melalui pautan https://matrikulasi.moe.gov.my pada 22 hingga 24 Mei 2025 kecuali pertukaran Jurusan Sains ke Perakaunan yang boleh diuruskan di kolej selepas mendaftar secara fizikal. Walau bagaimanapun ianya tertakluk kepada kekosongan dan syarat.
- Pelajar tidak boleh memohon pertukaran kolej kecuali dalam situasi berikut :-
- i. Pelajar memerlukan rawatan perubatan berkala disebabkan sakit kronik yang berpanjangan;
- ii. Adik-beradik ditempatkan di kolej matrikulasi yang berlainan; atau
- iii. Pertukaran waris pelajar dari Semenanjung ke Sabah/ Sarawak atau sebaliknya.
- Minggu Pengurusan Pelajar Baharu akan dilaksanakan bermula pada 22 atau 23 Jun 2025
- Bantuan Sara Hidup Pelajar (BSHP) akan diberikan kepada pelajar yang layak sebanyak RM1,250.00 bagi setiap semester (satu semester selama 5 bulan). Pembayaran akan dibuat terus ke akaun pelajar pada tarikh yang ditetapkan selepas dokumentasi dilengkapkan
Semakan Melalui SMS
Tawaran Program Matrikulasi juga boleh disemak melalui Pekhidmatan SMS dengan menaip:-
MOE<jarak>MAT<jarak>NO.K.P dan hantar kepada 15888
Nota : Kelewatan penerimaan SMS mungkin berlaku akibat trafik semakan yang tinggi. Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan
Cara Buat Rayuan Matrikulasi Secara Online
Buat mereka yang telah berjaya mendapat tawaran ke Program Matrikulasi KPM, diucapkan tahniah buat anda. Namun, bagi mereka yang tidak berjaya, usah berputus asa. Anda boleh mengemukakan rayuan bermula dari tarikh keputusan Matrikulasi dikeluarkan. Berikut adalah panduan cara buat Rayuan Matrikulasi buat rujukan para pemohonan Matriks yang tidak berjaya.
Menurut Soalan Lazim (FAQ), Rayuan boleh dibuat secara dalam talian sahaja melalui pautan https://matrikulasi.moe.gov.my selepas keputusan calon jaya diumumkan secara rasmi.
Berikut dikongsikan cara-cara melakukan rayuan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sesi 2024-2025.
Kaedah Buat Rayuan Matrikulasi
1) Rayuan Secara Online
- Rayuan Matrikulasi boleh dilakukan secara online di: Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Rayuan kemasukan bagi tahun 2025 boleh dibuat bermula 21 Mei hingga 21 Jun 2025 secara dalam talian
Semua application rayuan pertukaran kolej boleh dibuat melalui pautan https://matrikulasi.moe.gov.my selepas keputusan calon jaya diumumkan
Tarikh keputusan rayuan pertukaran kolej akan dimaklumkan kemudian. Semakan boleh dibuat melalui pautan https://matrikulasi.moe.gov.my.
Kelulusan pertukaran adalah bergantung kepada kekosongan
Rayuan Matrikulasi juga boleh dibuat secara manual iaitu melalui cara di bawah. Tetapi, permohonan secara fizikal tidak digalakkan bagi mengawal penularan COVID-19 selaras dengan arahan Kerajaan.
2) Rayuan Secara Manual Dengan Menulis Surat Rayuan Rasmi
Rayuan Matrikulasi juga boleh dilakukan dengan menulis surat rayuan rasmi serta mengemukakan sekali dokumen-dokumen yang disahkan seperti:Salinan kad pengenalan ibu dan bapaSalinan kad pengenalan diriSurat rasmi rayuan ke Matrikulasi. Surat rasmi tersebut hendaklah mempunyai alasan yang kukuh untuk membuat rayuan, alamat penerima dan penghantar, nombor telefon dan alamat e-mel.Salinan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)Salinan Sijil Kokurikulum
Nota
Surat rayuan yang lengkap serta dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan hendaklah dihantar ke alamat berikut:Pengarah Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 6 & 7, Blok E 15, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 PutrajayaNo. Telefon: 03-8884 4083Faks: 03-8884 4023E-mel: info.matrikulasi@moe.gov.my
Cara Membuat Semakan Keputusan Rayuan Matrikulasi 2024 Online
Panduan buat para pelajar yang berminat dan berkelayakan. Calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah mengemukakan rayuan bagi ambilan kedua pengambilan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk sesi 2025/2026 selepas tidak berjaya melalui application pertama boleh melakukan semakan keputusan rayuan secara online atau atas talian.
Pasti ramai calon yang mengemukakan rayuan ke matrikulasi tertanya-tanya bilakah tarikh semakan keputusan rayuan ke Program Matrikulasi KPM.
Berikut dikongsikan cara-cara yang boleh digunakan dalam melakukan semakan keputusan rayuan ke Program Matrikulasi Kementrian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi sesi 2025/2026 bagi yang tidak berjaya buat kali pertama.
Semakan Keputusan Rayuan Matrikulasi 2025 Secara Online
Cara Semak Melalui SMS
Semakan keputusan rayuan ke Matrikulasi juga boleh dibuat melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS):
Taipkan: MOE<jarak>MAT<jarak>NO KAD PENGENALAN dan hantar SMS ke 15888Contoh: MOE MAT 941110016571
Tarikh Semakan Rayuan
- akan dikemaskini
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang kemusykilan, anda boleh merujuk kepada :-
- Soalan Lazim (FAQ) Matrikulasi
- Menghubungi Talian telefon pejabat atau talian bantuan – 03 8884 4035/ 4036/ 4037/ 4031 pada waktu pejabat bermula 8.30 pagi – 4.30 petang.
- Kaunter Pertanyaan
21 Mei sehingga 30 Mei 2025 (Hari dan waktu bekerja sahaja)
Lobi Blok E15, Kompleks E, Putrajaya
Selamat membuat Semakan secara online dan SMS. Tahniah kepada calon yang berjaya mendapat tawaran ke Program Matrikulasi KPM sesi 2025/ 2026. Kepada yang gagal, jangan berputus asa, cuba lagi dengan rayuan anda dan diucapkan semoga berjaya juga.
Rel : bulan april, applikasi semakan keputusan tawaran setuju terima, tawaran program matrikulasi kementerian pendidikan malaysia kpm, berikut dikongsikan maklumat semakan keputusan, membuat semakan keputusan tawaran setuju terima,