Panduan buat warga Malaysia terutamanya yang mempunyai anak yang lahir di Selangor. Sudahkah anda membuat permohonan untuk menyertakan anak anda ke dalam program Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)? Sekiranya ya, anda pasti ingin mengetahui cara-cara untuk membuat semakan TAWAS secara online untuk mengetahui status permohonan.
Buat makluman semua, Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) adalah salah satu program penting dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) Fasa 1. TAWAS merupakan sebuah program yang dikendalikan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS). Ia terbuka buat anak-anak kelahiran Negeri Selangor yang memenuhi syarat. Permohonan hendaklah dibuat sebelum anak berusia 3 tahun.
Tanggal 17 Ogos 2015, hasil Mesyuarat Kedua Penggal 3 dalam Sidang Dewan Negeri Bahagian Ketiga Belas, satu Enakmen Tabung Amanah Warisan Anak Selangor telah dipersetujui. Ia bermatlamat memastikan Ahli TAWAS memperoleh sejumlah RM1, 500.00 sewaktu mencecah umur 18 tahun nanti. Kerajaan Negeri Selangor yang mengendalikan Tabung Amanah tersebut.
Sejak 1 Mac 2014, YAWAS telah mewujudkan Skim Khairat Kematian TAWAS berjumlah RM 1,500.00. Ini akan diserahkan kepada waris Ahli TAWAS seandainya si ahli meninggal dunia sebelum mencecah umur 18 tahun.
Semakan TAWAS Secara Online (Tabung Warisan Anak Selangor)
Semakan TAWAS Online | |||
Berikut dikongsikan cara-cara membuat Semakan TAWAS secara Online: | |||
NO | LANGKAH | ||
1. | Klik pada pautan: Semakan Status TAWAS Online | ||
2. | Isikan nombor MyKid anak yang berdaftar di ruangan yang disediakan. | ||
3. | Klik butang Semak. | ||
4. | Maklumat pemohon akan dipaparkan. Antaranya:
|
Kad SiManja | |||
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Kad SiManja: | |||
NO | MAKLUMAT | ||
1. | Buat para pemohon yang lulus dalam membuat permohonan, anda akan menerima Kad SiManja sebagai kad keahlian. Untuk mendapatkan MANFAAT TAWAS yang diberikan kepada Ahli TAWAS, Kad SiManja hendaklah disimpan dan digunakan sebagai rujukan oleh ibubapa atau penjaga. | ||
2. | Selain Kad SiManja, Ibubapa atau penjaga juga boleh mendapatkan Penyata Simpanan TAWAS di Kaunter Pejabat YAWAS. | ||
3. | Sekiranya anda mengalami kerosakan atau kehilangan, sila ajukan laporan ke Pejabat YAWAS. Namun begitu, sejumlah RM 10.00 perlu dibayar untuk cas gantirugi. |
Penyata Simpanan TAWAS | |||
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Penyata Simpanan TAWAS: | |||
NO | MAKLUMAT | ||
1. | Penyata Simpanan TAWAS adalah suatu penyata yang bernilai RM 1500.00. Ia dikeluarkan apabila permohonan TAWAS sudah sah diluluskan. | ||
2. | Adalah dinasihatkan agar Ibubapa atau penjaga mendapatkan penyata tersebut di Pejabat YAWAS pada bila-bila masa. Jangan lupa bawa sekali dokumen-dokumen penting iaitu:
| ||
3. | Ahli TAWAS hanya dapat melakukan tuntutan RM 1500.00 ketika umur mereka mencecah 18 tahun sekiranya Ibubapa atau penjaga masih menyimpan penyata ini. | ||
4. | Sekiranya anda mengalami kerosakan atau kehilangan, sila ajukan laporan ke Pejabat YAWAS. Namun begitu, sejumlah RM 10.00 perlu dibayar untuk cas gantirugi. |
Maklumat Lanjut TAWAS | |||
Untuk sebarang maklumat lanjut, hubungi: | |||
NO | MAKLUMAT | ||
1. | YAYASAN WARISAN ANAK SELANGOR Alamat : Aras 5, Kompleks Belia Dan Kebudayaan Negeri Selangor, Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7, Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam, Selangor. | ||
2. | Emel : pertanyaan.yawas@gmail.com | ||
3. | No. Telefon : 03-5481 8800 | ||
4. | No. Faks : 03-5524 2068 | ||
5. | WAKTU OPERASI Isnin – Jumaat : 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Jumaat sahaja (DITUTUP) : 12.30 tengahari – 2.30 petang Sabtu – Ahad : Tutup. |
Selamat membuat Semakan TAWAS Online Tabung Warisan Anak Selangor dan semoga permohonan anda berjaya!