Tarikh Nisfu Syaaban 2025 Di Malaysia. Kedatangan bulan Syaaban ini menandakan kita semua umat Islam semakin hampir dengan kedatangan bulan Ramadhan bagi tahun 2025 bersamaan dengan 1446H. Jadi, bilakah tarikh Malam Nisfu Syaaban 2025/1446 H di Malaysia?
Bulan syaaban adalah di antara bulan yang mulia dan barakah di samping Allah S.W.T terutamanya pada Malam Nisfu Syaaban yang akan dilalui oleh umat Islam di seluruh dunia. Berikut adalah sedikit perkongsian berkenaan tarikh Malam Nisfu Syaaban di Malaysia bagi tahun 2025 ini.
Tarikh Nisfu Syaaban Di Malaysia Tahun 2025/1446 H
Berikut dikongsikan tarikh Malam Nisfu Syaaban 2025 untuk memudahkan anda melakukan ibadah dan amalan pada malam yang mulia ini
Tarikh Malam Nisfu Syaaban | |||
| |||
|
Bulan Syaaban
Merupakan bulan yang mempunyai banyak keistimewaan dan kelebihan. Bulan Syaaban adalah sebagai persediaan dan latihan kita untuk menghadapi bulan Ramadhan yang merupakan medan ibadah untuk umat Islam. Dalam sebuah hadith Rasulullah S.A.W bersabda bahawa:
“Keutamaan bulan Syaaban di atas semua bulan itu, seperti keutamaan aku di atas semua Nabi dan keutamaan bulan Ramadhan itu di atas semua bulan ibarat keutamaan Allah SWT di atas semua hamba-Nya”
Kelebihan Bulan Syaaban
Hadith yang diriwayatkan Imam al-Bukhari R.A melalui Aisyah RAH ada menceritakan kelebihan bulan Syaaban yang bermaksud:
“Maka tidaklah aku melihat baginda SAW berpuasa selama sebulan melainkan pada bulan Ramadhan dan tidaklah aku melihat baginda SAW memperbanyakkan puasa melainkan pada bulan Syaaban.”
(Riwayat al-Bukhari)
Amalan Dalam Bulan Syaaban
Amalan yang digalakkan dalam bulan ini ialah ibadah puasa kerana amalan ini menguji ketahanan mental, emosi dan fizikal seseorang. Ianya juga merupakan amalan yang banyak ganjaran diberi jika dilaksanakan dalam bulan ini. Hal ini bertepatan dengan sabda Rasulullah S.A.W ketika ditanya, “apakah bulan selepas Ramadhan yang afdhal berpuasa”. Nabi SAW menjawab bermaksud,
“Bulan Syaaban kerana untuk mengagungkan Ramadhan”.
(Riwayat at-Tarmizi)
Terdapat satu malam yang dinantikan oleh umat Islam dalam bulan Syaaban iaitu malam nisfu syaaban. Allah memberikan kelebihan dan pengampunan kepada hambanya kecuali yang syirik kepada-Nya. Rasulullah SAW bersabda menerusi hadithnya yang diriwayatkan oleh Ibn Majah RA daripada Abu Hurairah RA bermaksud:
“Allah SWT melihat kepada makhluk-makhluknya pada malam nisfu syaaban lalu mengampuni makhluk-makhluknya kecuali orang yang musyrik dan orang yang bermusuhan”.
(Riwayat Ibn Majah)
Antara amalan-amalan yang boleh dilakukan adalah:
- Melakukan ibadah puasa sunat dan qiyamullail pada 15 hari terakhir bulan Syaaban.
- Merapatkan lagi tali silaturrahim sesama manusia.
- Istiqamah melakukan amal ibadah dan kebajikan.
- Banyakkan memohon keampunan daripada Allah SWT.
Sumber: JAKIM
Semoga perkongsian berkenaan Tarikh Nisfu Syaaban 2025 Di Malaysia ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua dalam melakukan ibadah terutamanya malam nisfu syaaban dan 15 hari terakhir bulan Syaaban. Moga ibadah yang anda lakukan diterima oleh Allah SWT.