Awal Ramadhan. Bulan Ramadhan yang mulia bakal tiba tidak lama lagi. Bilakah tarikh awal Ramadhan iaitu tarikh mula berpuasa Ramadhan buat umat Islam di Malaysia untuk tahun 2025/ 1446H? Berdasarkan kepada tarikh penting Kalendar Islam 2025 yang diterbitkan oleh JAKIM, Tarikh Mula Puasa Ramadhan 2025 seluruh negeri di Malaysia adalah pada tarikh 2 Mac 2025 iaitu bersamaan dengan 1 Ramadhan 1446 Hijrah.
Tarikh mula puasa yang juga merupakan tarikh cuti umum buat negeri Melaka, Kedah dan Johor ini walau bagaimanapun masih tertakluk kepada pengumuman rasmi iaitu selepas melihat anak bulan Ramadhan di lokasi di seluruh Malaysia.
Tarikh Mula Puasa Ramadhan Tahun 2025/ 1446H Di Malaysia
Penetapan tarikh awal puasa Ramadhan tahun 2025 untuk negeri-negeri seluruh Malaysia akan diumumkan secara rasmi dan bakal disiarkan dan diumumkan di saluran TV utama Malaysia. Tarikh pengumuman adalah pada 1 Mac 2025, 29 Syaaban 1446H sekitar jam 800 malam.
- Awal Ramadhan : 2 Mac 2025 – 1 Ramadhan 1446H (Hari Sabtu)
Kalendar Islam 2025 (Tarikh Penting)
Berikut dikongsikan tarikh penting dalam Kalendar Islam 2025 dan dikeluarkan oleh JAKIM. Kalendar Islam di bawah ini memaparkan tarikh hijri, tarikh miladi dan hari perayaan/ kebesaran Islam pada tahun 2025/ 1446-1447H.
TARIKH-TARIKH PENTING DALAM ISLAM TAHUN 2025 / 1446-1447H MALAYSIA | |||
Tarikh Hijri (1446) | Tarikh Miladi (2025) | Hari Perayaan / Kebesaran Islam | |
27 Rejab | 27 Januari | Israk dan Mikraj | |
1 Ramadhan* | 2 Mac | Awal Ramadhan / Berpuasa | |
17 Ramadhan | 18 Mac | Nuzul Al-Quran | |
1 Syawal* | 31 Mac | Hari Raya Puasa / AidilFitri | |
1 Zulhijjah | 29 Mei | Awal Zulhijjah | |
10 Zulhijjah* | 7 Jun | Hari Raya Korban / Aidiladha | |
1 Muharam 1447 | 27 Jun | Awal Muharam / Maal Hijrah | |
12 Rabiulawal 1447 | 5 September | Maulidur Rasul | |
Tarikh bertanda (*) akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia |
Panduan Berpuasa Di Bulan Ramadhan
Marhaban ya Ramadhan, bulan penuh rahmat dan keberkahan. Allah memilih Ramadhan sebagai bulan yang istimewa sebagaimana firman-Nya:
“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Qur’an sebagai petunjuk bagi semua manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil). Karena itu, barang siapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka wajiblah baginya berpuasa, sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesulitan bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.” (Q.S. Al-Baqarah:185)
Berikut adalah senarai panduan penting ketika berpuasa untuk panduan Umat Islam seluruh Malaysia dan seluruh dunia.
- Jadual waktu berbuka puasa dan Imsak 2025 semua negeri seluruh Malaysia
- Niat Puasa Ramadhan Dan Doa Berbuka Puasa
- Cara solat terawih
Semoga perkongsian Tarikh Mula Berpuasa Ramadhan 2025 di Malaysia ini boleh dijadikan panduan dan rujukan buat semua muslimin dan muslimat. Semoga kita berjaya melengkapkan ibadah puasa tahun ini dengan jayanya.