Cara Semak Status Samada Pertubuhan/ Persatuan/ Kelab Itu Berdaftar Atau Tidak. Panduan buat semua rakyat Malaysia. Adakah anda salah seorang individu yang menyertai atau ingin menyertai sesebuah kelab/persatuan/pertubuhan itu? Adakah anda tertanya-tanya apakah kelab/persatuan/pertubuhan itu berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)? Dan adakah ia masih aktif ataupun tidak? Sekiranya Ya, anda boleh mendapatkan jawapannya di sini. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara-cara untuk membuat Semakan Status Pertubuhan/ Kelab/ Persatuan secara Online.
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia merupakan suatu Jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri. Ia bertanggungjawab menguruskan pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan serta parti politik. Di bawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966, definisi atau makna sesebuah pertubuhan itu adalah mana-mana kelab, perkongsian atau persatuan yang mengandungi tujuh ( 7 ) orang atau lebih. Objektifnya boleh jadi apa-apa saja, samada sementara atau kekal. Namun ia tidak termasuk badan-badan yang perlu didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis. Sebagai contoh syarikat, koperasi, kesatuan sekerja, persatuan ibu bapa dan guru, badan-badan sukan dan lain-lain.
Objektif JPPM adalah untuk memastikan pertumbuhan pertubuhan secara sihat dan teratur. Di samping memastikan bahawa setiap pertubuhan berkembang dengan cara yang tidak bercanggah dengan kehendak-kehendak tertentu. Antaranya keamanan, kebajikan, keselamatan, ketenteraman awam serta akhlak.
Semakan Status Pertubuhan Secara Online Di ros.gov.my
Berikut adalah keterangan lanjut mengenai cara membuat semakan status pertubuhan secara atas talian:
Semakan Status Pertubuhan Online | |||
Berikut dikongsikan cara-cara membuat Semakan Status Pertubuhan Online: | |||
NO | LANGKAH | ||
1. | Klik pada pautan: Semakan Status Kelab/ Persatuan/ Pertubuhan Secara Atas Talian/ Online | ||
2. | Isikan nama pertubuhan yang ingin disemak di ruangan Nama: | ||
3. | Pilih negeri pertubuhan tersebut di ruangan Negeri: | ||
4. | Pilih kategori pertubuhan tersebut. Antaranya:
| ||
5. | Pilih Subkategori. Pilihan subkategori berbeza-beza mengikut kategori yang dipilih. | ||
6. | Klik Carian. | ||
7. | Jadual yang mengandungi senarai NAMA PERTUBUHAN beserta STATUS (AKTIF) akan dipamerkan. *Penyataan : Data bagi senarai pertubuhan ini dikemaskini secara mingguan. Paparan carian hanya untuk pertubuhan berstatus AKTIF sahaja. Sila hubungi JPPM terdekat untuk lain-lain status. |
Maklumat Lanjut | |||
Berikut dikongsikan maklumat yang boleh digunapakai untuk menghubungi pihak JPPM: | |||
NO | Maklumat | ||
1. | JPPM IBU PEJABAT: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (Ibu Pejabat) | ||
2. | Tel. : 03-88702601 / 03-88702617 | ||
3. | Faks : 03-8870 2659 | ||
4. | Untuk mendapatkan maklumat Pejabat mengikut Negeri, rujuk pautan ini: Alamat & No. Tel. JPPM |
Semoga perkongsian maklumat berkaitan Semakan Status Pertubuhan Online ini dapat membantu anda mengetahui dengan lebih lanjut tentang pertubuhan tertentu. Selamat membuat semakan dan semoga memperoleh maklumat yang diingini.