Cara Semak Status Permohonan Rumah Mampu Milik Johor – RMMJ Online. Panduan buat rakyat Malaysia terutamanya yang menetap di negeri Johor. Sekiranya anda berminat dan berkelayakan, anda boleh membuat permohonan RMMJ secara online. Bagi yang telah melakukan permohonan tersebut, pasti anda tertanya-tanya apakah keputusan permohonan itu. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Semakan Status Permohonan RMMJ Online.
Tahukah anda apa itu Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ)? RMMJ adalah suatu langkah yang diambil oleh kerajaan negeri Johor untuk membantu rakyat Johor. Bantuan yang dimaksudkan adalah dalam bentuk memudahkan rakyat Johor memiliki rumah sendiri dengan harga yang berpatutan.
Skim perumahan rumah mampu milik RMMJ mengutarakan konsep kediaman yang lengkap dengan tiga bilik tidur dan dua buah bilik air. Ia membawa imej rumah yang mesra keluarga dan selesa untuk didiami. Kadar harga yang dikenakan juga mampu dimiliki oleh pelbagai lapisan masyarakat.
Semakan Status Permohonan RMMJ (Rumah Mampu Milik Johor) Secara Online
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Semakan Status Permohonan RMMJ Online buat rujukan semua:
Aplikasi Semakan Status Permohonan RMMJ Online | |||
Berikut dikongsikan pautan yang dapat digunakan untuk membuat semakan Status Permohonan RMMJ secara online: | |||
NO | PAUTAN | ||
1. | Klik: Aplikasi Semakan Permohonan RMMJ
*Sistem Perumahan Rakyat Johor yang telah dinaiktaraf pada 1 Ogos 2018 dikenali sebagai SP2MJ. Tidak seperti sistem yang lama, permohonan menerusi sistem ini bergantung pada projek. Permohonan dapat dilakukan tiga kali dalam suatu tempoh pengiklanan mengikut projek yang ada. | ||
Syarat Kelayakan Permohonan RMMJ | |||
Bagi yang hendak membuat permohonan RMMJ, pastikan anda melepasi syarat-syarat kelayakan seperti yang dinyatakan di bawah: | |||
NO | SYARAT | ||
1. | Mempunyai kewarganegaraan Malaysia. Menetap di negeri Johor selama lima (5) tahun. Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun. | ||
2. | Layak memohon sama ada sudah berkahwin atau masih bujang. | ||
3. | Pemohon atau pasangan yang telah mempunyai RKR selama lima (5) tahun atau lebih berkelayakan untuk memohon rumah kedua iaitu PKJ B. | ||
4. | Sepasang suami isteri hanya boleh membuat suatu permohonan. Bagi permohonan isteri kedua dan seterusnya, nama isteri yang akan digunakan ketika membuat permohonan. | ||
5. | Pemohon/pasangan yang sudah mempunyai PKJ A, PKJ B, RKR atau RKSR boleh membuat permohonan untuk rumah kedua RMMJ. | ||
6. | Tidak layak memohon bagi pemohon yang mempunyai rumah kos sederhana atau rumah mewah. | ||
7. | Bagi kedai kos sederhana rendah di negeri Johor hanya ada satu (1) pemilikan sahaja. | ||
8. | Akaun RMMJ mempunyai Tempoh Sah Pendaftaran selama dua (2) tahun dari tarikh pendaftaran dilakukan. Para pemohon boleh menggunakan akaun mereka untuk mengemaskini maklumat tertentu sahaja. | ||
Langkah Membuat Permohonan RMMJ | |||
Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu diikuti untuk membuat permohonan Rumah Mampu Milik Johor : | |||
NO | LANGKAH | ||
1. | Bagi pemohon yang belum memiliki akaun, lakukan pendaftaran akaun baru menerusi pautan di bawah: | ||
2. | Kemaskini akaun dengan cara Log masuk ke Akaun SUKJ. Lengkapkan maklumat diri. | ||
3. | Pemohon perlu memilih mukim serta kategori rumah atau projek kemudian hantarkan permohonan. | ||
4. | Pemohon hendaklah menyerahkan dokumen di kaunter sepanjang tempoh pengiklanan. Hanya yang layak akan mendapat panggilan untuk ke proses pengundian. | ||
5. | Surat Akuan Sumpah serta dokumen sokongan hendaklah dihantar ke pejabat SUKJ Bahagian Iskandar Puteri. Sebelum itu, Surat Akuan Sumpah hendaklah mendapatkan cop dari mana-mana mahkamah atau pesuruhjaya sumpah. | ||
6. | Dokumen sokongan serta Surat Akuan Sumpah perlu dihantar sendiri ke kaunter. Penghantaran melalui khidmat Pos tidak diterima. | ||
7. | Seandainya pemohon tidak dapat menghantar dokumen sebelum tamat tempoh pengiklanan projek, permohonan itu dianggap gagal. | ||
Kategori Rumah Mampu Milik Johor | |||
Ada tiga jenis Rumah Mampu Milik Johor. Ia berbeza-beza mengikut kriteria dan syarat kelayakan yang perlu ditepati. Kategori rumah yang dimaksudkan adalah seperti berikut: | |||
NO | KATEGORI RUMAH | ||
1. | Rumah Komuniti Jenis A
| ||
2. | Rumah Komuniti Jenis B
| ||
3. | Rumah Mampu Milik Johor & Kedai Kos Sederhana Rendah
| ||
Baucar RM1,000 RMMJ | |||
Sebagai langkah untuk mengurangkan beban dalam proses pembelian rumah, Kerajaan Negeri Johor menyediakan baucar berjumlah RM 1 ribu kepada para pembeli. | |||
Pemberian baucar ini akan dilakukan sewaktu pembeli menerima kunci rumah yang sedia dihuni bermula pada 1 Januari 2015. | |||
NO | BORANG PERMOHONAN BAUCAR RM1,000 | ||
1. | Untuk memuuat turun borang permohonan Baucar RM1,000, klik pada pautan di bawah: | ||
NO | SYARAT KELAYAKAN PENERIMAAN BAUCAR RM1,000 | ||
1. | Terbuka buat pembeli yang membeli rumah jenis Perumahan Komuniti Johor (PKJ) A, (PKJ) B, serta Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ). | ||
2. | Pembeli atau pasangannya hanya layak menerima baucar ini sekali sahaja. | ||
3. | Terbuka buat projek perumahan baru. Projek perumahan baru merujuk pada rumah baru yang dibeli daripada pemaju dan sudah siap dibina. Dan ia boleh diduduki mulai 1 Januari 2015. | ||
*Bagi permohonan Baucar RM1,000 yang berjaya, pemohon perlu menunggu 14 hari selepas menerima tuntutan yang lengkap untuk memperoleh bayaran. | |||
Maklumat Lanjut & Pertanyaan | |||
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan RMMJ, anda boleh mengunjungi kaunter cawangan berdasarkan senarai atau rujuk kepada butiran yang disediakan di bawah: | |||
NO | BUTIRAN | ||
1. | Bahagian Perumahan Negeri Johor
| ||
2. | Bahagian Perumahan (Cawangan Kluang)
| ||
3. | Bahagian Perumahan (Cawangan Muar)
| ||
4. | Bahagian Perumahan (Cawangan Batu Pahat)
| ||
5. | Bahagian Perumahan (Cawangan Tangkak)
| ||
6. | Bahagian Perumahan (Cawangan Segamat)
| ||
7. | Info Lanjut |
Diharap agar perkongsian maklumat berkaitan Semakan Status Permohonan RMMJ Online ini dapat membantu memudahkan urusan anda. Semoga permohonan anda berjaya.