Cara Semak Status Permohonan Skim Kad Peduli Sihat Selangor Secara Online. Hendak tahu status permohonan kad anda? Panduan buat rakyat Negeri Selangor yang telah membuat permohonan Kad Peduli Sihat Selangor. Berikut dikongsikan panduan cara membuat Semakan Status Kad Peduli Sihat Selangor secara online termasuk kategori khas untuk semakan pra-kelayakan.
Skim Peduli Sihat Selangor telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan merupakan satu insentif/ bantuan dalam membantu rakyat Selangor khususnya kelompok B40 yang berpendapatan isi rumah bawah RM3,000 dalam mendapatkan rawatan hospital secara percuma.
Semakan Status Permohonan Skim Kad Peduli Sihat Selangor Online
Berikut adalah panduan dalam membuat Semakan Status Permohonan Kad Peduli Sihat Selangor Online buat panduan para pemohon.
Cara Semakan Status Kad Peduli Sihat Selangor
Status permohonan KAD PEDULI SIHAT boleh disemak dengan melayari pautan URL Berikut :-
- Apllikasi semakan : Peduli Sihat
- Cari Semak Status Permohonan Anda Atau Semak Pra_Kelayakan Anda
- Isikan No. Kad Pengenalan anda untuk mengetahui status permohonan diLULUSKAN atau TIDAK
- Seterusnya, Klik Butang ‘Semak’ dan status permohonan akan dipaparkan
Tahniah kepada mereka yang berjaya. Kepada mereka yang layak dan belum membuat permohonan, anda boleh membuat permohonan Kad Sihat Selangor secara online atau manual.
Cara Membuat Permohonan Kad Peduli Sihat Selangor Online/ Manual
Berikut adalah cara membuat pendaftaran dan mengisi borang permohonan secara atas talian/ online atau manual. Terdapat 3 peringkat permohonan kad peduli sihat Selangor seperti berikut :-
- Pendaftaran secara atas talian atau manual
- Pesanan teks (SMS) akan dihantar selepas permohonan diluluskan
- Kad peduli sihat akan dihantar ke alamt rumah
i) Online
Sila isi dengan terang, jelas dan lengkap
ii) Daftar Manual
- Borang permohonan Skim Peduli Sihat Selangor boleh di muat turun atau download di BORANG MANUAL
iii) Dokumen Yang Diperlukan
Senarai dokumen yang dperlukan untuk permohonan adalah seperti berikut :-
- Borang Pendaftaran Skim Peduli Sihat
- Kad Pengenalan (untuk ketua keluarga/ individu) : SALINAN
- Kad Pengenalan, MyKid atau surat kelahiran (untuk tanggungan isteri/ anak-anak) : SALINAN
- Slip gaji/ pencen (untuk penjawat awam/ pesara kerajaan) : SALINAN
- Penyata EA atau KWSP untuk pekerja swasta atau bekerja sendiri : SALINAN
Iv) Penghantaran Borang
Borang permohonan hendaklah dihantar ke Pejabat Ahli Dewan Negeri atau Pejabat Penyelaras Ahli Dewan Negeri berdekatan.
- Kad PEDULI SIHAT akan dihantar ke Pejabat Ahli Dewan Negeri atau Pejabat Penyelaras Ahli Dewan Negeri di SENARAI ADN.
Maklumat Lanjut Kad Peduli Sihat
Untuk maklumat lanjut berkaitan Skim Peduli Sihat Selangor, sila hubungi :-
- SELGATE Corporation Sdn. Bhd
No. Telefon: 03 – 5525 6600
No. Faks: 03 – 5525 6900
Emel: info@pedulisihat.com
Selamat membuat Semakan Status Kad Peduli Sihat Selangor Online. Tahniah kepada pemohon yang berjaya. Moga skim yang diperkenalkan ini mampu membantu rakyat Negeri Selangor untuk terus kekal sihat dan produktif.