Cara Semakan Penyata KWSP Secara Online Melalui i-Akaun. Panduan buat rakyat Malaysia terutamanya yang bekerja. Sejauh mana pengetahuan anda tentang KWSP? Buat makluman semua, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan suatu badan keselamatan sosial yang membekalkan faedah persaraan kepada ahli-ahlinya. Antara peranan KWSP adalah mengendalikan sebuah sistem yang efisyen dan senang untuk memastikan para majikan menjalankan tanggungjawab sosial sebagaimana yang termaktub dalam undang-undang.
Dengan perkembangan arus teknologi zaman kini, KWSP juga telah mengadakan sistem atas talian atau online yang mempunyai pelbagai tujuan. Antaranya adalah untuk tujuan melakukan semakan iaitu menyemak penyata kwsp tahun semasa/ sebelumnya, mencetak penyata serta membuat/ memohon pengeluaran atas sebab-sebab yang dibenarkan (jenis pengeluaran kwsp) termasuk menyelesaikan pinjaman perumahan). Para pencarum dapat menjimat masa dan tenaga kerana tidak perlu lagi bersusah-payah beratur di kaunter KWSP untuk menguruskan hal-hal berkaitan. Kini, anda boleh menyelesaikan semuanya dengan menggunakan perkhidmatan i-Akaun secara online.
Sistem atas talian yang diwujudkan oleh KWSP boleh diakses oleh para pekerja mahupun majikan bagi akaun masing-masing. Majikan juga boleh menbuat bayaran caruman terus secara online bagi memudahkan urusan dan menjimatkan masa serta kos.
Cara Membuat Semakan Penyata KWSP Online Melalui i-Akaun
Berikut adalah panduan langkah cara-cara membuat Semakan Penyata KWSP Online menggunakan perkhidmatan i-Akaun ahli buat rujukan semua:
Untuk menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya secara Online melalui i-Akaun, turuti langkah-langkah di bawah untuk membuat semakan:
1. Dapatkan Activation Code (Kod Pengaktifan)
Pertama sekali, anda perlu pergi ke mana-mana kios atau kaunter KWSP untuk mendapatkan kod pengaktifan. Jangan lupa bawa bersama MyKad anda.
Berikut merupakan senarai kios atau kaunter KWSP mengikut lokasi:
- Terengganu
- Sabah
- Selangor
- Perlis
- Perak
- Putrajaya
- Kelantan
- Melaka
- Negeri Sembilan
- Sarawak
- Labuan
- Pulau Pinang
- Pahang
- Kedah
- Kuala Lumpur
- Johor
KLIK : Pejabat Dan Kios KWSP Seluruh Negeri
2. Log Masuk Ke i-Akaun KWSP
Ikuti langkah-langkah berikut untuk proses login ke i-Akaun KWSP untuk Semakan Penyata KWSP Online i-Akaun::
1.Klik pada pautan ini: Login i-Akaun
2. Masukkan kod pengaktifan yang telah anda terima di ruangan User ID.
3. Klik butang Next. (Kod pengaktifan boleh digunakan dalam tempoh 30 hari sahaja).
4. Isi kata laluan sementara di ruangan kata laluan kemudian klik butang Login.
5. Baca terma dan syarat yang dinyatakan sebelum klik Accept.
6. Klik Next.
7. Seterusnya tukar ID dan kata laluan sementara kepada ID pengguna dan kata laluan anda sendiri
8. Pengesahan perlu dilakukan melalui imej sekuriti dan frasa rahsia yang diberikan kemudian klik ‘next’.
9. Setelah selesai, anda akan menerima pautan/hyperlink untuk log masuk semula menggunakan ID serta kata laluan baru tadi.
3. Semakan Penyata KWSP Online
Untuk membuat semakan, teruskan dengan langkah-langkah di bawah:
1.Log masuk semula.
2. Sekiranya anda mahu mengetahui atau menyemak baki terkini, klik Akaun Peribadi. Pilih tahun di ruangan Lihat Penyata bagi Tahun: dan klik Cari.
Penyata bagi tahun tersebut akan dipaparkan.
3. Di bahagian bawah, anda boleh memilih untuk mencetak atau memuat turun penyata ahli.
Pilih Penyata Ringkasan atau Penyata Terperinci. Klik Cetak untuk mencetak terus penyata atau klik Muat Turun untuk memuat turun Penyata Semasa Tahun dalam bentuk PDF.
Perkhidmatan Lain i-Akaun
Bagi yang sudah mendaftar sebagai Ahli, anda boleh menggunakan perkhidmatan i-Akaun KWSP lain seperti:
- Memohon e-Pengeluaran
- Menyemak status permohonan pengeluaran serta sejarah pengeluaran.
- Menyemak activity log i-Akaun.
- Membuat kira-kira anggaran jumlah layak simpanan, pengeluaran dan pelaburan.
- Menyemak maklumat penamaan.
- Membuat semakan penyata tahun terkini atau sebelum.
- Menyemak transaksi caruman KWSP.
- Mengemaskini profil.
Maklumat Lanjut
Untuk info lanjut Semakan Penyata KWSP Online i-Akaun:, rujuk maklumat di bawah:
1.Facebook
2. Laman Web
- Laman Web Rasmi KWSP
3. Soalan Lazim
- FAQ EPF
Semoga perkongsian maklumat berkaitan ini dapat membantu memudahkan urusan anda. Selamat berjaya membuat semakan dan semoga mendapat maklumat yang diperlukan.
Related : mendapatkan id pengguna, dokumen yang diperlukan, akaun 2