Semakan Keputusan Tawaran Ke IPG 2024 Online Calon Guru Lepasan SPM. Berita baik buat pemohon dari pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah membuat application IPG untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) tahun 2024 (Dahulunya Maktab Perguruan). Berikut dikongsikan maklumat dan panduan semakan keputusan IPG 2024 (Institut Pendidikan Guru) melibatkan semakan Ujian Kelayakan Calon Guru UKCG, semakan panggilan temuduga dan semakan tawaran.
Untuk makluman, tiga peringkat semakan untuk ambilan ke IPG adalah peringkat tapisan semakan UKCG, Temuduga IPG dan semakan nama layak mendapat tawaran ke IPG.
Semakan Keputusan IPG 2024 Calon Guru PISMP Lepasan SPM
Berikut dikongsikan maklumat penting semakan keputusan IPG 2024 online berdasarkan kepada tarikh yang dipaparkan di Kalendar Aktiviti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ambilan 2024 :-
Cara Semakan Keputusan IPG 2024 Online (Semakan UKCG, Temuduga Dan Tawaran)
Berikut adalah senarai peringkat tapisan/ semakan sehingga keputusan tawaran bagi mengetahui sama ada application ke IPG Ambilan 2024 yang telah dikemukakan oleh pelajar berjaya atau tidak.
Aplikasi Semakan IPG 2024 Online
A. Semakan UKCG
- Pelaksanaan UKCG : 13 Jun 2024 (Lepasan SPM & STAM)/ 15 Julai 2024 (Lepasan STPM/ Matrik)
Cara Membuat Semakan UKCG (Nama Yang Layak)
1. Sila masukkan No Kad Pengenalan pemohon serta kata laluan di ruangan Log Masuk Sistem (Semakan UKCG) yang terdapat di laman Aplikasi PISMP
2. Kemudian klik butang Log Masuk bagi mengakses sistem semakan IPG nama calon berjaya menduduki UKCG – Semakan UKCG Ujian Kelayakan Calon Guru
Calon yang terpilih mesti menduduki dan lulus Ujian Kelayakan Guru (UKCG) pada tarikh yang ditetapkan sebelum layak untuk ke peringkat tapisan seterusnya iaitu Peringkat Temuduga
B. Semakan Temuduga IPG (PISMP)
Keputusan e-UKCG, Semakan calon Layak Temu duga serta Ujian Kecergasan Fizikal (UKF)
- Tarikh Semakan IPG Di buka : 13 Jun 2024 (Lepasan SPM & STAM)/ 15 Julai 2024 (Lepasan STPM/ Matrik)
Panduan Temuduga IPG 2024
1. Temuduga Diadakan : 24 – 27 Jun/ 1 – 4 Julai 2024 (Lepasan SPM & STAM) 22 – 25 Julai 2024 (Lepasan STPM & Matrik)
2. Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang butiran Diri di laman sesawang KPM
3. Semasa Sesi temuduga : Sila bawa bersama Surat Panggilan Temuduga, borang butiran Diri yang telah dilengkapkan dan Sijil Akakdemik/ Kokurikulum
Tip-tips menghadiri temuduga IPG :
Cara Membuat Semakan Panggilan Temuduga PISMP
1. Sila masukkan No MyKad pemohon beserta kata laluan pada ruangan Log Masuk Sistem yang terdapat di Pautan Aplikasi IPG PISMP
2. Kemudian klik Log Masuk untuk mengakses sistem semakan IPG nama calon berjaya temuduga
Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak surat semakan panggilan temu duga IPG, form butiran diri
Semasa menghadiri temuduga pada tarikh ditetapkan sila bawa bersama surat semakan panggilan temu duga IPG, form borang butiran diri yang telah dilengkapkan dan sijil akademik / kokurikulum
C. Semakan Keputusan IPG/ Tawaran PISMP
- Tarikh Semakan IPG Di buka : 24 Julai 2024, 5 petang (Lepasan SPM)/ 13 Ogos 2024 (Lepasan STPM, STAM & Matrik)
- Tarikh rayuan : –
Cara Membuat Semakan Tawaran Calon Berjaya
1. Sila masukkan No Kad Pengenalan pemohon dan kata laluan pada ruang Log Masuk Sistem yang terdapat di Aplikasi PISMP
2. Kemudian klik pada butang Log Masuk untuk mengakses sistem semakan tawaran calon berjaya
Calon jaya dikehendaki mencetak surat tawaran sementara manakala surat tawaran rasmi boleh didapati selepas melaporkan diri di IPG yang telah ditetapkan
D. Proses Pemilihan Ke Institut Pendidikan Guru (IPG)
Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan adalah bergantung kepada keputusan semakan UKCG, prestasi dan skor merit semasa temu duga serta perakuan panel (Kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM adalah muktamad)
E. Tindakan Calon Yang Berjaya Mendapat Tawaran IPG 2024
i) Pendaftaran
Calon-calon yang ditawarkan untuk mengikuti program akan mendaftar di institusi yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tarikh seperti berikut (tarikh tertakluk kepada pindaan)
- 26 Ogos 2024
ii) Perjanjian Pendidikan Guru
Calon yang ditawarkan mengikuti program PISMP di IPG yang ditetapkan adalah tertakluk kepada Perjanjian Pendidikan Guru. Seperti yang tealh ditetapkan oleh KPM. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah KPM termasuk di kawasan pedalaman setelah tamat pengajian
F. Nota Penting Semakan Keputusan IPG
Calon yang telah menduduki UKCG/ temu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya. IPG KPM tidak akan mengeluarkan maklumat secara bertulis kepada calon
Calon adalah dinasihatkan untuk menyemak status application mereka dari masa kesemasa untuk status panggilan UKCG, temu duga dan juga tawaran mengikuti pengajian di IPG ditetapkan
Calon perlu mencetak surat panggilan UKCG, temu duga dan tawaran (sementara) dalam application online. Segala perbelanjaan dan risiko menghadiri UKCG dan temu duga adalah di bawah tanggung jawab sendiri
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :
- INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
- KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
- ARAS 1 – 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN
- 163000 CYBERJAYA, SELANGOR
- (u.p: Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar)
- No. Telefon : 03-8312 6720/ 6730/ 6768/ 6627/ 6758/ 6693/ 6733/ 6731/ 6769/ 6761/ 6689/ 6760
Selamat membuat Semakan secara Online untuk Calon Guru (PISMP) lepasan Sijil Pelajaran Malaysia. Tahniah kepada pemohon yang berjaya ditawarkan ke IPG dalam program PISMP.
Related : layak dipanggil, secara atas talian online, tarikh penting, surat tawaran rasmi, pendaftaran calon layak temu duga serta penyediaan rakaman video kecergasan fizikal vkf,