Umat Islam kini sedang menjalani ibadah Puasa Ramadhan. Berakhirnya bulan Ramadhan menandakan bulan Syawal berkunjung tiba. Bilakah tarikh Hari Raya Aidilfitri 2024 di Malaysia (Hari Raya Puasa)? Menurut Kalendar Islam 2024 yang telah dikeluarkan oleh JAKIM, umat Islam dijangkakan akan menyambut Hari Raya Puasa/ Aidilfitri tahun 2024 pada hari Rabu, 10 April 2024 bersamaan dengan 1 Syawal 1445 Hijrah yang merupakan tarikh cuti umum di Malaysia. Juga dikongsikan tarikh Hari Raya Haji 2024.
Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2024 walau bagaimanapun adalah tertakluk kepada pengumuman oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia selepas melihat anak bulan Syawal 1445H pada petang tarikh yang akan dikemaskini.
Tarikh Hari Raya Aidilfitri Di Malaysia 1445H/ 2024 (Hari Raya Puasa)
Pengumuman tarikh Hari Raya Puasa Aidilfitri tahun 2024 akan diumumkan dan diisytiharkan melalui radio dan TV pada malam tarikh yang akan dikemaskini sekitar jam 8.00 malam. Tarikh rasmi umat Islam menyambut perayaan Aidilfitri adalah seperti berikut :-
- Tahun 2023 : 1 Syawal 1444H bersamaan dengan 22 April 2023 (Hari Sabtu)
- Tahun 2022 : 1 Syawal 1443H bersamaan dengan 2 Mei 2022 (Hari Isnin)
- Video pengisytiharan pengumuman Hari Raya Aidilfitri 2023 klik Astro Awani.
Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2024/1445-1446H Bagi Malaysia
Berikut adalah tarikh-tarikh penting dalam Islam di tahun 1445-1446 Hijrah :-
Tarikh Hijri (1445) | Tarikh Miladi (2024) | Hari Perayaan / Kebesaran Islam |
27 Rejab | 8 Februari | Israk dan Mikraj |
1 Ramadhan* | 12 Mac | Awal Ramadhan / Berpuasa |
17 Ramadhan | 28 Mac | Nuzul Al-Quran |
1 Syawal* | 10 April | Hari Raya Puasa / AidilFitri |
1 Zulhijjah | 8 Jun | Awal Zulhijjah |
10 Zulhijjah* | 17 Jun | Hari Raya Korban / Aidiladha |
1 Muharam 1446 | 7 Julai | Awal Muharam / Maal Hijrah |
12 Rabiulawal 1446 | 16 September | Maulidur Rasul |
Tarikh bertanda (*) akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia |
Cara Penetapan Tarikh Hari Raya Puasa Di Malaysia
Kaedah penetapan Hari Raya adalah berdasarkan kepada rukyah dan hisab. Penyeragaman sejak dari tahun 1992 dikalangan negara Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei. Telah menyaksikan kesemua umat Islam di negara ini menjalankan ibadah puasa dan berhari raya serentak.
Perbincangan Menteri-menteri Agama Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS) telah bersetuju menetapkan puasa dan hari raya dengan gabungan kaedah rukyah dan hisab. Tetapi kriteria imkanur-rukyah yang digunakan di resolusi Persidangan Negara-negara Islam di Istanbul pada 1978 telah diubahsuai. Dengan menetapkan anak bulan di kira nampak dan boleh di lihat jika mengikut hisab anak bulan berada di kedudukan berikut pada hari rukyah:
- a. Anak bulan berada pada ketinggian tidak kurang dari 2 darjah di ufuk barat ketika matahari terbenam, dan
- b. Jarak lengkung anak bulan ke matahari ketika matahari terbenam tidak kurang dari 3 darjah, atau
- c. Umur anak bulan ketika bulan terbenam pada hari rukyah tidak kurang dari 8 jam selepas ijtimak berlaku.
Tarikh Hari Raya Haji 2024/ Hari Raya Aidiladha (Korban) 1445H
- Hari Isnin : 17 Jun 2024
Semoga perkongsian Tarikh Hari Raya Puasa 2024 Aidilfitri dan Hari Raya Haji Di Malaysia ini boleh dijadikan panduan untuk semua dalam merancang perjalanan pulang ke kampung atau percutian semasa hari raya nanti. Selamat menyambut Hari Raya Maaf Zahir & Batin.
Related : pihak berkuasa yang diamanahkan, raja raja pada malam, dibuat oleh penyimpan mohor, menentukan awal bulan hijri, malaysia menggunakan kaedah rukyah, proses penentuan rasmi tarikh, jabatan kemajuan islam malaysia jakim, hisab dalam menentukan awal, pihak supaya menghormati proses, jakim menasihatkan semua pihak, negeri di malaysia, penentuan rasmi tarikh hari, menghormati proses penentuan rasmi,