Tahukah anda apa itu darjah kebesaran? Darjah kebesaran adalah anugerah yang telah dikurniakan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong kepada pemimpin, tokoh atau rakyat Malaysia yang telah menyumbangkan jasa dan bakti kepada negara. Kebiasaannya darjah kebesaran ini dikurniakan ketika hari ulangtahun keputeraan Yang Di-Pertuan Agong atau Sultan di negeri masing-masing. Berikut dikongsikan panduan cara membuat Semakan Kesahihan Darjah Kebesaran Dato’ atau Datuk secara atas talian/ online.
Namun yang menjadi kebimbangan adalah terdapat aktiviti tidak bermoral yang menjual gelaran atau darjah kebesaran ini secara tidak sah. Mereka memalsukan beberapa dokumen dan menggunakan gelaran palsu tersebut untuk kepentingan mereka. Ada yang mempengaruhi orang awam untuk melabur dalam sesebuah syarikat. Orang ramai yang melihat ada individu mempunyai darjah kebesaran ini percaya dan akhirnya mereka tertipu.
Cara Semak Kesahihan Darjah Kebesaran Online (Dato’/ Datuk)
Berikut dikongsikan cara-cara untuk membuat semakan kesahihan darjah kebesaran seseorang secara atas talian atau online.
Jika anda meragui gelaran yang individu tersebut peroleh, sila ikut cara di bawah untuk membuat semakan
Cara-Cara Semakan Kesahihan Darjah Kebesaran | |||
Berikut dikongsikan cara-cara untuk membuat semakan kesahihan darjah kebesaran yang telah dikurnikan kepada seseorang: | |||
NO | LANGKAH | ||
1. | Sila klik pautan seperti yang diberikan ini: Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat | ||
2. | Carian nama boleh dilakukan dengan memasukkan nama individu di ruang carian. | ||
3. | Anda boleh pilih untuk peringkat negeri yang anda inginkan atau pilih ‘semua’ untuk memudahkan carian. Anda juga boleh tetapkan tahun kurniaan dan jenis anugerah | ||
4. | Kemudian tekan butang carian pantas dan nama, anugerah, singkatan anugerah dan tahun kurniaan akan dipaparkan | ||
Senarai Penerima Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Persekutuan (DKBPP) Mengikut Tahun | |||
Untuk membuat semakan senarai penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan (DKBPP) anda boleh muat turun dengan tekan pautan di bawah: | |||
NO | TAHUN | ||
1. | Tahun 2018 dan ke atas | ||
2. | Tahun 2017 | ||
3. | 2016 | ||
4. | Tahun 2015 | ||
5. | Tahun 2014 | ||
6. | 2013 | ||
5. | Tahun-Tahun Lalu |
Soalan Lazim (FAQ)
MENGAPA TERDAPAT NAMA PENERIMA DARJAH KEBESARAN NEGERI YANG TIDAK DAPAT DICARI MENGGUNAKAN “SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT” WALAUPUN INDIVIDU TERSEBUT TELAH PUN DIKURNIAKAN DARJAH KEBESARAN OLEH NEGERI YANG BERKENAAN?
Bagi pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan (DKBPP), Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa bertanggungjawab untuk menyedia dan telah mempunyai satu sistem rekod yang lengkap dan terkini ke atas semua penerima anugerah Persekutuan. Senarai penerima DKBPP telah dimuat naik ke laman web Jabatan ini bagi tahun 1958 hingga 2015.
Manakala maklumat penerima Darjah Kebesaran peringkat Negeri yang ada di laman web Jabatan ini adalah sebagaimana yang terdapat dalam Warta Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri (DKBP Negeri) yang dibekalkan kepada Jabatan ini oleh pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Hanya senarai penerima Darjah Kebesaran yang telah diwartakan dan dibekalkan ke Jabatan ini sahaja dimuat naik ke laman web. Semakan lanjut boleh dibuat dengan pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang berkaitan sekiranya maklumat penerima tiada di laman web Jabatan ini.
Semoga perkongsian kali ini dapat membantu anda untuk membuat semakan darjah kebesaran atau gelaran individu tersebut. Diharapkan juga perkongsian ini dapat mengelakkan anda daripada tertipu dengan gelaran-gelaran palsu yang berleluasa kini.