Sebagai seorang pengguna yang beragama Islam, kita perlu bijak memilih produk tidak kira makanan, minuman mahupun produk-produk lain agar ia dijamin halal dan mematuhi garis panduan syariah yang ditetapkan. Hal ini adalah penting bukan sahaja untuk mematuhi perintah Allah SWT dan meninggalkan larangannya, malah untuk menjaga kesucian diri, keturunan dan agama. Jadi, bagaimana caranya untuk kita memastikan sesuatu produk itu halal atau tidak? Antara langkah mudah adalah dengan membuat Semakan Status Halal JAKIM secara atas talian (online) dan SMS.
Buat makluman semua, semakan status dapat dilakukan dengan mudah dan pantas secara atas talian / online ataupun melalui khidmat pesanan ringkas SMS. Untuk semakan atas talian, para pengguna hanya perlu melayari Direktori Halal Malaysia di Portal Rasmi Halal Malaysia. Senarai produk dan syarikat yang memiliki sijil halal JAKIM dapat dirujuk di laman web ini.
Cara Semak Status Halal JAKIM Secara Online Dan SMS
Berikut dikongsikan langkah-langkah untuk membuat semakan secara online dan juga SMS untuk rujukan semua:
Maklumat yang dikongsikan termasuk pautan URL semakan serta panduan semakan melalui kaedah SMS.
Panduan Semakan Status Halal JAKIM Online
Langkah-langkah untuk membuat Semakan secara online adalah seperti berikut
1.Akses sistem semakan online berikut:
- Klik: Direktori Halal Malaysia
2. Di bahagian Carian, anda boleh memilih negeri dan kategori.
Kategori atau skim yang boleh dipilih adalah seperti berikut:
- Barang Gunaan
- Farmaseutikal
- International
- Kosmetik dan Dandanan Diri
- Premis Makanan
- Logistik
- Produk Makanan / Minuman / Makanan Tambahan
- Rumah Sembelihan
- BARANG GUNAAN – Tulang, Kulit dan Bulu Haiwan
- Pengilangan Kontrak / Original Equipment Manufacturing (OEM)
- BARANG GUNAAN – Pembungkusan
- BARANG GUNAAN – Peralatan Perubatan
3. Di ruangan Semak Status Halal, masukkan keyword atau kata kunci (contoh: KFC) dan klik ikon carian atau tekan Enter di papan kekunci
*Nota : Pencarian boleh juga dilakukan dengan mengisi kata kunci terus tanpa memilih negeri atau kategori
4. Maklumat carian akan dipaparkan beserta tarikh luput sijil halal syarikat dan pautan untuk merujuk maklumat dengan lebih terperinci
*Nota : Hasil carian yang dipaparkan adalah bagi Syarikat di Malaysia sahaja
5. Klik pada ikon kanta pembesar di bawah column Syarikat untuk mengetahui maklumat terperinci syarikat, iaitu:
- Nama syarikat
- Alamat
- No. Telefon’No. Fax
- Alamat Emel
- Laman Web
- No. Rujukan
- Pegawai Rujukan
- Senarai Produk / Menu
6. Maklumat tersebut boleh dicetak sebagai rujukan dengan menekan Print
Panduan Semakan Status Halal JAKIM Melalui SMS
Untuk membuat Semakan secara SMS, anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut:
1.Taipkan:
- HALAL<jarak>SEMAK<jarak>[No Pendaftaran Syarikat]
Contoh:
- HALAL SEMAK 98765Z
2. Hantar SMS kepada 158883.Maklumat yang berkaitan akan dihantar ke telefon bimbit anda
Takrifan Skim
Buat rujukan semua, berikut dikongsikan definisi skim yang boleh dipilih untuk disemak status halalnya berdasarkan Portal Rasmi Halal Malaysia:
- Produk Makanan Dan Minuman: Barangan yang dibuat atau dihasilkan untuk manusia
- Barang Gunaan: Barangan yang selain daripada makanan atau minuman
- Premis Makanan: Sebarang bangunan atau apa-apa struktur yang kekal atau sebaliknya bagi penyediaan, penyajian dan penjualan sebarang makanan seperti restoran, medan selera, kafeteria, kedai bakeri, kedai kek dan pastri, restoran makanan segera, restoran francais, kantin, kiosk, katering, dapur hotel dan lain-lain
- Rumah Sembelih: Tempat atau premis yang digunakan untuk menyembelih dan memproses binatang secara komersial
- Logistik: Perkhidmatan pengangkutan barangan dan/ atau perkhidmatan rantaian kargo atau penggudangan dan aktiviti berkaitan atau peruncitan yang berkaitan dengan pengurusan dan pengendalian makanan, minuman dan barangan
- Farmaseutikal: Produk farmaseutikal dalam bentuk dos siap termasuk produk ubat-ubatan preskripsi dan bukan preskripsi untuk kegunaan manusia (biofarmaseutikal, radiofarmaseutikal, ubat-ubatan tradisional, tambahan khasiat makanan dan ubat-ubatan penyelidikan) yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia
- Kosmetik & Dandanan Diri: Bahan dan sediaan yang dibuat untuk bersentuhan dengan pelbagai bahagian luaran badan (epidermis, rambut, kuku, bibir dan organ sulit luaran) atau pada gigi dan saluran mukus di mulut. Ia bertujuan semata-mata untuk membersih, mewangikan, merubah penampilan dan/ atau membaiki bau badan dan/ atau melindunginya atau memeliharanya dalam keadaan baik
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan, rujuk butiran di bawah:
Alamat
- BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL,
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA,
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA,
Aras 6 & 7, Blok D,
Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
No. 3 Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.
No. Tel
- 03-8892 5000
Fax
- 03-8892 5005
Emel
- pr_halal@islam.gov.my
Diharap agar perkongsian panduan semakan di atas secara online dan SMS ini bermanfaat buat semua. Semoga kita sentiasa memilih produk yang halal dan menepati garis panduan syarak.