Panduan buat para pelajar yang mempunyai kelayakan SPM/Sijil/Diploma dan setaraf yang berminat dan berkelayakan. Adakah anda berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Politeknik atau Kolej Komuniti? Jika begitu, berikut dikongsikan maklumat berkaitan panduan untuk membuat Semakan Syarat Kelayakan Politeknik Dan Kolej Komuniti Online.
Buat pengetahuan semua, para pemohon terutamanya yang mempunyai kelulusan SPM adalah dinasihatkan agar melakukan semakan kelayakan terlebih dahulu. Selepas itu barulah teruskan dengan membuat permohonan kemasukan menerusi UPU Online atau Portal Pengambilan Pelajar Politeknik (Permohonan kemasukan yang terlibat adalah Politeknik Premier, Konvensional/METrO). Ini bertujuan bagi memastikan bahawa anda membuat permohonan program pengajian tidak melampaui syarat kelayakan akademik yang anda perolehi. Sekiranya itu berlaku, permohonan anda akan ditolak atau mengalami kegagalan.
Semakan Syarat Kelayakan Politeknik Dan Kolej Komuniti Secara Online
Berikut dikongsikan panduan langkah-langkah membuat Semakan Syarat Kemasukan Ke Politeknik Dan Kolej Komuniti Online buat rujukan semua:
Semakan boleh dibuat di eSemak Politeknik/ Kolej Komuniti
Cara Semak Syarat Kelayakan Masuk Ke Politeknik Dan Kolej Komuniti Online (e-Semak Politeknik) | |||
Cara-cara membuat Semakan Syarat Kelayakan Politeknik Dan Kolej Komuniti Online adalah seperti langkah berikut: | |||
NO | LANGKAH | ||
1. | Klik pada pautan: eSemak Politeknik | ||
2. | Masukkan No. kad pengenalan tanpa tanda ‘-‘. | ||
3. | Pilih salah satu kelayakan akademik di ruangan Kelayakan akademik saya berdasarkan senarai yang diberikan iaitu:
| ||
4. | Senaraikan setiap mata pelajaran yang diambil beserta gred masing-masing. Contoh: | ||
5. | Klik butang Semak untuk memaparkan halaman seterusnya. | ||
6. | Anda akan memperoleh senarai program pengajian yang boleh dipohon. | ||
7. | Program yang dipaparkan adalah program yang layak berasaskan keputusan akademik sahaja. Sila klik nama program berkenaan sekiranya ingin melihat syarat penuh bagi program tersebut. | ||
Sistem Semakan Syarat Kelayakan UPU Online | |||
Di samping eSemak Politeknik, terdapat beberapa lagi portal yang boleh dilayari bagi melakukan semakan syarat kelayakan UPU. Ini termasuk UA, IPTA, Politeknik dan Kolej Komuniti. Berikut merupakan senarai sistem semakan yang dapat digunapakai oleh para pelajar: | |||
1. e-Panduan Permohonan Kemasukan ke Universiti Awam/Politeknik Premier | |||
Antara info yang dipaparkan oleh e-Panduan adalah: | |||
NO | MAKLUMAT | ||
1. | Maklumat berkaitan Universiti Awam dan Politeknik Premier. | ||
2. | Senarai Program pengajian atau kursus yang ditawarkan. | ||
3. | Syarat khas program. | ||
Sekiranya hendak membuat semakan syarat menerusi sistem yang dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar UPU, Jabatan Pendidikan Tinggi, layari pautan di bawah: | |||
NO | PAUTAN | ||
1. | Sistem e-Panduan UPU | ||
2. e-Panduan Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan ILKA | |||
Antara info yang dipaparkan oleh e-Panduan Politeknik adalah: | |||
NO | MAKLUMAT | ||
1. | Syarat am kemasukan. | ||
2. | Syarat khas permohonan program pengajian. | ||
3. | Senarai program pengajian yang ditawarkan. | ||
4. | Maklumat lain berkenaan institusi permohonan ke Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan ILKA. | ||
5. | Untuk ke pautan di atas, klik: e-Panduan Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan ILKA. | ||
3. Selangkah UiTM | |||
Selangkah UiTM merupakan portal untuk menyemak syarat kelayakan permohonan bagi program pengajian di UiTM. | |||
NO | MAKLUMAT | ||
1. | Untuk ke portal Selangkah, klik pada pautan ini: Selangkah UiTM | ||
Maklumat Lanjut | |||
Sekiranya ada sebarang pertanyaan atau inginkan maklumat lanjut, sila hubungi: | |||
NO | MAKLUMAT | ||
1. | Alamat
| ||
2. | No. Telefon
| ||
3. | Faksimili
| ||
4. | Portal Pengambilan Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti |
Diharap agar maklumat berkaitan Semakan Syarat Kelayakan Ke Politeknik Dan Kolej Komuniti Online ini dapat memberi manfaat untuk anda. Selamat membuat semakan dan semoga berjaya!