Panduan buat para pelajar lepasan SPM/STPM dan setaraf yang berminat dan berkelayakan. Adakah anda berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Teknologi MARA (UiTM)? Jika begitu, berikut dikongsikan maklumat berkaitan panduan Semakan Syarat Kelayakan UiTM Melalui Portal Selangkah UiTM untuk mengetahui syarat kemasukan dan samada anda layak memohon ayau tidak.
Buat pengetahuan semua, para pemohon adalah dinasihatkan agar melakukan semakan kelayakan di Portal Selangkah UiTM terlebih dahulu. Selepas itu barulah teruskan dengan permohonan kemasukan menerusi UPU Online atau Portal Kemasukan Pelajar UiTM. Ini bertujuan bagi memastikan anda membuat permohonan program pengajian tidak melampaui syarat kelayakan akademik yang anda perolehi. Sekiranya itu berlaku, permohonan anda akan ditolak atau mengalami kegagalan.
Semakan Syarat Kelayakan UiTM Secara Online Melalui Portal Selangkah UiTM
Berikut dikongsikan langkah-langkah membuat Semakan Syarat Kelayakan UiTM Melalui Portal Selangkah UiTM buat rujukan semua:
Juga dikongsikan syarat am kemasukan serta syarat kelayakan akademik memasuki UiTM.
Semakan Syarat Kelayakan UiTM Melalui Portal Selangkah UiTM
Berikut dikongsikan cara-cara membuat Semakan Syarat Kelayakan UiTM Melalui Portal Selangkah UiTM:
Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM telah mewujudkan sistem semakSYARAT yang terbaharu bagi tujuan menyemak syarat kemasukan ke UiTM. Ianya lebih mudah diakses dan difahami.
Hanya masukkan keputusan peperiksaan dan dapatkan senarai program yang layak untuk dimohon.
- Klik pada pautan: Portal Selangkah UiTM
- Klik pada menu di bahagian atas kiri dan pilih “Semak Syarat”
- Klik “Peringkat Pengajian & Kategori” dan isi maklumat pada ruangan yang disediakan
- Seterusnya klik butang “SEMAK”
- Bilangan program yang layak dimohon akan dipaparkan dan kklik pada nama program untuk mendapatkan maklumat lanjut
- *Paparan rekod semakan sebelum ini boleh diakses pada bila-bila masa
Syarat Am Kemasukan Ke Universiti Teknologi MARA
Berikut dikongsikan syarat-syarat am kemasukan ke UiTM:
- Pelajar hendaklah berumur 16 tahun atau lebih pada tarikh tutup permohonan
- Mempunyai kewarganegaraan Malaysia dan definisi Melayu/Anak Negeri Sabah/Anak Negeri Sarawak/Orang Asli menurut Perlembagaan Persekutuan Malaysia
- Menepati syarat dan kriteria kelayakan minimum untuk semua program yang dipohon
- Tiada rekod jenayah dan bukan dalam proses menanti prosiding
- Permohonan TIDAK DIBENARKAN bagi para pelajar yang sedang menuntut di IPT lain selain UiTM.
Syarat Kelayakan Akademik
Berikut dikongsikan syarat-syarat kelayakan akademik ke UiTM buat lepasan SPM, STPM, Matrikulasi dan Diploma:
- Calon mestilah berkelulusan SPM/Setaraf
- Memperoleh 5 kepujian atau lebih pada peperiksaan SPM atau setaraf
- Mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
Kelayakan Akademik Lepasan STPM/Setaraf
Berikut dikongsikan syarat-syarat kelayakan akademik ke UiTM buat lepasan STPM:
- Lulus peperiksaan SPM/setaraf.
- Memperoleh kepujian untuk subjek Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM/setaraf
- Memperoleh Gred C (NGMP 2.00) atau lebih dalam pengajian Am serta Gred C (NGMP 2.00) atau lebih bagi dua (2) lagi subjek yang berbeza
- Menduduki MUET (Malaysian University English Test).
Kelayakan Akademik Lepasan Matrikulasi
Berikut dikongsikan syarat-syarat kelayakan akademik ke UiTM buat lepasan Matrikulasi:
- Lulus peperiksaan SPM/setaraf.
- Memperoleh kepujian untuk subjek Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM/setaraf.
- Lulus dan memperoleh PNGK 2.00 ke atas bagi Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Undang-Undang KPTM
- Menduduki MUET (Malaysian University English Test).
Kelayakan Akademik Lepasan Diploma
Berikut dikongsikan syarat-syarat kelayakan akademik ke UiTM buat lepasan Diploma:
- Lulus peperiksaan SPM/setaraf dan memperoleh 5 kepujian atau lebih.
- Memperoleh kepujian untuk subjek Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM/setaraf.
- Memiliki kelulusan Diploma atau setaraf yang disahkan oleh Senat Uninersiti.
- Menduduki MUET (Malaysian University English Test).
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, hubungi:
1.Alamat
- Bahagian Pengambilan Pelajar, Bangunan Inovasi, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
2. Unit Diploma
- No. Tel: 03-5544 3194/3196/3162/8067
3. Unit Sarjana Muda
- No. Tel: 03-5544 3195/3198/3277/2798
4. Unit Profesional:
- No. Tel: 03-5544 3168/3167
Diharap agar perkongsian maklumat berkaitan di atas ini dapat memberi manfaat buat semua. Semoga berjaya buat semua.
Related : 2.00 dalam pengajian am sekurang kurangnya gred c ngmp 2.00 dalam dua dua 2 mata pelajaran lulus spm setaraf dengan mendapat sekurang kurangnya 5 kepujian ngmp 2.00 dalam pengajian kurangnya gred c ngmp kepujian dalam bahasa melayu malaysia di peringkat spm setaraf mendapat sekurang kurangnya gred, sijil pelajaran malaysia spm, uitm online, pengajian tinggi