Deskripsi Tugas Dan Jadual Gaji Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19 JPJ. Berikut dikongsikan panduan untuk mereka yang sedang mencari kerja kosong kerajaan terutama di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Facebook SPA memaklumkan akan terdapat kekosongan jawatan Pemeriksa Kereta Motor AB19 di JPJ sehingfa tarikh tutup permohonan pada 14 Januari 2018. Berikut dikongsikan Senarai Tugas Pemeriksa Kereta Motor AB19 JPJ beserta dengan jadual tangga gaji beserta maklumat syarat lantikan dan kelayakan jawatan.
Jawatan sebagai Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19 merupakan salah satu jawatan kerajaan yang boleh dimohon dengan kelayakan SPM/ SVM/ SKM dan Sijil. Mereka yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong Pemeriksa Kereta Motor AB19 perlu membuat pendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA8i di Portal Rasmi SPA. Jangan lepaskan peluang untuk menyertai sektor perkhidmatan awam, jangan berlengah jom daftar sekarang juga.
Permohonan Jawatan Kosong Pemeriksa Kereta Motor (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Untuk panduan mereka yang bermunat, berikut adalah senarai Tugas Pemeriksa Kereta Motor AB19 di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Maklumat lain jawatan yang dikongsikan adalah jadual gaji dan syarat lantikan.
Senarai Tugas Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19
- Bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan untuk memastikan pembinaan dan penggunaan kenderaan bagi mematuhi perkara yang telah ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kaedah yang dibuat di bawahnya.
Kumpulan: Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Kementerian/Jabatan : Pelbagai Kementerian/ Jabatan
Jadual Gaji
- GAJI MINIMUM : RM1,362.00
- GAJI MAKSIMUM : RM4,034.00
- KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM100.00
Syarat Lantikan Pemeriksa Kereta Motor AB19
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED AB19
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai mekanik kenderaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred AB19: RM1,362.00); atau
- SVM : Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred AB19: RM1,362.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred AB19: RM1,420.12); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred AB19: RM1,478.24).
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED AB29
- Sijil dalam bidang kejuruteraan jentera, automotif daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred AB29: RM1,534.00). atau
- Diploma dalam bidang kejuruteraan jentera, automotif yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred AB29: RM1,943.57).
Sumber SPA
Selamat membuat permohonan jawatan kosong ini di SPA8i. Moga perkongsian senarai Tugas Pemeriksa Kereta Motor AB19 JPJ ini dapat dijadikan panduan buat para pemohon. Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya mendapat tawaran menyertai sektor perkhidmatan awam.