Deskripsi Tugas, Gaji Dan Kelayakan Pembantu Penguatkuasa Gred KP19. Berita baik buat lepasan SPM yang sedang mencari kerja kosong kerajaan. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kini sedang mengiklankan jawatan kosong Pembantu Penguasa sebanyak 296 kekosongan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Berikut dikongsikan Tugas Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 buat panduan para pemohon. Pembantu Penguasa adalah diantara jawatan kerajaan yang boleh dimohon dengan menggunakan kelulusan SPM/ SVM/ SKM dan Sijil.
Mereka yang berminat dan berkelayakan boleh membuat pendaftaran/ permohonan jawatan Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 di Pendaftaran SPA9 secara online. Tarikh tutup permohonan adalah pada 21 Januari 2018 jam 1159 malam. Sebelum ini, Portal SPA juga ada mengiklankan kekosongan jawatan sebanyak 50 kekosongan untuk Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19 yang akan ditutup pada 14 Januari 2018.
Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 Senarai Tugas, Kelayakan Dan Gaji
Apakah skop kerja atau deskripsi tugas seorang Pembantu Penguatkuasa Gred KP19? Berikut adalah Deskripsi Tugas Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 yang merangkumi skop kerja, jadual gaji minimum/ maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan.
Deskripsi Tugas Pembantu Penguatkuasa KP19
Berikut adalah skop kerja Pembantu Penguatkuasa dan tangga gaji jawatan ini.
Menolong dalam menjalankan operasi penguat kuasaan, penyediaan statistik penguat kuasaan, menyediakan rekod operasi dan pendakwaan, terlibat dengan saksi kes-kes pendakwaan dan kerja-kerja lain yang diarahkan oleh pihak atasan dari semasa ke semasa.
- Kumpulan : Pelaksana
- Kementerian/ Jabatan : Pelbagai Kementerian Atau Jabatan
Jadual Gaji Pembantu Penguatkuasa Gred KP19
Gaji minimum atau maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 adalah seperti berikut :-
- MINIMUM : RM 1,360.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 4,052.00
- KADAR KENAIKAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 100.00
Syarat Lantikan Pembantu Penguatkuasa
Kelayakan untuk menjadi seorang Pembantu Penguatkuasa Gred KP19, anda perlu melepasi syarat kelayakan seperti berikut :-
- Memiliki kewarganegaraan Malaysia;
- Berumur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau yang setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred KP19 iaitu RM1,360.00); atau
- Bekas anggota polis atau tentera yang berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya atau lebih tinggi. Juga telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang memuaskan dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan baik. (Gaji awal bermula pada Gred KP19 iaitu RM1,360.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan yang setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Dua dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred KP19 iaitu RM1,416.40); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan yang setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred KP19 iaitu RM1,472.80).
Syarat Fizikal
Selain itu, pemohon perlu menepati standard sifat fizikal dan pancaindera seperti berikut :-
- Ketinggian tidak kurang dari 1.57 meter untuk lelaki dan 1.53 meter untuk perempuan dalam keadaan tidak memakai kasut;
- Mempunyai berat tidak kurang dari 48 kilogram untuk lelaki dan 46 kilogram untuk perempuan;
- Memiliki bacaan Indeks Jisim Badan (BMI) di antara nilai 19 hingga 26; Mempunyai saiz ukuran dada yang normal tidak kurang dari 79 sentimeter dan 84 sentimeter ketika menghela nafas (lelaki sahaja);
- Lulus ujian penglihatan untuk mata kiri dan kanan yang dilakukan secara berasingan menggunakan ketetapan V6/9 tanpa memakai cermin mata; Mentafsir warna dan bunyi tanpa cela; dan
- Telah menjalani pemeriksaan dengan pengamal perubatan berdaftar serta dipersetujui lulus untuk berkhidmat.
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan dengan kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) perlulah memperoleh Kepujian (tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.
Deskripsi : Portal SPA
Selamat membuat permohonan jawatan Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 secara online. Moga deskripis tugas Pembantu Penguatkuasa yang dikongsikan dapat membantu anda membuat permohonan Jawatan ksoong JPJ. Diucapkan selamat berjaya.
Related : pembantu penguat kuasa gred, pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat, peringkat sijil kemahiran malaysia skm tahap, berat badan sekurang kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita, penguat kuasa gred kp19, pembantu penguat kuasaan penyediaan statistik penguat kuasaan menyediakan rekod operasi dan pendakwaan terlibat dengan saksi kes kes pendakwaan dan kerja kerja lain yang diarahkan oleh pihak atasan dari semasa ke semasa, memenuhi syarat syarat ukuran fizikal dan pancaindera, diperiksa dan berkebolehan bertutur membaca dan menulis dalam bahasa melayu dengan memuaskan, mentafsir warna dan berkebolehan bertutur membaca dan menulis dalam bahasa melayu dengan memuaskan,