Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6 Sesi 2025/ 2026 Secara Online Dan SMS. Berikut dikongsikan tarikh semakan tawaran Tingkatan 6 (Form 6) semester 1 tahun 2025 buat panduan lepasan SPM tahun 2024. Pelajar yang berhajat untuk menyambung pelajaran di Tingkatan Enam (6) tidak perlu membuat permohonan ke Tingkatan 6 di Sekolah Menengah bantuan penuh kerajaan. Pelajar yang layak dan mencukupi syarat ke Tingkatan Enam akan ditawarkan secara automatik dan boleh menyemak tawaran secara online dan SMS.
Menyambung pelajaran di Tingkatan 6 untuk menduduki STPM adalah salah satu pilihan buat pelajar dalam menyambung pengajian selepas Tingkatan 5. Selain itu, pelajar juga boleh memilih untuk memasuki Universiti Awam, Politeknik, ILKA dan Kolej Komuniti melalui application UPU online.
Semakan Keputusan Tingkatan 6 2025 Online Dan SMS
Tawaran kemasukan ke Tingkatan 6 boleh disemak melalui applikasi semakan atas talian KPM dan juga SMS dalam tempoh 30 hari bekerja selepas result SPM diumumkan. Pelajar adalah disarankan untuk melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di applikasi e-perkhidmatan berkala untuk mendapatkan maklumat terkini semakan.
Berikut dikongsikan maklumat semakan tawaran Tingkatan 6 tahun 2025 yang melibatkan tarikh rasmi semakan, applikasi semakan, permohonan rayuan dan malumat lanjut kemasukan Form 6.
Tarikh Rasmi Semakan Tawaran Tingkatan 6 Online
Untuk makluman, tarikh semakan keputusan tawaran tahun 2025 dan untuk tahun-tahun sebelumnya adalah seperti berikut:-
TARIKH RASMI SEMAKAN TAWARAN TINGKATAN 6 ONLINE | |
Dibuka | Ditutup |
19 Mei 2025 | 25 Mei 2025 |
– Tarikh Rasmi berdasarkan Kenyataan Media KPM |
Untuk rekod semakan Form 6 tahun sebelumnya adalah pada tarikh berikut :-
TARIKH SEMAKAN TAHUN SEBELUMNYA
2024 : 21 Jun 2024 hingga 1 Julai 2024
2023 : 3 Julai 2023 hingga 17 Julai 2023
2022 : 7 Julai 2022 hingga 24 Julai 2022
2021 : 5 Julai 2021 hingga 15 Julai 2021
2020 : 1 Julai 2020
2019 : 16 April 2019 hingga 17 Mei 2019
2018 : 16 April 2018 hingga 16 Mei 2018
2017 : 16 April 2017 hingga 12 Mei 2017
2016 : 14 April 2016 hingga 27 Mei 2016
2015 : 15 April 2015
Berikut dikongsikan cara membuat semakan keputusan tawaran Tingkatan 6 sesi 2025-2026. Semakan boleh dibuat melalui kaedah berikut :-
CARA SEMAK TAWARAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 6 ENAM SESI 2025-2026
i) Semakan Secara Online
Keputusan tawaran kemasukan ke Tingkatan 6 boleh disemak di pautan berikut :-
Bagi murid lepasan SPM tahun 2024 yang tidak mempunyai capaian internet, calon boleh menyemak melalui sekolah untuk keputusan tawaran dan membantu proses pendaftaran
Nota :
- Murid lepasan SPM tahun 2024 boleh menyemak keputusan tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2025 melalui pautan https://sst6.moe.gov.my atau https://moe.gov.my mulai 19 sehingga 25 Mei 2025 secara dalam talian.
- Murid yang layak dan bersetuju menerima tawaran dikehendaki melengkapkan maklumat tambahan seperti nombor telefon dan alamat e-mel yang boleh dihubungi oleh pihak Pusat Tingkatan Enam (PTE)
- Semua murid yang layak akan diberikan surat tawaran secara dalam talian. Surat tawaran hendaklah disimpan dan diserahkan kepada PTE pada hari pendaftaran
- Calon yang sedang menunggu tawaran masuk ke program tertentu bawah rancangan bersama kerajaan, persiapan ke luar negara dan sebagainya, perlu melapor diri ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2025 terlebih dahulu sehingga mendapat pengesahan tawaran berkenaan
- Murid hendaklah memulakan sesi pengajian pada hari pertama persekolahan Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2025 pada 10 Jun 2025 bagi sekolah dalam negeri kumpulan A dan kumpulan B
- Murid yang tidak melapor diri selepas 19 Jun 2025 dianggap menolak tawaran berkenaan. Sekiranya murid berkenaan masih berminat menyambung pengajian di tingkatan enam, murid berkenaan perlu merujuk kepada JPN/PPD untuk semakan lanjut
ii) Semak Melalui SMS
Tidak disediakan tahun ini
Pelajar boleh membuat semakan melalui SMS dengan mengikuti langkah semakan seperti berikut:-
Taip MOE<jarak>T6<jarak>No Kad Pengenalan dan hantar SMS ke 15888
Taip MOE<jarak>T6<jarak>Angka Giliran dan hantar SMS ke 15888
Contoh semakan tingkatan 6 melalui sms adalah seperti berikut :-
Syarat Umum Pemilihan Pelajar Ke Tingkatan 6 adalah seperti syarat berikut :-
SYARAT KELAYAKAN KEMASUKAN KE TINGKATAN ENAM
- Berumur diantara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari 2025
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
- Syarat khas kemasukan Tingkatan 6 untuk jurusan Sains, Sains Sosial, Aliran Agama boleh dirujuk di SYARAT UMUM DAN KHAS FORM 6.
Taip MOE<jarak>T6<jarak>Angka Giliran dan hantar SMS ke 15888
Untuk pelajar yang gagal mendapat tawaran kemasukan pada ambilan pertama, anda boleh membuat rayuan
PERMOHONAN DAN SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN TINGKATAN 6 2024
Pelajat yang gagal mendapat tawaran boleh merayu secara atas talian di aplikasi semakan di atas
- Tarikh rayuan adalah dari tarikh 19 Mei sehingga 25 Mei 2025
- Bagi murid lepasan SPM tahun 2024yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan membantu menguruskan rayuan murid
- Panduan borang rayuan kemasukan Tingkatan 6
- Pelajar yang telah membuat rayuan kemasukan ke Tingkatan 6, semakan keputusan rayuan kemasukan ke Tingkatan Enam Bawah (Form 6) Sesi akademik 2024/ 2025 akan diumumkan pada :-
- 2025 : 3 Jun 2025
- 2024 : 14 – 23 Julai 2024
- 2023 : 24 Julai 2023
- 2022 : 1 Ogos 2022
- 2021 : 20 Julai 2021
- 2020 : 15 Julai 2020
- 2019 : 10 Jun 2019
- 2018 : 11 Jun 2018
- 2017 : 14 Jun sehingga 23 Jun 2017
- Applikasi semakan keputusan rayuan adalah di pautan di Keputusan Rayuan Form 6 Online
MAKLUMAT LANJUT SEMAKAN TAWARAN TINGKATAN 6 2025-2026
Calon yang sedang menunggu tawaran UPU, PERLU MELAPOR DIRI di sekolah yang ditetapkan
- Semua maklumat tawaran termasuk sekolah yang ditempatkan serta makluman yang perlu diberi perhatian akan dinyatakan dalam laman web dan surat tawaran yang dimuat turun
- Pelajar boleh memuat turun dokumen berikut sebagai panduan :-
Selamat membuat semakan tawaran Tingkatan 6 sesi 2025/ 2026 secara online dan SMS. Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Tingkatan 6. Belajar bersungguh-sungguh untuk masa depan yang gemilang.