Pasti ramai yang sedia maklum bahawa Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tergolong dalam kumpulan B40 merupakan sasaran penerima Bantuan Harapan Negara (BHN) 2019. Pengumuman berkenaan kelulusan inisiatif BHN ini telah dilakukan oleh YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu selaku Menteri Pertahanan. Buat yang telah melakukan permohonan BHN, berikut dikongsikan maklumat berkaitan Semakan Status Bantuan Harapan Negara Dan Tarikh Pembayaran BHN.
Buat pengetahuan semua, permohonan BHN boleh dilakukan oleh mereka yang memenuhi syarat kelayakan bermula dari 14 April 2019 hingga 1 Oktober 2019 yang lalu. Manakala proses pembayaran peringkat pertama telah dilaksanakan mulai 27 Mei 2019. Peruntukan yang dibekalkan untuk pelaksanaan inisiatif ini adalah lebih kurang RM79 juta dengan sasaran seramai 159, 368 orang Veteran ATM yang Berpencen dan Tidak Berpencen.
Semakan Status Bantuan Harapan Negara (BHN) Dan Tarikh Pembayaran
Berikut dikongsikan maklumat dan panduan membuat semakan status Bantuan Harapan Negara (BHN) beserta maklumat tarikh pembayaran BHN buat rujukan semua:
Jumlah Bayaran BHN 2019
Bayaran yang diterima oleh Veteran ATM yang membuat permohonan dan berkelayakan adalah sebanyak:
- RM500 secara one-off
Panduan Semakan Status BHN
Terdapat dua kategori semakan status permohonan BHN yang boleh dilakukan iaitu untuk Veteran Berpencen dan Tidak Berpencen.
Cara-cara membuat semakan adalah seperti berikut:
Semakan Status Bantuan Harapan Negara : Veteran Berpencen
Langkah-langkah untuk membuat semakan status permohonan BHN bagi Veteran Berpencen adalah seperti berikut:
1.Klik: Portal Rasmi Bantuan Harapan Negara (BHN)
2. Di halaman utama, klik Semakan
3. Masukkan No. MyKad, No. Tentera dan Kod Pengesahan di dalam ruangan yang disediakan
4. Klik Hantar
5 .Status permohonan BHN akan dipaparkan oleh sistem
6. Sekiranya permohonan wujud, maklumat yang dipaparkan termasuk:
- No. Tentera
- No. MyKad
- Nama Penuh
- Status Permohonan
- Nama Bank
- Nombor Akaun Bank
- Catatan
Pengguna juga boleh klik Cetak untuk mencetak permohonan tersebut
7.Sekiranya permohonan tidak wujud, kenyataan Permohonan No. MyKad [No. MyKad yang diisi] dan No. Tentera [No. Tentera yang diisi] Tidak Wujud akan dipaparkan
Semakan Status Bantuan Harapan Negara : Veteran Tidak Berpencen
Langkah-langkah untuk membuat semakan status permohonan BHN bagi Veteran Berpencen (Penerima BBN 2017) adalah seperti berikut:
1.Klik: Portal Rasmi Bantuan Harapan Negara (BHN) – sama seperti pautan di atas
2. Di halaman utama, klik Semakan
3. Masukkan No. MyKad, No. Tentera dan Kod Pengesahan di dalam ruangan yang disediakan
4. Klik Hantar
5. Lakukan pengesahan maklumat. Klik Hantar
*Nota: Hanya semakan kali pertama memerlukan pengesahan
6. Halaman seterusnya akan memaparkan maklumat termasuk:
- No. Tentera
- No. MyKad
- Nama Penuh
- Status Permohonan
- Nama Bank
- Nombor Akaun Bank
- Catatan
Pengguna juga boleh klik Cetak untuk mencetak permohonan tersebut bagi tujuan simpanan
Manual Pengguna BHN
Untuk maklumat lanjut berkaitan cara-cara membuat permohonan atau Semakan Status Bantuan Harapan Negara, muat turun dan rujuk manual pengguna berikut:
Tarikh Pembayaran BHN 2019
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh pelaksanaan pembayaran BHN 2019:
- Tarikh Pembayaran Peringkat Pertama: 27 Mei 2019
- Tarikh Pembayaran Peringkat Kedua: Akan dikemaskini
Syarat Kelayakan BHN 2019
Untuk layak membuat permohonan BHN 2019, syarat-syarat yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut:
1.Merupakan seorang Veteran ATM
2. Memiliki tarikh tamat tempoh perkhidmatan (TTP) sebelum atau pada 31 Disember 2019
3. Bermastautin di Malaysia
4. Seorang veteran yang layak memperoleh Bantuan Sara Hidup 2019 Persekutuan
5. Permohonan untuk mendapatkan BHN 2019 perlu dilakukan bagi golongan berikut:
- Veteran ATM Tidak Berpencen yang belum pernah membuat permohonan Bantuan SVTB1M 2013 dan BBN 2017
- Bakal Veteran ATM ( TTP sebelum/pada 31 Disember 2019).
6. Veteran yang mempunyai jumlah pendapatan isi rumah kasar bulanan RM 4,000 dan ke bawah (B40)
*Nota: Bantuan tidak dipanjangkan kepada balu/duda/tanggungan/waris
Maklumat Penting BHN 2019
Berikut dikongsikan maklumat penting yang perlu diambil tahu berkaitan BHN 2019:
1.Sekiranya veteran telah meninggal dunia, ahli isi rumah/waris tidak layak menerima BHN 2019
2. Jika pemohon tidak mengisi nombor akaun bank semasa permohonan BHN 2019, pemohon hendaklah menghubungi Pejabat JHEV ATM
3. Permohonan BHN 2019 tidak layak dilakukan oleh mereka yang pernah berkhidmat dalam Askar Wataniah/ Pasukan Simpanan Sukarela TLDM atau TUDM. Hanya anggota Angkatan Sukarela yang pernah dikerah berkhidmat sepenuh masa sahaja layak membuat permohonan BHN 2019
4. Golongan yang dibersarakan atau diberhentikan daripada perkhidmatan ATM dengan alasan tatatertib/ salahlaku tidak layak membuat permohonan BHN 2019
5. Bagi status gagal kredit ke dalam akaun, pemohon perlu membawa Surat Makluman Lulus / Gagal Kredit BHN dan Baucar termasuk MyKad asal ke mana-mana cawangan bank yang mengambil bahagian. Salinan pendua tidak dibenarkan
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan Semakan Status Bantuan Harapan Negara Dan Tarikh Pembayaran, rujuk butiran yang disediakan di bawah:
Alamat
- JABATAN HAL EHWAL VETERAN ATM, 301 Medan Tuanku, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50802 Kuala Lumpur, Malaysia.
No. Tel
- +603-2697 6600
Fax
- +603-2691 7564
Laman Web
Soalan Lazim
Semoga maklumat berkaitan yang dikongsikan ini dapat memudahkan urusan semua. Selamat memperoleh BHN yang diidamkan.