Cara Semak Status Permohonan Kad Sihat Johor Secara Online. Berita baik buat rakyat dan penduduk Johor, kerajaan negeri Johor telah memperkenalkan sebuah rawatan kesihatan yang dikenali sebagai Skim Sihat Johor. Berikut dikongsikan langkah-langkah penting bagi membuat semakan status Kad Sihat Johor serta panduan permohonan bagi tahun 2021 sebagai rujukan.
Mengambil kira kos rawatan kesihatan yang kian meningkat, skim ini diwujudkan dengan tujuan untuk mengurangkan bebanan rakyat Johor terutamanya golongan berpendapatan rendah, B40. Skim ini dapat menyediakan kemudahan pembiayaan rawatan kesihatan asas di klinik swasta terpilih (klinik panel).
Cara Buat Semakan Status Kad Sihat Johor
Kepada yang sudah memohon, untuk membuat semakan status Kad Sihat Johor anda, sila semak di pautan berikut:
- Semakan Status
- Isi nombor kad pengenalan dan klik semak.
Kad Sihat Johor 2021
Para pemohon yang berkelayakan boleh membuat pendaftaran secara atas talian (online) di Portal Sihat Johor. Pendaftaran juga dapat dibuat secara manual melalui Pejabat Daerah, Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) & Penyelarasan DUN yang berdekatan.
Manfaat Skim Sihat Johor
Buat makluman semua, kadar pembiayaan Kad Sihat Johor dikira dengan cara pro rata (pro-rate), iaitu mengikut tempoh bulan dalam setahun. Peserta Skim Sihat Johor akan menerima manfaat pembiayaan rawatan kesihatan asas mengikut dua kategori- Keluarga dan Individu. Kadar yang ditetapkan adalah seperti berikut:
- Had Bayaran Kesihatan Setahun
- Keluarga: RM 500
- Individu: RM 50
- Had Setiap Rawatan
- Keluarga: RM 50
- Individu: RM 50
- Kad Kesihatan Percuma
- Keluarga: Satu kad untuk satu keluarga
- Individu: Satu kad untuk seorang individu
Kategori dan Syarat Kelayakan
Berikut dikongsikan syarat-syarat yang perlu ditepati bagi kedua-dua kategori (keluarga dan individu) untuk layak menerima Skim Sihat Johor:
Kategori A: Keluarga
- Orang yang dilindungi: Pemohon, suami atau isteri dan anak-anak. Pemohon dan pasangan serta anak-anak (berumur 18 tahun dan ke bawah dan akan dilanjutkan sehingga 23 tahun sekiranya belum berkahwin dan dan masih belajar sepenuh masa di Malaysia).
- Warganegara: Malaysia.
- Tempat Lahir: Negeri Johor atau telah menetap di Negeri Johor sekurang-kurangnya 10 tahun.
- Gaji Bulanan: Pendapatan isi rumah sebulan kurang atau sama dengan RM 4,830.
Kategori B: Individu
- Orang yang dilindungi: Pemohon yang berumur 21 tahun dan ke atas.
- Warganegara: Malaysia.
- Tempat Lahir: Negeri Johor atau telah menetap di Negeri Johor sekurang-kurangnya 10 tahun.
- Gaji Bulanan: Pendapatan individu sebulan kurang atau sama dengan RM 1,500.
Cara Membuat Permohonan Kad Sihat Johor Online
Pendaftaran Kad Sihat Johor dapat dilakukan dengan mengisi borang permohonan secara online. Berikut merupakan langkah-langkahnya:
Pertama: Sediakan softcopy dokumen-dokumen yang diperlukan
- Borang permohonan yang lengkap diisi.
- Kad Pengenalan/MyKad/Surat Beranak (Pemohon/Suami/Isteri/Anak-Anak).
- Slip Gaji/Pencen/EA (Pemohon/Suami atau Isteri).
- Salinan Sijil Kematian/Cerai (Suami atau Isteri).
Kedua: Layari Laman Sesawang Sihat Johor
- Pemohon perlu melengkapkan borang permohonan atas talian di http://www.sihatjohor.com.my/onlinedaftar.aspx
Ketiga: Muat Naik Dokumen (Jika Ada)
- Pemohon perlu memuat naik dokumen-dokumen yang diperlukan ke laman sesawang Sihat Johor.
Keempat: Memperoleh Nombor Rujukan
- Pemohon akan mendapat nombor rujukan yang dijana oleh sistem Maju Sihat.
Kelima: Cetak Permohonan
- Permohonan yang telah lengkap diisi perlu dicetak atau dikemukakan ke Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Penyelaras DUN untuk mendapat pengakuan.
Sila rujuk pautan di bawah untuk senarai Pejabat Daerah, ADUN dan penyelarasan DUN yang berdekatan:
Senarai Klinik Panel
Berikut merupakan senarai klinik panel yang terlibat dalam Skim Sihat Johor:
Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Daerah dan Pejabat Ahli Dewan Negeri yang berkaitan. Diharap agar perkongsian maklumat berkaitan Kad Sihat Johor 2021 dapat memberi manfaat kepada semua. Selamat membuat permohonan dan semoga berjaya.