Sambutan Hari Bapa 2024 Dan Hukum Merayakannya. Hari Bapa atau Father’s Day merupakan suatu sambutan di mana lelaki yang bergelar bapa, papa, abah, daddy dan sebagainya diberikan penghormatan dan peringatan terhadap mereka yang telah banyak berbakti dan bersusah payah demi kebahagiaan keluarga dan anak-anak mereka. Lazimnya, kebanyakan penduduk malaysia dan seluruh dunia akan menyambut Hari Bapa pada hari Ahad ketiga bulan Jun setiap tahun. Bilakah tarikh Hari Bapa 2024 di Malaysia?
Kebanyakan di antara kita kebiasaannya terlepas pandang betapa besar dan tingginya jasa dan pengorbanan seorang bapa. Maka tidak hairanlah ada di kalangan kita menganggap bahawa Hari Bapa tidak sepenting dan serius Mothers Day. Anak-anak boleh meraikan Hari Bapa dengan membeli hadiah untuk bapa mereka atau meraikannya dengan cara yang lain seperti bersiar-siar, makan dan sebagainya.
Tarikh Hari Bapa Tahun 2024 (Sambutan Di Malaysia)
Berikut adalah perkongsian maklumat tentang Hari Bapa meliputi tarikh sambutan dan hukum menyambutnya. Untuk pengetahuan, peranan seorang bapa adalah amat penting dalam mendidik anak-anak dan menyediakan tempat tinggal, makan minum, pakaian dan sebagainya untuk keluarganya.
Ibu juga memainkan peranan yang sama dengan bapa yang diiktiraf melalui sambutan yang sama. Kedua ibu dan bapa merupakan tulang belakang kepada sesebuah keluarga.
Hari Bapa 2024 | |||
|
Berkenaan dengan sambutan Hari Bapa dan Mothers Day, ingin dinyatakan disini bahawa:
Hukum Menyambut Hari Bapa | |||
| |||
|
Menyambut Hari Bapa adalah bukan sesuatu perkara yang tidak boleh dilakukan oleh kita sebagai umat Islam. Namun hendaklah dengan mengikuti beberapa syarat dan syariat yang telah ditetapkan di dalam agama Islam.
- Pendapat menunjukkan bahawa sifat kasih sayang dan kecintaan terdahap kedua ibu bapa adalah sangat penting. Kerana kebolehan seseorang anak itu untuk masuk ke syurga bergantung kepada bakti dan amalannya kepada kedua ibu dan bapanya.
- Sebagai umat Islam yang berpegang teguh terhapap ajaran, kita sewajarnya meraikan ibu dan bapa setiap hari dengan hati yang ikhlas terhadap insan mulia ini tanpa diharapkan sebarang balasan dan ganjaran.
Selamat Hari Bapa diucapkan kepada semua bapa. Diharapkan perkongsian tarikh Hari Bapa 2024 ini memberikan manfaat yang berguna buat semua.