Semakan Keputusan Ujian Teori Undang-Undang Komputer. Panduan buat semua. Adakah anda salah seorang individu yang baru sahaja menduduki ujian teori Undang-Undang Berkomputer untuk mendapatkan lesen memandu JPJ? Adakah anda tertanya-tanya apakah anda lulus ujian tersebut atau tidak? Buat pengetahuan semua, anda boleh membuat Semakan Keputusan Ujian Memandu JPJ secara Online.
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) adalah salah sebuah jabatan di bawah Bahagian Darat, Kementerian Pengangkutan Malaysia. Ia bertanggungjawab dalam membekalkan perkhidmatan kaunter bagi pelesenan kenderaan dan pemandu. Selain itu, ia juga menguatkuasakan Akta Pengangkutan Jalan 1987. Ini bertujuan untuk memastikan pemandu berhemah dan kenderaan selamat. Di samping itu, ia juga merupakan organisasi yang memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, bertanggungjawab dalam pengurusan pungutan hasil serta penguatkuasaan akta pengangkutan yang telus juga berkesan.
Semakan Keputusan Ujian Memandu JPJ Online (Ujian Teori Undang-Undang)
Bagi mereka yang ingin memliki lesen memandu, anda perlu menduduki Kursus Pendidikan Pemandu (KPP) sebelum calon menduduki ujian teori undang-undang komputer selama 45 minit. Markah lulus adalah 42/50.
Jika lulus, calon akan memperolehi lesen L (Learner Driving License) di mana calon seterusnya akan menjalani latihan memandu KPP 02 (Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu) selama 16 jam. Masa yang diberi adalah 8 jam untuk belajar di dalam litar. Untuk motorsikal, calon akan belajar membuat pusingan 8, titi, halangan kon, dan brek kecemasan. Untuk lesen kereta pula, calon akan di ajar untuk menaiki bukit, side parking dan 3 penjuru.
Setelah membuat latihan memandu di dalam kawasan litar, calon perlu menjalani latihan KPP 03 (Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu) pula iaitu latihan di jalan raya. Seterusnya, Borang belajar memandu (SM4) akan dikeluarkan setelah calon tamat menjalani latihan KPP 02.
Calon seterusnya perlu menduduki Pra-Ujian (Pre-Test) sebelum bersedia untuk ke Ujian Praktikal JPJ. Ujian ini dijalankan sendiri oleh jurulatih yang bertauliah di institut memandu. Calon yang telah lulus ujian boleh membuat tempahan untuk Ujian Praktikal. Calon yang lulus Ujian Praktikal JPJ boleh mendapatkan lesen memandu P.
Semakan Keputusan Ujian Memandu JPJ Online | |||
Berikut dikongsikan cara-cara menyemak keputusan ujian memandu secara online iaitu keputusan Ujian Undang-Undang Berkomputer: | |||
NO | LANGKAH | ||
1. | Klik pada pautan: semakan ujian memandu JPJ online | ||
2. | Pilih salah satu kategori ID yang merangkumi:
| ||
3. | Isi nombor kad pengenalan anda. (Contoh Format Nombor ID Orang Awam Malaysia – MyKAD : 801121141234 atau KP Lama : A1234567) | ||
4. | Isi kod sekuriti yang diberikan dalam gambar (Contoh: 9082). | ||
5. | Klik Semak. | ||
6. | Hasil Carian akan memaparkan maklumat keputusan ujian yang telah anda jalani. |
Maklumat Lanjut | |||
Untuk makumat lanjut berkaitan Semakan Keputusan Ujian Memandu JPJ Online, hubungi: | |||
NO | Maklumat | ||
1. | +60 3 8000 8000 (Umum) | ||
2. | +60 3 8881 0194 (Faks) | ||
3. | Facebook: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia | ||
4. | Twitter: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia | ||
5. | Jabatan Pengangkutan Jalan Aras 3-5, No. 26, Jalan Tun Hussien, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 WP Putrajaya |
Aduan | |||
Sekiranya ada sebarang aduan, anda boleh merujuk kepada Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA). Objektif SISPAA adalah seperti berikut: | |||
NO | Maklumat | ||
1. | Menyelesaikan aduan dengan cekap, adil dan berkesan berdasarkan Piagam Pelanggan JPJ. | ||
2. | Menyelesaikan lebih banyak aduan yang diterima daripada orang awam. | ||
3. | Menyedia dan meningkatkan kemudahan membuat aduan kepada orang awam. | ||
4. | Mengurangkan pengulangan aduan terhadap perkhidmatan awam. | ||
5. | Mewujudkan pembaharuan dan inovasi berdasarkan aduan awam. | ||
6. | Membekalkan khidmat nasihat kepada agensi untuk meningkatkan taraf keberkesanan sistem pengendalian aduan awam. | ||
7. | Mengenalpasti isu-isu yang dapat menjadi sumber aduan orang awam. | ||
8. | Memperoleh maklum balas orang ramai bagi menjayakan program pembangunan Kerajaan. |
Diharap agar perkongsian maklumat berkaitan Semakan Keputusan Ujian Memandu JPJ Online ini dapat memberi manfaat buat semua. Selamat membuat semakan dan semoga berjaya!