FAQ Kemasukan Ke Tingkatan 6 (Form 6). Perhatian buat para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat untuk menyambung pelajaran ke Tingkatan 6. Berikut adalah perkongsian soalan lazim kemasukan Tingkatan 6 untuk tahun 2024 sebagai rujukan semua.
Untuk makluman, pelajar lepasan SPM yang layak dan melepasi syarat kemasukan akan mendapat tawaran kemasukan secara automatik tanpa perlu melakukan permohonan. Semakan tawaran kemasukan Tingkatan 6 boleh dilakukan oleh pelajar lepasan SPM secara online untuk mengetahui samada ditawarkan atau tidak .
Soalan Lazim Kemasukan Tingkatan 6 (FAQ – Soalan Yang Kerap Ditanya Beserta Jawapan)
Pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 pastinya mempunyai pelbagai persoalan dan pertanyaan berkenaan kemasukan ke Tingkatan 6. Berikut dikongsikan beberapa contoh Soalan Lazim Kemasukan Tingkatan 6 yang sering dipertanyakan berkenaan kemasukan ke Tingkatan 6 (Form 6).
FAQ Kemasukan Ke Tingkatan 6 Tahun 2024
Antara Soalan Lazim Kemasukan Tingkatan 6 adalah seperti berikut:
Adakah perlu memohon untuk masuk ke Tingkatan 6 Semester Satu (1) setelah keputusan SPM diumumkan?
- Tidak. Lepasan SPM yang layak dan memenuhi syarat ke Tingkatan 6 akan mendapat tawaran secara automatik. Semakan boleh dilakukan di laman web KPM, 30 hari selepas keputusan SPM diumumkan.
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan borang tawaran kemasukan ke Tingkatan 6?
- Borang tawaran boleh dimuat turun dan dicetak dari laman web KPM, 30 hari selepas keputusan SPM diumumkan. Maklumat berkenaan tawaran serta maklumat-maklumat lain yang berkait ada dinyatakan dalam borang yang dimuat turun.
Apakah syarat-syarat kelayakan untuk masuk ke Tingkatan 6?
- Syarat am (kecuali Murid Berkeperluan Khas) adalah lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
- Berumur antara 17-21 tahun pada 1 Januari tahun 2024
- Syarat khas mengikut jurusan boleh dirujuk di laman web KPM
Bagaimana untuk mengira nilai wajaran unit mata kognat bagi kemasukan ke Tingkatan 6?
Sekiranya jumlah mata kognat melebihi sepatutnya (tidak layak), bagaimanakah untuk membuat rayuan masuk ke Tingkatan 6?
- Anda boleh membuat permohonan rayuan dengan menggunakan Borang Rayuan Kemasukan ke Tingkatan 6 tahun 2024 bagi Calon Sekolah Kerajaan Berdasarkan Pencapaian Kokurikulum (T6BKK) melalui laman web sst6.moe.gov.my
- Permohonan rayuan yang layak dipertimbangkan adalah bergantung kepada kekosongan tempat di Sekolah Pusat Tingkatan 6. Hantar borang yang lengkap secara online atau melalui sekolah kepada:
- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) / Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi rayuan masuk ke Sekolah Menengah Harian, dan Program Pendidikan Khas Integrasi.
- Bahagian Pendidikan Islam bagi SMKA, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.
- Bahagian Pendidikan Khas bagi kemasukan ke Sekolah Menengah Pendidikan Khas.
Pelajar telah ditawarkan ke Tingkatan 6 tetapi ingin bertukar sekolah pusat disebabkan hal-hal tertentu seperti sekolah tersebut tidak menawarkan mata pelajaran yang diingini dan sebagainya. Bagaimana caranya?
- Melakukan permohonan pertukaran pelajar seperti biasa dengan mengisi Borang PU(A) 275 Jadual Ketiga (Permohonan Untuk Bertukar Sekolah Oleh Murid Warganegara). Borang tersebut hendaklah diserahkan kepada Bahagian (kecuali Sekolah Menengah Harian dan Sekolah Menengah Teknik) / Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) / Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing-masing untuk dipertimbangkan. Pertukaran yang melibatkan pertukaran daerah/negeri, borang perlu diserahkan kepada JPN/PPD di daerah sekolah yang dimohon itu berada. Hantar borang yang lengkap melalui sekolah kepada:
- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) / Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi rayuan masuk ke Sekolah Menengah Harian, dan Program Pendidikan Khas Integrasi.
- Bahagian Pendidikan Islam bagi SMKA, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.
- Bahagian Pendidikan Khas bagi kemasukan ke Sekolah Menengah Pendidikan Khas.
Bagaimanakah caranya jika ingin menukar jurusan yang ditawarkan? Soalan Lazim Kemasukan Tingkatan 6
- Calon yang berkelayakan hendaklah mendaftar di sekolah yang ditawarkan terlebih dahulu.
- Kemudian, lengkapkan Borang Permohonan Rayuan Tukar Jurusan Tingkatan 6 (T6BRTJ) di sekolah tersebut atau boleh dimuat turun melalui laman web KPM.
- Borang hendaklah mendapat pengesahan pengetua sekolah terlebih dahulu.
- Alasan yang dinyatakan untuk menukar jurusan mestilah kukuh dan boleh diterima oleh Panel Jawatankuasa Rayuan. Alasan ‘Tidak Berminat’ dan seumpamanya tidak diterima.
- Hantar borang T6BRTJ yang lengkap ke JPN melalui sekolah masing-masing sebelum tarikh tutup yang ditetapkan.
- Penyerahan dokumen hendaklah mematuhi tarikh tutup yang ditetapkan.
- Permohonan yang layak untuk pertimbangan bergantung kepada kekosongan tempat di Sekolah Pusat Tingkatan Enam.
Bolehkah lepasan SPM dari calon persendirian/sekolah swasta/sekolah menengah agama negeri memohon untuk masuk ke Tingkatan 6 di sekolah kerajaan?
- Calon persendirian/sekolah swasta/sekolah menengah agama negeri yang merupakan lepasan SPM boleh melakukan permohonan dengan mengisi Borang Permohonan Kemasukan Tingkatan 6 Tahun 2024 Untuk Calon Persendirian, Sekolah Swasta dan Sekolah Menengah Agama Negeri (T6BCP). Syarat-syarat yang ditetapkan pada borang itu hendaklah dipatuhi.
- Permohonan yang layak dipertimbangkan adalah bergantung terhadap kekosongan tempat di Sekolah Pusat Tingkatan 6. Hantar borang yang lengkap melalui sekolah kepada:
- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) / Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi rayuan masuk ke Sekolah Menengah Harian, dan Program Pendidikan Khas Integrasi.
- Bahagian Pendidikan Islam bagi SMKA, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.
- Bahagian Pendidikan Khas bagi kemasukan ke Sekolah Menengah Pendidikan Khas.
Apakah yang perlu saya lakukan apabila menerima tawaran ke Tingkatan 6 namun tiada penempatan?
- Segera ke Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) untuk maklumat lanjut.
Bolehkah saya memohon ke Tingkatan 6 setelah menolak tawaran Universiti Awam/IPTA/IPTS?
- Calon yang menolak tawaran Universiti Awam/IPTA/IPTS boleh melakukan rayuan ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) berkenaan melalui borang T6BRU.
- Borang yang lengkap perlulah dihantar ke JPN sebelum tarikh yang ditetapkan.
- Permohonan tidak akan dipertimbangkan jika gagal berbuat demikian.
Bolehkah saya membuat rayuan untuk ke Tingkatan 6 selepas pengajian di Universiti Awam/IPTA/IPTS tidak dapat saya tamatkan?
- Calon yang tidak menamatkan pengajian di Universiti Awam/IPTA/IPTS boleh membuat rayuan ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) berkenaan melalui borang T6BRU.
- Borang yang lengkap perlulah dihantar ke JPN sebelum tarikh yang ditetapkan.
- Permohonan tidak akan dipertimbangkan jika gagal berbuat demikian.
Bolehkah calon Sekolah Integriti memohon untuk ke Tingkatan 6?
- Permohonan untuk ke Tingkatan 6 boleh dimohon melalui Sekolah Integriti masing-masing dan tertakluk di bawah pengawalan Kementerian Dalam Negeri.
Apakah pakaian seorang murid Tingkatan 6?
- Pakaian murid lelaki adalah berbaju kemeja berseluar panjang lengkap bersama kasut dan stoking.
- Pakaian murid perempuan adalah baju kurung, gaun, gaun labuh/jenis jubah/maksi, two-piece/three piece suits pants lengkap dengan kasut atau pakaian tradisional kaum masing-masing yang sesuai dan lengkap.
- Tidak dibenarkan untuk jeans, cargo pants, seluar pendek atau leggings.
- Pakaian yang menggunakan material jenis denim adalah dilarang.
- Apa jua pakaian yang menutup muka tidak dibenarkan.
- Memakai kemeja-T ketika menghadiri kelas adalah dilarang.
- Murid perlulah berpakaian kemas, sopan dan tidak mencolok mata.
- Tidak dibenarkan memakai pakaian yang jarang dan ketat.
Apakah prosedur permohonan untuk ke Tingkatan 6 jika saya bukan warganegara Malaysia?
- Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang P.U(A)275-Jadual Pertama yang boleh diperolehi secara emel melalui Unit Perhubungan dan Pendaftaran, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).
- Segala butiran hendaklah dipastikan diisi dengan lengkap.
- Dokumen-dokumen yang diperlukan seperti surat beranak murid, kad pengenalan murid serta ibu dan bapa, dan passport murid serta ibu dan bapa.
- Sila kemukakan bersama salinan pas pengajian, salinan pas tanggungan dan surat majikan yang telah disahkan jika ibu bapa bekerja di negara ini.
- Jika permohonan bukan daripada ibu bapa murid, hendaklah dikemukakan dokumen-dokumen sendiri yang disahkan dan salinan surat keterangan hubungan dengan murid tersebut yang telah ditentusahkan.
Saya mendapat tawaran ke Tingakatan 6, adakah boleh saya memohon penangguhan kerana kerjaya/kursus/kesihatan/masalah peribadi?
- Tidak ada penangguhan/pengulangan bagi masuk ke Tingkatan 6.
- Calon hanya boleh masuk ke Tingkatan 6 mulai dari Penggal Satu (1) setiap tahun.
- Jika anda tidak menerima tawaran pada tahun semasa, ini bermakna anda menolak tawaran tersebut.
- Permohonan rayuan memasuki Tingkatan 6 pada tahun berikutnya boleh dibuat jika anda menolak tawaran pada tahun semasa tertakluk kepada syarat am dan syarat khas yang ditetapkan serta kekosongan tempat di Sekolah Pusat Tingkatan 6.
SUMBER : KPM
Semoga perkongsian Soalan Lazim Kemasukan Tingkatan 6 ini dapat meringankan dan memudahkan urusan permohonan anda. Diucapkan tahniah buat mereka yang berjaya ditawarkan kemasukan ke Tingkatan 6. Semoga berjaya.