Semakan Result Semester 1 (S1) STPM 2025 Secara Online Dan SMS. Maklumat penting buat calon peperiksaan STPM Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia Semester 1 (S1) tahun 2025 dahulunya dikenali sebagai Penggal 1 (P1). Berikut dikongsikan tarikh rasmi dan panduan cara semak keputusan STPM Semester 1 (STPM S1) 2025. Pelajar boleh membuat semakan keputusan secara online dan SMS. Calon juga boleh mendapatkan pernyataan keputusan peperiksaan S1 pada tarikh 20 Mac 2025 bermula jam 1000 pagi.
Calon adalah dinasihatkan untuk sentiasa melayari Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam mendapatkan informasi terkini keputusan serta maklumat lain yang berkaitan.
Semakan Keputusan Peperiksaan STPM Semester 1 2025 Online Dan SMS
Berikut dikongsikan cara membuat Semakan Keputusan peperiksaan STPM Semester 1 tahun 2025. Result STPM S1 2025 boleh disemak melalui Applikasi semakan MPM online ataupun melalui perkhidmatan MySMS 15888.
i) Tarikh Rasmi Semakan
Calon-calon peperiksaan STPM boleh mengambil slip keputusan mereka di sekolah masing-masing. Calon persendirian pula akan memperolehi keputusan melalui pos. Keputusan STPM Semester 1 2025 juga boleh juga disemak secara online atau melalui kaedah semakan SMS bermula pada tarikh rasmi keputusan diumumkan.
- 2025 : 20 Mac 2025 (Khamis) bermula jam 1000 pagi
- 2024 : 25 April 2024 (Khamis) bermula jam 1000 pagi
- 2023 : 24 Mei 2023 (Rabu) bermula jam 1000 pagi
- 2022 : 24 Mei 2022 (Selasa) bermula jam 1000 pagi
- 2021 : 30 Jun 2021 (Rabu) bermula jam 1000 pagi
- 2020 : 3 Mac 2020 (Selasa) bermula jam 1000 pagi
- 2019 : 27 Februari 2019 mulai jam 1000 pagi
- 2018 : 27 Februari 2018 bermula jam 1000 pagi
- 2017 : Pada 16 Februari 2017 bermula jam 1000 pagi
ii) Semak Keputusan STPM Semester 1 Tahun 2025
Berikut adalah kaedah semakan keputusan peperiksaan STPM S1 Semester 1 tahun 2025 :-
a) Secara Online
Applikasi semakan atas talian akan diaktifkan pada tarikh rasmi keputusan diumumkan bermula jam 1000 pagi.
- Klik MPM STPM
- Untuk semakan, sila masukkan No Kad Pengenalan calon dan tekan butang Hantar
- Keputusan peperiksaan yang terpapar pada penyata adalah bukan keputusan keseluruhan peperiksaan STPM.
- Keputusan peperiksaan penggal sahaja tidak boleh digunakan bagi tujuan permohonan kemasukan ke UA/ Institusi Pengajian Tinggi dan tidak layak untuk menerima sebarang kemudahan yang dikeluarkan kepada pemegang Sijil STPM oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.
b) Kaedah semakan SMS : Semak Keputusan STPM Semester 1
Perkhidmatan semakan mySMS untuk keputusan Semester 1 STPM 2025 akan diaktifkan bermula dari jam 10:00 pagi pada tarikh keputusan diumumkan. Contoh cara semakan keputusan STPM Semester 1 2025 melalui SMS adalah seperti berikut :-
- STPM<jarak>RESULTS1<jarak>No Kad Pengenalan
- Contoh: STPM RESULTS1 940224136414
- Hantarkan SMS ke 15888
Maklumat Lanjut Semak Semula Keputusan STPM
Sila layari Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia di pautan https://stpm.mpm.edu.my/ untuk membuat semakan semula keputusan STPM mengikut semester.
Diucapkan selamat membuat Semakan Keputusan peperiksaan STPM Semester 1 tahun 2025 secara online. Tahniah kepada calon pepeiksaan yang berjaya mendapat keputusan peperiksaan STPM yang cemerlang.