Panduan buat anda yang berminat dan berkelayakan. Adakah anda tahu apakah itu Program Perumahan Rakyat (PPR)? Sudahkah anda membuat permohonan rumah PPR? Sekiranya ya, pasti anda ingin tahu adakah permohonan anda lulus atau sebaliknya. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara membuat Semakan Status Permohonan Rumah PPR Online.
PPR adalah suatu program perumahan yang dijalankan oleh pihak Kerajaan dengan tujuan mengendalikan masalah kekurangan perumahan. Ia juga berhasrat untuk mengurangkan masalah setinggan yang dialami masyarakat yang mana program ini mengutamakan golongan B40. Disebabkan harga rumah yang melampaui kemampuan, rakyat sukar untuk memiliki rumah sendiri lebih-lebih lagi di kawasan bandar-bandar besar. Dengan itu, menerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), kerajaan sudah mengambil tindakan iaitu melaksanakan program PPR untuk meringankan beban golongan yang berpendapatan rendah.
Cara Membuat Permohonan Rumah PPR (Setiap Negeri)
Golongan yang berpendapatan kurang dari RM 2500 sebulan amat dialu-alukan untuk menyertai program ini. Berikutan harga pasaran sebuah rumah biasa yang kini mencecah ratusan ribu ringgit, melalui program ini golongan berpendapatan rendah mampu memperoleh rumah sendiri.
Perumahan PPR disewa dan dijual dengan harga mampu milik. Kadar harga adalah seperti berikut:
- Sewa: RM 124 sebulan (sasaran golongan berpendapatan rendah)
- Jual: RM 30, 000 hingga RM 35, 000 seunit (hanya dilaksanakan di Pahang)
Semakan Status Permohonan Rumah PPR Online | |||
Bagi yang sudah membuat permohonan, berikut dikongsikan maklumat dan cara membuat Semakan Status Permohonan Rumah PPR Online melalui Portal SPRN: | |||
NO | LANGKAH | ||
1. | Klik pada pautan: Semakan Status Permohonan PPR | ||
2. | Isikan No Kad Pengenalan dan Kata Laluan dan seterusnya Klik butang Semak | ||
Syarat Permohonan Rumah PPR Online | |||
Bagi yang hendak membuat permohonan, pastikan anda memenuhi syarat-syarat permohonan PPR seperti berikut: | |||
NO | SYARAT | ||
1. | Mempunyai kewarganegaraan Malaysia. | ||
2. | Berpendapatan isi rumah kurang dari RM 2, 500 sebulan. | ||
3. | Berusia sekurang-kurangnya 18 tahun. | ||
4. | Pemohon mestilah belum mempunyai rumah. | ||
5. | Memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan negeri. |
Cara Membuat Permohonan Rumah PPR Online | |||
Berikut dikongsikan cara-cara membuat permohonan rumah PPR: Permohonan PPR atas talian adalah melalui Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) melalui laman sesawang SPRN (panduan di ii) atau melalui SUK Perumahan Negeri i) Untuk negeri yang tidak menawarkan permohonan secara atas talian, pemohon hendaklah membuat permohonan secara manual dengan menghadirkan diri ke Pejabat Bahagian SUK Perumahan negeri yang terlibat. Kerajaan Negeri/ Lembaga Perumahan Negeri/Pihak Berkuasa Tempatan berkenaan yang akan menguruskan Proses permohonan dan pengisian. Rujuk kepada laman web rasmi untuk setiap negeri seperti di bawah untuk maklumat lanjut :- | |||
PERLIS | KEDAH | ||
PULAU PINANG | PERAK | ||
SELANGOR | NEGERI SEMBILAN | ||
MELAKA | JOHOR | ||
TERENGGANU | KELANTAN | ||
PAHANG | KUALA LUMPUR | ||
SABAH | SARAWAK | ||
LABUAN | |||
Setiap pautan adalah laman web rasmi bagi pihak berkuasa tempatan mengikut negeri. | |||
Proses permohonan dan pengisian dijalankan oleh Kerajaan Negeri/Lembaga Perumahan Negeri/Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan. | |||
Prosedur permohonan, syarat-syarat kemasukan dan cara/kaedah pemilihan adalah berdasarkan negeri masing-masing. |
ii) Permohonan Rumah PPR menerusi Portal TEDUH | |||
Selain permohonan mengikut negeri, Permohonan bagi rumah PPR juga boleh dibuat menerusi Portal TEDUH. Portal ini adalah ‘One Stop Centre’ bagi mengemukakan permohonan perumahan yang ditawarkan oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN) menerusi Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN). Untuk menggunakannya, ikuti langkah berikut: | |||
NO | LANGKAH | ||
1. | Layari pada pautan: Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) | ||
2. | Klik butang pilihan Daftar Akaun | ||
3. | Sila isikan nama, nombor IC serta emel dan klik butang Daftar | ||
4. | Semak emel yang telah didaftarkan lalu klik pautan yang diberikan untuk mengaktifkan akaun | ||
5. | Sila cipta kata laluan. Ruangan ‘Pengesahan Kata Laluan’ hendaklah sama dengan ruangan ‘Kata Laluan’ lalu klik butang Simpan | ||
6. | Seterusnya, sila masukkan No IC dan kata laluan yang telah dicipta lalu klik butang Log Masuk | ||
Langkah Permohonan Rumah PPR Portal TEDUH | |||
Bagi yang telah berjaya mendaftar, ikuti langkah berikut untuk membuat permohonan: | |||
NO | SYARAT | ||
1. | Setelah log masuk ke sistem SPRN, klik pautan Pilih Skim | ||
2. | Sila pastikan pemohon baca syarat dan kelayakan setiap skim sebelum memohon | ||
3. | Klik butang Ya untuk meneruskan proses atau butang Tidak bagi membatalkan proses pengesahan | ||
4. | Klik pautan maklumat pemohon, isikan maklumat sehingga ikon berwarna hijau. Lalu klik butang Simpan | ||
5. | Klik pautan maklumat pendapatan, isikan maklumat sehingga ikon berwarna hijau. Lalu klik butang Simpan | ||
7. | Klik pautan maklumat pasangan, isikan maklumat sehingga ikon berwarna hijau. Lalu klik butang Simpan | ||
8. | Klik pautan maklumat tanggungan, isikan maklumat sehingga ikon berwarna hijau. Lalu klik butang Simpan | ||
9. | Klik pautan projek untuk memohon projek. Klik pautan ikon isikan maklumat sehingga ikon berwarna hijau. Lalu klik butang Simpan | ||
10. | Klik butang Mohon Unit Ini untuk memohon unit di dalam projek tersebut | ||
11. | Klik butang Ya untuk meneruskan proses atau butang Tidak bagi membatalkan proses pengesahan | ||
12. | Klik pautan Dokumen Sokongan untuk memuat naik dokumen sokongan permohonan. (Format PDF sahaja dan saiz kurang 3MB) | ||
13. | Klik pautan Pengesahan untuk hantar permohonan. Tandakan pengesahan maklumat permohonan dan klik butang Sah & Hantar Permohonan | ||
14. | Klik butang Ya untuk meneruskan proses atau butang Tidak bagi membatalkan proses pengesahan | ||
15. | Selesai permohonan, paparan permohonan yang telah dihantar akan ditunjukkan. Pemohon boleh mengemaskini dengan klik butang Kemaskini Permohonan |
Bagi mereka yang memerlukan bantuan dalam permohonan boleh rujuk pautan di bawah:
Ciri-Ciri Rumah Program PPR | |||
Ciri-Ciri Rumah Program PPR: | |||
NO | CIRI-CIRI | ||
1. | Rumah 5 hingga 18 tingkat bagi rumah kawasan bandar besar rumah PPR. | ||
2. | Rumah teres bagi kawasan pinggir bandar rumah PPR. | ||
3. | Mempunyai luas 700 kaki persegi atau lebih. | ||
4. | Mempunyai tiga bilik tidur, sebuah ruang tamu, sebuah ruang dapur, dan dua buah bilik air. | ||
5. | Dilengkapi fasiliti asas sebagai contoh Dewan Komuniti, Surau, Ruang Niaga, dan Rumah Sampah. | ||
Maklumat Lanjut | |||
Untuk sebarang pertayaan, rujuk maklumat berikut: | |||
NO | MAKLUMAT | ||
1. | Alamat
| ||
2. | Telefon
| ||
3. | Laman Web |
Diharap agar perkongsian maklumat tentang cara membuat Semakan Status Permohonan Rumah PPR Online dapat memberi manfaat buat semua. Selamat berjaya!
Related : berpeluang untuk memiliki rumah rendah berpeluang untuk memiliki satu program kerajaan untuk projek ppr program kerajaan untuk penempatan berpendapatan rendah berpeluang untuk, ppr dimiliki