Cara Semak Keputusan Permohonan Universiti Tun Hussien Onn (UTHM) Ambilan Semester II 2024/2025 Online. Panduan buat para pelajar yang ada membuat permohonan kemasukan Ijazah Sarjana Muda ke Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) sesi kemasukan Semester II 2023/2024 (Second intake). Menerusi makluman Facebook UTHM, semakan keputusan UTHM untuk Program Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa boleh disemak pada 12 Februari 2024. Maklumat bagi tahun 2024/2025 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Selain UTHM, terdapat beberapa Universiti Awam lain juga ada membuka permohoan second intake seperti UiTM, UPSI, UMK, UIAM, UUM dan UTM. Untuk makluman, permohonan kemasukan melalui UPU, ke UA. IPTA, Politeknik, ILKA dan Kolej Komuniti sesi selanjutnya adalah melalui permohonan UPU online dijangka dibuka bulan Mac 2024. Kepada lepasan SPM/ STPM dan setaraf yang berminat, jangan lepaskan peluang dengan membuat permohonan melalui UPU online pada tarikh yang telah ditetapkan.
Cara Semak Keputusan UTHM Semester II 2023/2024 Online (Ambilan Kedua Ijazah Sarjana Muda)
Berikut dikongsikan maklumat penting tarikh dan applikasi semakan keputusan UTHM (Universiti Tun Hussien Malaysia) semester ke 2 sesi 2023/ 2024.
Semakan Keputusan UTHM Online Ambilan Semester II 2023/2024
- Tarikh Semakan : 12 Februari 2024
- Bagi lepasan Dip. UTHM (belum tamat pengajian semasa permohonan) keputusan akan dimaklumkan pada tarikh yang akan dikemaskini
- Applikasi semakan atas talian : https://wapps.uthm.edu.my/tawaran/
- Sila buat semakan mengikut tahap pengajian anda
Permohonan UTHM Ambilan Semester II 2023/2024 Online
- Tarikh Buka : 10 November 2023
- Tarikh Tutup : 3 Disember 2023 (tahun sebelumnya: 5 Disember 2022)
- Applikasi Permohonan : Klik Wapps UTHM
Senarai Kursus UTHM Yang Ditawarkan Untuk Ambilan Semester II 2023/2024
Kursus/ Program Sarjana Muda yang ada ditawarkan untuk pengambilan semester 2 sesi 2023/ 2024 di UTHM adalah seperti berikut.
1. Tawaran Program untuk lepasan Diploma dan STPM/Setaraf:
- Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Elektrik dan Elektronik) dengan Kepujian
- Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara) dengan Kepujian
- Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Kimpalan dan Fabrikasi Logam) dengan Kepujian
- Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Pemesinan Am) dengan Kepujian
- Sarjana Muda Sains (Matematik Teknologi) dengan Kepujian
- Sarjana Muda Sains (Fizik Gunaan) dengan Kepujian
2. Tawaran Program untuk lepasan Diploma
- Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dengan Kepujian
- Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dengan Kepujian
- Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik dengan Kepujian
- Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Katering) dengan Kepujian
- Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Multimedia Kreatif) dengan Kepujian
- Sarjana Muda Teknologi Maklumat dengan Kepujian
- Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian) dengan Kepujian
- Sarjana Muda Sains Komputer (Perkomputeran Multimedia) dengan Kepujian
- Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Maklumat) dengan Kepujian
- Sarjana Muda Sains Komputer (Teknologi Web) dengan Kepujian
- Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam (Alam Sekitar) dengan Kepujian
- Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Automasi Industri) dengan Kepujian
- Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Loji) dengan Kepujian
- Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) dengan Kepujian
- Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pengangkutan Rel dengan Kepujian
Bagi calon yang sedang bekerja dikehendaki mengemukakan surat pelepasan dari majikan dan surat tajaan sewaktu mengemukakan permohonan.
Tarikh Penting Permohonan Dan Semakan Keputusan UTHM Semester 2 2023/2024 Online
Berikut dikongsikan tarikh penting permohonan UTHM Ambilan semester 2 sesi 2023/ 2024 buat panduan dan rujukan pelajar semua. Sebarang perubahan tarikh akan dimaklumkan di Laman Web UTHM dari semasa ke semasa.
- Tarikh Buka dan Tutup Aplikasi Permohonan Dalam Talian : 10 November hingga 3 Disember 2023
- Semakan Ujian MedSI dan Panggilan Temuduga Untuk Program Bertemuduga (#) : akan dikemaskini
- Pelaksanaan Ujian MedSI dan Temuduga : akan dikemaskini
- Hebahan Status Keputusan Permohonan : 12 Februari 2024
- Pendaftaran Kemasukan Program Ijazah Sarjana Muda Semester II Sesi 2023/2024 : akan dikemaskini
Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas 20 Mac 2024 dianggap gagal dan tidak berjaya.
Cara Hubungi UTHM
Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan dan sebarang pertanyaan, sila hubungi :-
- PEJABAT PENGURUSAN AKADEMIK
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja
Batu pahat
Johor Darul Takzim
Waktu Operasi
- Ahad – Rabu : 8.00 pagi – 5.00 petang
Khamis : 8.00 pagi – 3.30 petang
No Telefon : 07-453 7696 / 7689 / 7375 / 7685 / 7687 / 7690 - Faks : 07-453 6085
Email : pa@uthm.edu.my
Selamat membuat semakan keputusan UTHM Semester II 2023/2024 Online. Tahniah kepada pemohon yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Universiti Tun Hussien Onn Malaysia sesi kemasukan Semester 2 Sesi Akademik 2023/2024.