Semakan Pemohon Berjaya Ke Pelaksanaan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE). Panduan buat warganegara Malaysia bumiputera terutamanya golongan belia. Adakah anda berminat untuk menceburi bidang perniagaan? Jika begitu, program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) mungkin dapat menarik minat anda. Buat makluman semua, permohonan TUBE Mega 2025 dibuka antara 16 Disember 2024 sehingga 3 Januari 2025. Berikut dikongsikan cara membuat Semakan Status Permohonan TUBE Mega secara atas talian/ online.
Program ini mengutamakan lulusan sijil kemahiran serta institusi kemahiran tempatan (tidak kira sektor). Ia bertujuan untuk menghargai pengetahuan dan kemahiran yang mereka miliki.
Bagi memberi galakan terhadap generasi Bumiputera berumur antara 18 hingga 30 tahun untuk menceburi perniagaan, Kerajaan telah mewujudkan program TUBE. Pada masa yang sama, ia menggambarkan sokongan terhadap dasar pembangunan belia negara. Dasar tersebut adalah untuk menjadikan bidang keusahawanan sebagai fokus utama bagi belia untuk maju ke hadapan.
Semakan Status Permohonan TUBE Mega 2025 Secara Online
Program TUBE mempunyai matlamat untuk menanam semangat keusahawanan dalam kalangan belia. Selain itu, ia menjadi penganjak bagi belia untuk berubah dari pencari pekerjaan semata kepada pemilik atau pengusaha perniagaan. Program ini juga berusaha membantu belia membentuk daya tahan dan jati diri untuk menjalankan perniagaan sendiri. Semakan bagi tahun 2025 akan dikemaskini sebaik sahaja dimaklumkan.
1. Semakan Status Permohonan TUBE Mega Online | |||
Bagi yang sudah membuat permohonan, berikut dikongsikan maklumat dan cara membuat Semakan Status TUBE Mega Online: | |||
NO | LANGKAH | ||
1. | Klik pada pautan: https://tube.smecorp.gov.my | ||
2. | Masukkan No MyKad dan tekan butang SEMAK | ||
2. Syarat Permohonan TUBE Mega 2025 Online | |||
Bagi yang hendak membuat permohonan, pastikan anda memenuhi syarat-syarat permohonan TUBE seperti berikut: | |||
NO | SYARAT | ||
1. | Mempunyai kewarganegaraan Malaysia bertaraf Bumiputera. | ||
2. | Berusia dalam lingkungan 18 hingga 30 tahun sewaktu tarikh tutup permohonan dalam talian. | ||
3. | Ibu bapa hendaklah lahir di Malaysia serta mempunyai taraf bumiputera. | ||
2a. Syarat Sijil Kemahiran & SSM | |||
Berikut dikongsikan syarat kelayakan dari segi sijil kemahiran dan SSM: | |||
NO | SYARAT | ||
1. | Keutamaan diberikan terhadap para pemohon yang memiliki sijil kemahiran dari institusi atau pusat kemahiran tempatan. | ||
2. | Memiliki minat secara mendalam untuk menjalankan perniagaan, tetapi tidak pernah memulakan perniagaan lagi. | ||
3. | Bagi yang sudah memulakan perniagaan, SSM hendaklah memiliki tarikh pendaftaran tidak lebih dari 24 bulan sejak tarikh tutup permohonan dalam talian. | ||
4. | SSM kali pertama saja yang akan diambil kira. | ||
2b. Syarat Kesihatan | |||
Berikut dikongsikan syarat kelayakan dari segi kesihatan: | |||
NO | SYARAT | ||
1. | Mempunyai tubuh badan yang sihat dan dapat melakukan aktiviti fizikal serta lasak. | ||
2. | Tiada alahan serius. | ||
3. | Tiada pembedahan yang dijalankan ke atas calon juga calon tidak mengalami kecederaan teruk seperti tulang patah dalam masa enam bulan sebelum tarikh akhir permohonan. | ||
4. | Pemohon wanita mestilah tidak hamil atau berpantang pada tarikh akhir permohonan dan/atau sewaktu memasuki Fasa 1 & 2. | ||
5. | Buat pemohon Orang Kelainan Upaya (OKU), mereka hendaklah menunjukkan surat akuan dan pelepasan dari Pegawai Perubatan sekiranya ingin menyertai aktiviti fizikal serta lasak. | ||
2c. Syarat Permohonan Lain | |||
Berikut dikongsikan lain-lain syarat kelayakan: | |||
NO | SYARAT | ||
1. | Tidak pernah disabitkan atas kesalahan jenayah serta tidak pernah muflis. | ||
2. | Tidak berada dalam proses bankrap dan/atau proses tindakan Mahkamah. | ||
3. | Calon bukan suami/isteri/anak-anak mana-mana kakitangan SME Corp. Malaysia. | ||
4. | Cuma salah seorang sahaja yang layak mendapat pertimbangan untuk pemohon pasangan suami/isteri/adik-beradik. | ||
5. | Bagi setiap pengambilan pula, hanya salah seorang sahaja daripada pasangan suami/isteri/adik-beradik yang dipilih. | ||
6. | Tidak bekerja. | ||
7. | Program ini tidak pernah disertai oleh Pemohon. | ||
*Semua syarat kelayakan mestilah dipenuhi. Jika pemohon didapati tidak menepati mana-mana satu kriteria di atas, pemohon adalah tidak layak untuk dipertimbangkan. Seandainya didapati maklumat yang dibekalkan adalah palsu, pembatalan permohonan akan dikenakan serta-merta. | |||
3. Aplikasi Permohonan TUBE Mega 2025 | |||
Berikut dikongsikan pautan untuk membuat permohonan TUBE Mega 2025: | |||
NO | MAKLUMAT | ||
1. | Klik pautan: Permohonan TUBE Mega 2025 | ||
4. Maklumat Lanjut | |||
Untuk info lanjut, rujuk maklumat di bawah: | |||
NO | MAKLUMAT | ||
1. | Alamat
| ||
2. | Emel | ||
3. | No. Telefon
| ||
4. | Infoline
| ||
5. | Soalan Lazim Permohonan | ||
4. |
Diharap agar perkongsian maklumat berkatian cara membuat Semakan Status Permohonan TUBE Mega 2025 Online dapat memberi manfaat buat semua. Selamat membuat permohonan dan semoga berjaya!