Cara Semak Pusat Ujian Kemasukan SBP 2020. Panduan buat pelajar yang telah membuat permohonan kemasukan ke SBP Tingkatan 1 dan 4 ambilan tahun 2020. Berikut dikongsikan informasi penting berkaitan Semakan UKSBP 2020 Online Ujian Kemasukan SBP sebagai salah satu syarat kemasukan ke SBP. Murid yang memohon ke sekolah berasrama penuh (SBP) perlu menyemak pusat UKSBP atau keputusan kelayakan menduduki UKSBP pada tarikh yang ditetapkan samada layak terpilih untuk menduduki ujian tersebut.
UKSBP adalah satu syarat kemasukan ke SBP dimana ianya adalah satu ujian saringan yang dilaksanakan kepada murid yang terpilih sahaja. Mereka yang berjaya dalam UKSBP mempunyai peluang cerah untuk mendapat tawaran kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh. Prosedur pemilihan baru ini mampu melahirkan murid yang seimbang dalam semua aspek termasuk akademik, sahsiah diri dan pembabitan dalam pelbagai aktiviti.
Semakan Keputusan Kelayakan Menduduki UKSBP 2020
Berikut dikongsikan maklumat penting semakan kelayakan menduduki Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) atau calon layak menduduki UKSBP.
Tarikh Dan Applikasi Semakan UKSBP 2020
- Semakan pada 4 Oktober 2019 (Tingkatan 1) dan 11 Oktober 2019 (Tingkatan 4)
- Tingkatan 1: Klik Semakan Layak UKSBP Form 1
- Tingkatan 4: Klik Semakan Layak UKSBP Form 4
- FAQ Permohonan SBP 2020
Tarikh Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) 2020
Tarikh ujian adalah pada:
- Tingkatan 1: 14 hingga 18 Oktober 2019 di semua negeri
- Tingkatan 4: 21 hingga 24 Oktober 2019 di semua negeri
- Selangor pada (tarikh akan dikemaskini).
UKSBP bagi Tingkatan 1 akan dijalankan di semua pusat yang telah ditetapkan iaitu di semua SBP manakala bagi Tingkatan 4 akan dijalankan di 69 pusat yang ditetapkan. Kementerian Pendidikan Malaysia akan meluaskan pusat ujian pada tahun akan datang.
Syarat Pemilihan Ke SBP
Apakah syarat pemilihan murid ke SBP? Selain syarat pemilihan murid Tingkatan 1 dan 4 yang dikongsikan di bawah ini, murid yang berjaya dalam UKSBP akan mempunyai peluang cerah untuk ke SBP.Murid yang tidak mengambil/ tidak menduduki UKSBP berkemungkinan akan dipertimbangkan untuk kemasukan ke SBP bagi ambilan berikutnya. Walaubagaimanapun keutamaan akan diberikan kepada murid yang telah menduduki UKSBP terlebih dahulu.
Selain UKSBP, pemilihan murid ke Form 1 juga adalah berdasarkan kepda merit dengan mengambil kira keempat-empat komponen dalam Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR). Kementerian Pendidikan mengumumkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan menjadi sebahagian daripada komponen PPSR dalam usaha mengurangkan tumpuan keterlaluan terhadap peperiksaan.
Selain UPSR, tiga komponen PPSR ialah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
Pemilihan Murid Tingkatan 1
- Murid mestilah warganegara Malaysia
- Murid Sekolah Kebangsaan (SK)
- Berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP
- Murid cemerlang akademik
- Murid aktif dalam kokurikulum.
Pemilihan Murid Ke Tingkatan 4
- Murid mestilah warganegara Malaysia
- Murid bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
- Berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP
- Cemerlang akademik (minimum Gred A bagi 6 mata pelajaran dan sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran yang lain)
- Murid lulus saringan/ temuduga (hanya di KISAS)
- Murid aktif dalam kokurikulum
Maklumat lanjut, sila rujuk
- FAQ Permohonan SBP 2020
Selamat membuat Semakan UKSBP 2020 Online Ujian Kemasukan SBP. Tahniah kepada pelajar yang berjaya dalam Ujian Kemasukan SBP. Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) kelak.