Sambutan Hari Ibu 2024 Di Malaysia. Hari Ibu atau Mother’s Day disambut pada hari Ahad kedua bulan Mei setiap tahun oleh kebanyakan penduduk di Malaysia dan seluruh dunia. Bilakah tarikh Hari Ibu 2024 di Malaysia? Hari Ibu pada kelazimannya disambut bagi menunjukkan tanda penghargaan kepada wanita/ perempuan yang telah mengorbankan kehidupannya demi kebahagian anak mereka.
Happy Mother’s Day adalah satu hari pengiktirafan untuk kaum ibu, emak, mom, mama dan banyak lagi panggilan. Pada hari ini, setiap anak tidak kisah muda ataupun tua akan merayakan hari ibu dengan membeli hadiah untuk ibu mereka atau dengan cara sambutan yang lain seperti makan, bersiar-siar dan sebagainya.
Tarikh Hari Ibu Tahun 2024 (Sambutan Di Malaysia)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Hari Ibu meliputi tarikh sambutan dan hukum merayakannya. Untuk makluman, peranan Ibu adalah sangat penting dan mempunyai peranan yang sama dengan Bapa yang diiktiraf melalui sambutan Fathers Day. Ibu Bapa adalah tunjang kekuatan sesebuah keluarga.
TARIKH HARI IBU 2024 | |||
AHAD | 12 MEI 2024 |
Hukum Sambutan Hari Ibu |
Berkenaan dengan sambutan Fathers Day dan Hari Ibu, suka dinyatakan bahawa:
Saya melihat isu seperti ini lebih kepada istilah sahaja di mana hakikat perayaan dalam Islam hanya dua, iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji
Berkenaan dengan memuliakan ibu bapa, ianya tidak terhad pada masa atau tarikh tertentu. Malah kewajipannya adalah berpanjangan dan berkekalan sepanjang hayat. Justeru, perayaan seperti ini lebih menghampiri pengaruh Barat yang terpaksa mewujudkan perayaan bagi menghormati ibu dan bapa. Sedangkan bagi orang Islam, anjuran supaya memuliakan dan menghormati kedua ibu bapa sebenarnya sudah dititikberatkan di dalam al-Quran dan al-Sunnah Nabi SAW, tanpa terikat dengan masa dan tempat.
Saya tidak menganggap bahawa merayakan Hari Ibu sebagai perkara yang tidak dibolehkan. Tetapi hendaklah dengan menepati beberapa syarat:
- Menganggap Hari Ibu sebagai penghormatan tambahan buat mereka, bukannya menyempitkan skop menghormati mereka hanya pada tarikh tersebut
- Tidak menjadikan ia sebagai satu bentuk perayaan dengan ertikata perayaan keagamaan, tetapi sebagai sambutan secara adat sahaja
- Sewajarnya seseorang Islam sentiasa menghormati ibubapa dan pada saat yang sama memahami ajaran Islam supaya ketaatannya sentiasa selaras dengan syariat Islam
Akhukum Fillah,
Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
Sumber FB Bahagian Dakwah JAKIM
Sambutan Hari Ibu Yang Dianjur Menurut Perspektif Islam |
Berikut dikongsikan cara sambutan Hari Ibu menurut perspektif Islam :-
- Sambutan yang dilakukan sebaik-baiknya secara sederhana, tidak melalaikan tanggungjawab seorang Muslim terhadap Allah s.w.t. dan tidak bersifat membazir
- Sambutan yang baik adalah dengan cara mengasihi sesama sanak saudara. Melalui amalan ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka, menzahirkan rasa syukur jika senang dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa sebarang musibah
- Sebaik-baik sambutan adalah dengan mengadakan sembahyang berjamaah bersama ahli keluarga, majlis tahlil dan doa selamat, pesanan dan nasihat yang baik serta dalam suasana yang mahabbah.
- Setiap ibu bapa perlu merenung kembali dan muhasabah diri ke atas amanah serta tanggungjawab yang terpikul di bahu mereka. Adakah kita telah memainkan peranan sebagai pemimpin keluarga dengan penuh kasih sayang, melalui jalan kebenaran untuk menikmati kedamaian hidup di dunia dan kebahagiaan akhirat
- Para ibu bapa perlu menyayangi dan melindungi ahli keluarga mereka daripada segala bentuk ancaman akidah dan kelalaian dunia. Ibu bapa perlu menjadi contoh terbaik di dalam keluarga dan disegani, dihormati serta disayangi oleh ahli keluarga
Selamat Hari Ibu 2024 buat para ibu di Malaysia. Moga perkongsian Tarikh Hari Ibu bermanfaat buat semua anak-anak.