Syarat Kelayakan Permohonan PISMP Di IPG Tahun 2024 Online. Untuk makluman, permohonan kemasukan ke Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) telah dibuka secara online. Berikut dikongsikan syarat kemasukan IPG terkini tahun 2024 (dahulunya Maktab Perguruan) buat rujukan lepasan SPM yang berminat untuk menjadi seorang guru.
Permohonan PISMP tahun 2024 dibuka pada tarikh 14 Mac 2024 sehingga 15 April 2024. Program pengajian yang ditawarkan di IPG adalah Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP).
Syarat Permohonan Kemasukan Ke IPG (Institut Pendidikan Guru Malaysia)
Program Perguruan (PISMP) adalah satu program pengajian yang dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan untuk keperluan di sekolah rendah.
Untuk menjadi seorang guru di Sekolah Menengah, pelajar perlu membuat permohonan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Portal PISMP yang dibuka pada tarikh yang akan diumumkan kelak sekitar bulan Mac seperti pada tahun sebelumnya
Tempoh Pengajian Di IPG
Pemohon IPG yang berjaya adalah dikehendaki untuk mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan atau dua (2) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Penuntut yang LULUS PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan akan DITAWARKAN untuk mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun atau lapan (8) semester di IPG ditetapkan oleh KPM. Program pengajian PPISMP dan PISMP adalah dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa.
Syarat Kemasukan IPG Terkini
Berikut dikongsikan maklumat syarat kelayakan permohonan kemasukan ke PISMP di IPG tahun 2024 beserta syarat pengkhususan permohonan kemasukan ke IPG seperti dikongsikan dari Aplikasi Permohonan IPG Online sebagai rujukan.
i) Syarat Dan Kelayakan Asas Permohonan
- Warganegara Malaysia
- Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2024 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2004
- Sihat tubuh badan
- Aktif dalam kegiatan kokurikulum
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred markah peperiksaan cemerlang. Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran.
- Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran seperti berikut :-:
- i. Bahasa Melayu; dan
- ii. Sejarah.
- iii) Bahasa Inggeris
- Aktif dalam kegiatan kokurikulum
ii) Bidang Pengkhususan – Syarat Kemasukan IPG
Pemohon perlu memenuhi syarat bidang pengkhususan yang boleh dirujuk di
iii) Bidang Pengajian Yang Ditawarkan Di IPG – Syarat Kemasukan IPG
Berikut adalah senarai bidang pengajian yang ada ditawarkan buat calon di IPG:-
- SK : 1.Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
2.Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL)
3.Reka Bentuk & Teknologi Pendidikan Rendah
4.Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah
5.Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
6.Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
7.Pendidikan Awal Kanak-Kanak
8.Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
9.Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
10.Sejarah Pendidikan Rendah
11.Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah - SJKC : 1.Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL)
2.Sains Pendidikan Rendah
3.Reka Bentuk & Teknologi Pendidikan Rendah
4.Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah
5.Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
6.Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
7.Bimbingan dan Kaunseling
8.Bahasa Cina Pendidikan Rendah
9.Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
10.Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
11.Sejarah Pendidikan Rendah
12.Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
13.Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah - SJKT : 1. Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL)
2.Matematik Pendidikan Rendah
3.Reka Bentuk & Teknologi Pendidikan Rendah
4.Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah
5.Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
6.Bahasa Tamil Pendidikan Rendah
7.Sejarah Pendidikan Rendah
8.Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
9.Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
Maklumat terkini bidang pengkhususan yang ditawarkan sila rujuk Pilihan Bidang Pengajian
Calon Yang Tidak Layak Memohon IPG
Selain syarat kemasukan IPG terkini yang dipaparkan diatas, calon-calon yang tidak layak untuk memohon kemasukan ke IPG adalah seperti berikut :-
- Pemohon yang sedang mengikuti Program PISMP atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia
- Pemohon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
- Mereka yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
- Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan dengan IPG, sila hubungi :-
- INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 – 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR - (u.p: Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar, Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar)
- No. Telefon : 03-8312 6666/ 03-8312 6720/ 6678/ 6768/ 6693/ 6733/ 6731/ 6689/ 6760/ 6758/ 6769
- emel : uppp.ipgm@gmail.com dan uppp@ipgm.edu.my
Semoga perkongsian di atas boleh dijadikan panduan buat lepasan SPM yang ingin memohon PISMP tahun 2024. Diucapkan selamat berjaya buat para pemohon IPG Malaysia.