Semakan Status Senarai Hitam Imigresen Dan PTPTN Ke Luar Negara Secara Online. Bagaimana cara semak status senarai hitam Imigresen? Kini semakan menjadi lebih mudah dengan perkhidmatan semakan status senarai hitam Imigresen secara atas talian yang percuma. Berikut dikongsikan cara-cara membuat Semakan Senarai Hitam Imigresen secara online. Juga dikongsikan semakan status blacklist PTPTN buat panduan semua.
Untuk rakyat Malaysia yang bercadang ke luar negara (overseas) atas pelbagai urusan, anda dinasihatkan untuk membuat semakan terlebih dahulu. Ianya bagi memastikan anda tidak disenarai hitamkan oleh agensi kerajaan seperti LHDNM, PTPTN, perintah mahkamah dan PDRM atau diisytihar sebagai bankrap.
Semakan Status Senarai Hitam Imigresen Dan PTPTN Online
Jabatan Imigresen Malaysia ada menyediakan satu kemudahan kepada Warganegara Malaysia. Mereka yang ingin membuat semakan status senarai hitam ‘blacklist’ Imigresen atau semakan status kawalan imigresen untuk perjalanan ke luar negara boleh membuat semakan secara online. Pihak PTPTN juga ada menyediakan sistem semakan buat peminjam da;am menyemak status senarai hitam PTPTN.
Punca Individu Disenaraihitam
Warganegara Malaysia adalah dinasihatkan untuk membuat semakan blacklist Imigresen atau pasport sebelum merancang ke luar negara. Ianya bagi mengelakkan sebarang masalah apabila mengetahui passport Malaysia mereka tidak sah atau terdapat sekatan Imigresen atas beberapa faktor, sewaktu tiba di lapangan terbang untuk ke luar negara.
Di antara punca utama nama anda disenarai hitamkan adalah berpunca dari senarai hitam oleh pelbagai jabatan dan agensi kerajaan seperti pihak keselamatan, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam, Jabatan Pendaftaran, LHDNM dan PTPTN.
Cara Semakan Senarai Hitam Imigresen Online
Berikut dikongsikan cara-cara untuk membuat semakan secara Online :-
- Klik Semakan Status Perjalanan Imigresen
- Masukkan No Kad Pengenalan dan tekan butang SEMAK
Jika anda tidak dihalang daripada meninggalkan negara ini, status semakan akan terpapar sebagai “Tiada Halangan” (Tiada sekatan).
Cara atau kaedah alternatif lain dalam membuat semakan status imigresen adalah melalui
- Menghubungi Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) di 03-8880 1000.
Semakan Senarai Hitam PTPTN Online
Peminjam pinjaman PTPTN juga tidak terkecuali akan dikenakan senarai hitam/ black list jika mempunyai tunggakan hutang. Untuk makluman, peminjam PTPTN yang mempunyai tunggakan akan disenarai hitamkan secara berperingkat. Semakan senarai hitam PTPTN boleh di buat secara online dengan mengisi No Kad Pengenalan, No Telefon dan e-Mail. Berikut adalah kaedah semakan yang boleh dibuat:-
- Portal Rasmi PTPTN : Semakan Blacklist/ Senarai Hitam
- Portal Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melalui pautan http://sspi2.imi.gov.my yang sama seperti semakan Imigresen
- Careline PTPTN di talian 03-2193 3000.
- Hadir di kaunter PTPTN / JIM
Maklumat Lanjut Semakan Senarai Hitam Imigresen Dan PTPTN
Sebagai peringatan, peminjam yang mempunyai tunggakan akan disenarai hitam secara harian.
- Pastikan rundingan diadakan dengan menghubungi talian 03-2193 3000 atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan, Isnin hingga Ahad (8.00 pagi hingga 10.00 malam), kecuali Cuti Umum.
- Peminjam juga boleh hadir ke Cawangan PTPTN untuk membuat rundingan 7 hari sebelum ke luar negara bagi mengelakkan sekatan di lapangan terbang atau di pintu sempadan.
- Peminjam dikehendaki membayar keseluruhan hutang pinjaman atau keseluruhan tunggakan termasuk semua kos yang dikenakan sebelum nama mereka dikeluarkan daripada senarai hitam. Sekiranya tidak mampu, peminjam boleh berunding dengan PTPTN dengan membuat apa-apa jumlah yang dipersetujui oleh PTPTN dan penstrukturan semula pinjaman atau kaedah lain yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Semoga perkongsian cara Semakan ini boleh dijadikan panduan buat semua yang berkenaan.
Related : perbadanan tabung pendidikan tinggi nasional ptptn, lembaga hasil dalam negeri, jabatan imigresen untuk perjalanan ke luar negara boleh membuat semakan secara online, no kad pengenalan 12 digit,