Cara Semak Syarat Kelayakan UPU Melalui Online. Tahniah kepada pelajar SPM yang berjaya mendapat keputusan peperiksaan SPM yang cemerlang. Berita baik buat lepasan SPM tahun semasa. Anda boleh menyemak syarat kelayakan akademik yang ditawarkan di Universiti Awam (UA/ IPTA) melalui sistem semakan iMASCU online.
Sistem Semak Syarat iMASCU adalah Applikasi semakan atas talian yang telah dilancarkan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi dan UPU. Calon yang ingin melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam melalui application UPU online kini boleh membuat semakan kelayakan dan memilih jurusan yang layak dipohon menggunakan sistem ini.
Semak Syarat Kelayakan UPU iMASCU Online
Sistem iMASCU adalah Sistem Semakan Syarat Kelayakan UPU Lepasan SPM yang dapat membantu pelajar dalam menyemak syarat kelayakan, Ianya termasuk semakan kelayakan pelbagai program pengajian di UA merangkumi Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Ini bermakna, program pengajian di UA/ IPTA/ Politeknik Premier yang layak dipohon hasil keputusan akdemik SPM pelajar akan dipaparkan.
UPU SEMAK SYARAT dibuka untuk pemohon lepasan SPM/Setaraf sahaja.
Anda boleh membuat semakan iMASCU program pengajian yang anda layak di UA & Politeknik Premier berdasarkan kepada keputusan SPM yang anda perolehi dan semakan ini hanya merangkumi kelayakan akademik sahaja.
Semakan Kelayakan Program Pengajian Melalui iMASCU
Berikut dikongsikan panduan ringkas/ penting bagaimana cara buat semakan syarat UPU melalui sistem semak syarat iMASCU.
- Langkah Pertama adalah dengan melayari Laman iMASCU : Sistem SEMAKAN SYARAT (iMASCU kini tidak disediakan lagi)
- Isikan maklumat yang diperlukan oleh sistem semakan. Diantara maklumat pelajar yang perlu diisi adalah :-
- No MYKAD (12 Digit)
- NAMA
- NO TEL
- KATEGORI (STPM ATAU SPM)
- Isikan maklumat mata pelajaran dan keputusan peperiksaan yang pelajar perolehi
- Klik BUTTON SEMAK
- Sistem akan memaparkan kelayakan pemohon untuk memohon jurusan yang ada ditawarkan di UA
Cetak
NOTA : iMASCU tidak disediakan lagi. Calon boleh membuat semakan kelayakan UPU melalui pautan terkini seperti berikut :-
- e-Panduan Universiti Awam (UA)
- e-Panduan TVET
Nota Penting Semakan Syarat Kelayakan UPU
Pelajar lepasan SPM dikehendaki untuk mengisi maklumat mata pelajaran yang diambil beserta dengan gred yang diperolehi dalam peperiksaan SPM (result) yang sebenar. Keputusan peperiksaan percubaan juga boleh digunakan untuk Fasa Pertama application.
- Sama seperti lepasan SPM, pemohon lepasan STPM juga perlu mengisi senarai matapelajaran dan gred. Tambahan maklumat yang pelu diisi adalah keputusan SPM dan MUET
- Semakan keputusan menggunakan sistem iMASCU akan berjaya dipaparkan selepas anda bersetuju dengan Terma dan Syarat yang dipaparkan dalam mesej pengesahan Pop-Up
- Senarai UA/ Institusi yang pelajar layak memohon akan dipaparkan. Klik UA/ Institusi yang berkenaan untuk melihat program yang layak dimohon.
Semakan Syarat Kelayakan UiTM Dan Politeknik
Calon pelajar yang ingin memasuki UiTM dan Politeknik, anda boleh juga membuat semakan syarat kelayakan menggunakan sistem berikut :-
Semoga perkongsian iMASCU Semakan Syarat Layak UPU ini boleh dijadikan panduan buat semua pelajar. Moga pelajar dapat memilih UA/ Institusi dan program pengajian yang bersesuaian dengan minat dan kelayakan akademik pelajar.