Tema Hari Guru Tahun 2024. “Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani” telah dipilih sebagai tema hari guru 2024 seperti makluman Facebook Rasmi KPM. Hari Guru akan disambut setiap tahun pada tarikh 16 Mei setiap tahun. Dan untuk tahun 2024, ianya akan disambut untuk edisi yang ke 53.
Objektif Hari Guru Malaysia adalah seperti berikut :-
- Memupuk semangat perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru
- Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat
- Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat
- Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia
- Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan
- Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar, persidangan, melanjutkan pelajaran dan sebagainya
Sambutan Hari Guru 2024
Pelancaran Hari Guru tahun 2024 kali ini akan diadakan seperti ketetapan berikut :-
TARIKH DAN LOKASI SAMBUTAN HARI GURU 2024 | |||
Tarikh/ Lokasi | Tema | ||
16 Mei 2024/ Kuantan Pahang | Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani |
Tema Hari Guru Tahun 2024 : Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara Madani
Tema tahun ini dipilih atas konsep menyokong salah satu daripada 7 Teras Nadi Keunggulan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), iaitu peningkatan keupayaan pendidikan digital di sekolah, untuk memastikan murid dapat menghadapi cabaran dunia digital dengan lebih baik. Sambutan rasmi peringkat kebangsaan akan diadakan di:
- Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang
- Tarikh : 14 hingga 16 Mei 2024
Huraian terperinci mengenai tema dan sambutan Hari Guru Tahun 2024 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Tema Hari Guru Tahun 2023 : Guru Insani Pemangkin Generasi Madani
Tema tahun ini dipilih atas konsep membangkitkan roh dan jiwa guru ke arah memartabatkan profesion keguruan berteraskan Falsafah Pendidikan Guru. Ia juga memfokuskan kesediaan guru mendukung aspirasi Falsafah Pendidikan Guru denagn memberikan penekanan kepada:
- Jati diri dan kenegaraan
- Roh dan jiwa guru
- Pengetahuan dan kemahiran
Huraian terperinci mengenai tema dan sambutan Hari Guru Tahun 2023 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Tema Hari Guru Tahun 2022 : Guru Tunjang Sekolah Sejahtera
Tema yang dipilih pada tahun 2022 iaitu Guru Tunjang Sekolah Sejahtera, menyentuh peranan guru dalam memperkasa keilmuan dan profesionalisme bagi membina generasi baharu negara yang dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru merupakan insan yang sentiasa dahagakan ilmu dan tidak jemu memperlengkap dirinya dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran dan nilai sejajar dengan prinsip pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning).
Dalam konteks berguru, ilmu hendaklah diperoleh daripada seseorang yang mempunyai kepakaran atau kemahiran yang autentik serta berasaskan sumber yang betul, sahih dan berwibawa. Murid perlu menginsafi bahawa tidak ada manusia yang mencapai kejayaan di dunia ini tanpa kehadiran insan bergelar guru. Guru juga insan yang banyak membentuk karakter dan keperibadian seseorang.
Berguru merupakan suatu proses pembelajaran berterusan yang tiada berpenghujung, selagi mana seseorang itu masih menikmati kehidupan di dunia ini. Seseorang yang berguru dengan niat ikhlas untuk mendapatkan ilmu akan terus berusaha meningkatkan kefahaman terhadap ilmu tersebut dan juga berusaha meneroka bidang ilmu baharu. Ini akan melahirkan lebih ramai ilmuwan yang mampu mencipta dan mereka produk serta perkhidmatan yang memberi impak tinggi kepada masyarakat dan negara.
Murid yang ada pada hari ini merupakan generasi pewaris masa hadapan negara. Oleh hal demikian, adalah penting untuk guru menanam dalam jiwa muridnya akan kecintaan dan dahaga kepada ilmu. Kecintaan mereka kepada ilmu akan melahirkan generasi baharu yang lebih gemilang dalam pelbagai aspek kehidupan.
KPM yakin bahawa tema “Guru Tunjang Sekolah Sejahtera’ ini dapat memberi semangat baharu kepada guru serta murid dan seterusnya membentuk masyarakat yang menuntut iimu dengan niat ikhlas agar ilmu mudah melekat dalam sanubari.
Guru Tunjang Sekolah Sejahtera (Tema Tahun 2022)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan logo hari guru 2022 sebagai rujukan dan maksud disebalik logo yang dipilih.
DEFINISI LOGO HARI GURU 2022
- SELAMAT : Persekitaran sekolah yang aman dan tenteram serta terpelihara daripada ancaman dan bahaya
- SERONOK : Suasana pengajaran dan pembelajaran di sekolah yang menggembirakan
- SIHAT : Penjagaan kesihatan fizikal dan mental khususnya dalam aspek pemakanan serta kebersihan diri dan persekitaran
- ETIKA : Pegangan yang teguh kepada nilai-nilai akhlak dan prinsip moral khususnya dalam aspek integriti
- EMPATI : Keupayaan untuk menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain dengan meletakkan diri pada tempat mereka
- JATI DIRI : Prinsip serta pegangan yang membentuk identiti dan karakter diri dalam mencorak keperibadian unggul
- ADAB SOPAN : Amalan tingkah laku yang memberi penekanan kepada akhlak, budi bahasa, pertuturan dan kelakuan baik
- HARMONI : Suasana persekitaran yang aman dan penuh toleransi serta berteraskan perpaduan dalam kalangan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang
- TEKUN : Rajin dan bersungguh-sungguh dengan penuh tumpuan serta daya usaha dalam mendalami ilmu dan melaksanakan tanggungjawab
- TELITI : Cermat dan hermat denagn penuh analitis dalam melaksanakn tanggungjawab
- TERAMPIL : Kecekapan dan kemahiran yang tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab
- EKSPLORASI : Rasa kecintaan untuk meneroka ilmu yang bermanfaat dan terus berusaha meningkatkan kefahaman serta menguasai ilmu berkenaan
- RASIONAL : Kemampuan membuat pertimbangan dan keputusan berdasarkan fakta dan maklumat serta tidak dipengaruhi oleh emosi dan prasangka
- ARTIKULASI : Keupayaan untuk mengalah serta menyampaikan pandangan hujahan atau huraian tentang sesuatu perkara dengan jelas dan teratur berdasarkan fakta
Dikongsikan juga huraian mengenai Tema Hari Guru tahun 2022:
HURAIAN SEKOLAH SEJAHTERA
HURAIAN
Tema Hari Guru ini dicadangkan untuk menyahut cabaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, guru ialah agen penting dalam merealisasi konsep Sekolahku SEJAHTERA.
2 Konsep Sekolahku SEJAHTERA digagaskan sebagai satu kerangka konsep yang akan memayungi pelbagai tema, inisiatif dan program sedia ada KPM yang berteraskan penerapan nilai-nilai murni.
3. Guru berperanan memperkenalkan kepada murid di Prasekolah mengenai nilai-nilai murni yang telah dihuraikan di atas
4. Pada peringkat sekolah rendah pula, guru perlu melaksanakan tugas sebagai mentor kepada murid dalam memainkan peranan yang lebih besar dalam penerapan nilai dan amalan-amalan baik
5. Di Sekolah menengah, guru mempunyai peranan sebagai fasilitator kepada murid untuk menerapkan nilai dan amalan baik dalam kehidupan seharian
6. Tambahan daripada elemen SEJAHTERA, aktiviti di sekolah memerlukan penyatuan tiga (3) domain pembelajaran, iaitu kognitif (cognitive), sosioemosi (socio-emotional) dan tingkah laku (behavioural). Ketiga-tiga domain ini perlu diintegrasikan dalam setiap aktiviti institusi pendidikan yang menekankan kepentingan ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat.
Berikut adalah senarai Tema-Tema Hari Guru dari tahun 2010 hingga tahun 2023 :-
SENARAI TEMA HARI GURU | |||
TAHUN | TEMA | ||
2023 | Guru Insani Pemangkin Generasi Madani | ||
2022 | Guru Tunjang Sekolah Sejahtera | ||
2021 | Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu | ||
2020 | Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu | ||
2019 | Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi | ||
2018 | Guru Pemacu Transformasi Pendidikan | ||
2016/ 2017 | Guru Pembina Negara Bangsa | ||
2015 | Guru Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak | ||
2014 | Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi | ||
2013 | Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda | ||
2012 | Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara | ||
2011 | Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara | ||
2010 | Guru Pembina Negara Bangsa |
Selamat menyambut Hari Guru tahun 2024 dan menghayati sama-sama Temanya iaitu “Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani”. Jangan lupa jasa guru yang berjaya mendidik anak bangsa ke arah kehidupan yang cemerlang.
Related : kreatif menjayakan wawasan, guru inovatif dan kreatif, inovatif dan kreatif menjayakan, tema sambutan hari guru, untuk membina