Panduan buat para pelajar lepasan SPM/STPM atau setaraf. Sudahkah anda memutuskan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi? Adakah anda berminat untuk memasuki Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)? Sekiranya begitu, berikut dikongsikan maklumat berkaitan Semakan Kursus Pengajian Di IPTS secara Online.
IPTS ataupun lebih mudah dikenali sebagai universiti swasta merupakan universiti yang dibiayai secara persendirian oleh para pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke universiti tersebut. Ia berbeza dengan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di mana universiti tersebut dibiayai secara penuh oleh pihak kerajaan. Kedua-dua jenis IPT ini memiliki kualiti serta kelebihan masing-masing. Para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) boleh membuat permohonan kemasukan ke mana-mana universiti yang diminati.
Semakan Kursus Pengajian Di IPTS Secara Online (Kursus Yang Ditawarkan Dengan Kelulusan KPM)
Semakan kursus pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dapat memudahkan pelajar dalam mendapatkan maklumat berkaitan kursus-kursus pengajian yang ditawarkan di IPTS dengan kelulusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Semakan Kursus Pengajian IPTS Online buat rujukan semua:
Panduan Semakan Kursus Pengajian IPTS Online | |||
Langkah-langkah untuk membuat Semakan Kursus Pengajian Di IPTS Online adalah seperti berikut: | |||
NO | LANGKAH | ||
1. | Akses aplikasi semakan di pautan ini: Semakan Kursus Pengajian IPTS | ||
2. | Pilih Tahap IPTS / Nama IPTS / Bidang / Peringkat Pengajian / Jenis Pengajian / Kursus Pengajian. Klik Cari Klik Reset untuk membatalkan pilihan dan mengembalikan isi kotak kepada yang asal *Nota: Anda boleh menggunakan salah satu, beberapa, atau kesemua kombinasi kriteria carian | ||
3. | Keputusan carian akan dipaparkan seperti berikut. Anda boleh melihat Kursus Pengajian bagi universiti yang dipilih beserta Tarikh Tamat Tempoh Kelulusan |
Maklumat Pemilihan IPTS
Para pelajar digalakkan untuk membuat kajian secara terperinci sebelum menyertai mana-mana IPTS. Berikut dikongsikan beberapa tips pemilihan IPTS yang perlu diberi perhatian:
- Yuran (Invois / Resit Pembayaran / Jadual Yuran / Struktur / Polisi)
- Maklumat Kursus Pengajian (Mod Pengajian/Tempoh Validasi/Akreditasi/Pengiktirafan Badan Profesional – Jika Perlu)
- Syarat Kelayakan Kemasukan
- Kemudahan / Fasiliti / Kaunseling / Penginapan / Pengangkutan / Perpustakaan / Kokurikulum
- Lokasi Pengajian
- Peluang Melanjutkan Pengajian / Peluang Kerjaya
- Perakuan Pendaftaran Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Sijil)
Diharap agar perkongsian maklumat berkaitan ini dapat membantu memudahkan urusan anda. Selamat berjaya memasuki IPTS dan menceburi bidang pengajian yang diminati.