Panduan buat semua para pelajar yang merupakan anak negeri Terengganu yang sedang menuntut di IPT awam dan swasta samada di dalam atau luar negeri. Tahukah anda bahawa anda boleh membuat permohonan bantuan Zakat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM)? Sekiranya anda sudah membuat permohonan tersebut, pasti anda ingin mengetahui bagaimana untuk membuat semakan status samada berjaya atau tidak. Berikut dikongsikan cara-cara membuat Semakan Status Permohonan Bantuan Zakat IPTA IPTS MAIDAM Terengganu secara Online.
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) sangat terkenal dengan pemberian bantuan buat pelajar yang memenuhi kelayakan yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat tinggi pada setiap tahun. Buat makluman semua, bantuan zakat tersebut melibatkan pelajar yang sedang menyambung pengajian dari tahap yang rendah seperti sijil sehingga ke tahap tertinggi seperti PhD (doktor falsafah). Ia mengutamakan pelajar yang tidak memperoleh tajaan atau pinjaman daripada apa-apa jenis institusi. (Ini tidak termasuk golongan yang kurang berkemampuan).
Semakan Status Permohonan Bantuan Zakat IPTA IPTS MAIDAM Terengganu Secara Online
Buat makluman semua, permohonan zakat MAIDAM terbuka untuk rakyat negeri Terengganu yang menetap di Terengganu atau telah bermastautin di Terengganu tiga tahun berturut-turut atau lebih sebelum menyambung pengajian.
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah menggunakan Sistem Permohonan Zakat secara online atau atas talian dalam memudahkan rakyat yang ingin memohon bantuan Zakat MAIDAM mulai 1 Januari 2015,
Semakan MAIDAM Online
Berikut dikongsikan cara-cara membuat Semakan Status Permohonan Bantuan Zakat IPTA IPTS MAIDAM Terengganu secara Online:
- Klik pada pautan: Semakan Status Permohonan Zakat MAIDAM
- Isikan nombor kad pengenalan (tanpa tanda ‘-‘ ) dalam ruangan No KPT
- Klik butang Klik Untuk Semak
Kadar Bantuan Zakat MAIDAM
- Bagi para pelajar dalam negara yang memperoleh pinjaman PTPTN atau lain-lain pinjaman/tajaan pengajian layak mendapat Bantuan Am Pelajaran secara tahunan
- Namun begitu, pelajar tersebut perlu memperoleh Purata Nilai Gred (GPA) 2.5 atau lebih pada semester pertama sesi akademik semasa.
- Kadar bantuan mengikut tahap pengajian adalah seperti berikut:
- Diploma : RM800
- Ijazah Pertama : RM1000
- *Nota: Lain-lain kadar bantuan adalah berpandukan keputusan MAIDAM dari semasa ke semasa
Maklumat Lanjut
Untuk memperoleh maklumat lanjut berkaitan Bantuan Zakat MAIDAM Terengganu seperti jenis bantuan zakat dan cara membuat permohonan, sila rujuk butiran di bawah:
Alamat
- Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu ( MAIDAM )
Pusat Pentadbiran Islam Negeri,
Kompleks Seri Iman,
Jalan Sultan Mohamad,
20519 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.
No. Tel
- 09-6303030
Laman Web Rasmi
Diharap agar perkongsian maklumat berkaitan Semakan Status Permohonan Bantuan Zakat MAIDAM Terengganu Online ini dapat memberi manfaat buat semua. Selamat melanjutkan pelajaran dengan berjaya!
Related : syarat kelayakan sebarang pertanyaan www.espmb.com maidam semakan bantuan maidam secara atas talian, maidam untuk http://www.espmb.com/maidam_zakat/ majlis agama islam dan adat melayu terengganu maidam telah menggunakan sistem permohonan zakat secara atas talian sila hubungi, www.espmb.com maidam, untuk mendapat, al gharimin, maidam majlis agama islam, ar riqab, bantuan pengurusan rumah perlindungan pesakit kronik hiv, masukkan maklumat yang sah shj, cth 920101118899,