Cara Membuat Semakan Penyata Gaji Online Untuk Kakitangan Awam. Apa itu e-Penyata? Ianya adalah satu kemudahan untuk menyemak slip gaji yang disediakan secara atas talian atau online. Ianya adalah sistem semakan yang percuma dan disediakan oleh Kerajaan Malaysia menerusi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM). Dengan kewujudan cara semakan ini, slip gaji kakitangan awam/ kakitangan kerajaan iaitu untuk gaji bulanan akan dapat diakses secara atas talian.
Sistem Penyata dan Laporan hanya menyimpan maklumat Penyata Bulanan bagi tempoh 18 bulan dan Penyata Pendapatan Tahunan bagi tempoh 7 tahun terkini sahaja. Selepas daripada tempoh yang dinyatakan ini, maklumat gaji akan dikeluarkan secara automatik daripada sistem. Adalah menjadi tanggungjawab kakitangan awam untuk memuat turun maklumat tersebut ke dalam hard disk atau pendrive untuk kegunaan sendiri pada masa hadapan termasuk untuk kegunaan membuat pinjaman kewangan.
Semakan Penyata Gaji Online (Kakitangan Awam)
Sistem E-Penyata Gaji Online merupakan satu kemudahan yang dapat mempercepatkan proses mendapatkan slip penyata bulanan secara individu berbanding menggunakan kaedah lama yang hanya dikeluarkan sebulan sekali.
e-Penyata Gaji Online Penjawat Awam
Bagaimanakah cara menggunakan sistem e-Penyata bulanan gaji (untuk memuat turun penyata bulanan)? Berikut dikongsikan cara membuat semakan:-
i) Daftar Sebagai Pengguna Baru
Mereka yang belum mendaftar perlu membuat pendaftaran sebagai seorang pengguna baru. Pendaftaran diperlukan sebelum pengguna dapat mengakses sistem applikasi semakan ini.
- 1.Pertama sekali, sila klik Pautan : Portal Rasmi ANM
- 2. Klik SISTEM e-PENYATA GAJI DAN LAPORAN
- 3.Klik Pertama Kali Mendaftar
- 4.Di bahagian Pendaftaran Pengguna Baru, isi maklumat yang diperlukan kemudian klik OK
- *Nota: Nombor gaji boleh didapati dengan menghubungi pegawai/kakitangan di Unit Gaji tempat bertugas
- 5.Anda akan menerima notifikasi setelah pendaftaran berjaya. Klik Daftar Masuk untuk log masuk (LOGIN) ke dalam sistem
ii) Semakan Slip Gaji Online
Setelah urusan pendaftaran selesai, pengguna (tuan puan) boleh login ke dalam sistem untuk membuat semakan dengan cara berikut:
1.Masuk ke Laman ANM
2.Masukkan No. Kad Pengenalan/ No. Pasport dan Kata Laluan
3.Klik Daftar Masuk
4.Sekiranya pengguna berjaya mengakses sistem, kemaskini profil terutamanya alamat emel dan nombor telefon (untuk proses penghantaran kata laluan sekiranya terlupa)
5. Semak Penyata Bulanan Gaji
- Untuk menyemak, klik Sendiri di bawah Penyata
- Pilih Tahun dan Bulan yang dikehendaki
- Klik Cari
6. Semak Penyata Tahunan Gaji
- Untuk menyemak, klik Sendiri di bawah Penyata Pendapatan Tahunan
- Rujuk jadual yang dipaparkan. Klik pada maklumat yang ada untuk mendapatkan butiran lanjut yang berkaitan
iii) Lupa Kata Laluan
Sekiranya pengguna lupa kata laluan untuk semakan penyata gaji secara online, turuti langkah-langkah berikut:
1.Masuk ke Laman ANM
2. Klik Lupa Kata Laluan?
3. Masukkan No. Kad Pengenalan/ No. Pasport dan No. Gaji. Klik Seterusnya
4.Pilih soalan keselamatan dan masukkan jawapan yang telah diisi sewaktu melengkapkan proses Pertama Kali Mendaftar. Sekiranya sepadan dengan apa yang dinyatakan sewaktu proses tersebut, sistem akan memaparkan kata laluan anda
5.Jika anda lupa soalan keselamatan atau jawapan, klik Reset Kata Laluan
6.Teruskan dengan langkah-langkah selanjutnya untuk mendapatkan kata laluan sementara
Tatacara Penggunaan Sistem
Sekiranya ingin mengetahui maklumat lanjut berkaitan penggunaan sistem, muat turun tatacara penggunaan sistem di pautan ini:
Semakan Penyata Gaji Melalui Aplikasi ePayslip JANM
Buat makluman semua, semakan slip gaji juga boleh dilakukan menggunakan aplikasi ePayslip di telefon bimbit. Muat turun di pautan berikut:
Nota Penting
Selain itu, kakitangan awam atau kerajaan boleh juga membuat semakan laporan pendapatan tahunan melalui ini secara Online untuk kegunaan seperti cukai pendapatan dan sebagainya. Maklumat penting yang boleh dirujuk adalah seperti berikut :-
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi JANM melalui
- email di maklumbalas@anm.gov.my atau
- menghubungi talian telefon di 03-88821000.
Selamat membuat semakan penyata/ slip gaji di sistem e-Penyata. Semoga sistem online ini dapat memudahkan Kakitangan Awam di Malaysia dalam membuat permohonan pinjaman dan sebagainya.
maklumat yang diminta, e mel rasmi, pusat pembayar, berkaitan sistem e penyata, klik butang, sistem epenyata gaji dan laporan, penyata gaji bulanan, untuk mendaftar, pejabat perakaunan, jadual gaji, https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/Layouts/Login/Login.aspx, pilih soalan keselamatan dan masukkan jawapannya, aduan berkaitan sistem e, sila masukkan maklumat yang diminta di ruangan yang telah disediakan dan klik butang ok, klik pada submenu, semakan e penyata gaji online, no.gaji no.kod pejabat perakaunan no.kod jabatan dan no.kod pusat pembayar, selepas daripada tempoh tersebut maklumat akan dikeluarkan secara automatik daripada sistem, menyalurkan maklum balas kepada pihak janm berkaitan sistem atau maklumat, nombor kad pengenalan dan nombor, menyediakan 4 fungsi ringkas kepada penjawat awam persekutuan iaitu, anak dan permohonan bantuan kewangan, mengemaskini profil pengguna emel dan no telefon sahaja, gaji bulanan bagi tempoh 18 bulan,