Semak Keputusan Keseluruhan STPM 2022 Secara Online Dan SMS. Bilakah tarikh keputusan keseluruhan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2022 diumumkan? Berikut adalah maklumat Semakan Keputusan STPM 2022 untuk result STPM keseluruhan yang boleh disemak secara online dan SMS. Maklumat semakan keputusan STPM 2022 akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Berdasarkan kepada tarikh semakan tahun lepas, calon peperiksaan dijangka boleh mendapatkan pernyataan keputusan peperiksaan pada hujung bulan Julai/ awal Ogos 2023.
Untuk makluman, keputusan STPM tahun lepas telah diumumkan pada sekitar Ogos 2022. Result STPM akan dikeluarkan lebih awal berbanding dengan tarikh keputusan peperiksaan SPM yang pada kelazimannya akan diumumkan sekitar minggu kedua bulan Mac. Pelajar adalah disarankan untuk melayari Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam mendapatkan tarikh rasmi keputusan STPM keseluruhan diumumkan.
Semak Keputusan Keseluruhan STPM 2022
Berikut adalah panduan cara-cara dalam membuat semakan keputusan STPM 2022 (keseluruhan) yang boleh disemak oleh pelajar Tingkatan Enam (6) melalui beberapa kaedah semakan.
Semakan Keputusan STPM Tahun 2022 Online Dan SMS
- Tarikh rasmi keputusan : 13 Julai 2023 (Khamis) Jam 11.30 pagi
i) Hadir Ke Sekolah
Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing pada tarikh rasmi keputusan STPM diumumkan bermula jam 11.30 pagi. Calon persendirian individu pula akan memperoleh keputusan melalui pos. Pelajar juga boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat mendaftar peperiksaan dahulu.
ii) Semak Secara online
Semakan keputusan keseluruhan STPM secara atas talian atau online boleh di buat dengan melayari Laman Web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di pautan applikasi semakan bermula jam 11:30 pagi pada tarikh rasmi keputusan diumumkan.
- Applikasi semakan di MPM
- Masukkan No Kad Pengenalan (KP)
- Tekan butang HANTAR
Sistem aplikasi semakan untuk keputusan keseluruhan STPM 2022 akan diaktifkan hanya pada tarikh rasmi keputusan diumumkan.
iii) Semakan Melalui SMS
Calon juga boleh menyemak keputusan peperiksaan mereka melalui perkhidmatan Sistem Mesej Singkat (SMS) yang dibuka bermula 1100 pagi, pada tarikh rasmi keputusan diumumkan dengan menaip:-
- STPM<jarak>(No Kad Pengenalan)<jarak>Angka Giliran
- Contoh STPM 910325035243 A11921920
- Hantar ke 15888
iv) Secara Emel
Keputusan peperiksaan calon akan dihantar oleh MPM ke alamat emel calon pada 1 Julai 2021 bermula jam 11 pagi (Untuk calon yang memberikan alamat e-mel kepada MPM)
v) Akan dimaklumkan JPN/PPD/Sekolah
Bagi calon yang tidak mempunyai akses internet, pihak JPN/PPD/Sekolah akan mengenalpasti calon berkenaan dan akan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan
Kenyataan Media KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengeluarkan kenyataan media berkaitan dengan tarikh keputusan STPM akan diumumkan serta kaedah semakan STPM 2022 secara keseluruhan. Ianya akan dikemaskini sebaik sahaja kenyataan media dikeluarkan.
Mengikut rekod pada peperiksaan STPM tahun 2022, seramai 43,687 calon peperiksaan telah hadir menduduki peperiksaan STPM di 659 buah pusat peperiksaaan di seluruh Malaysia. Daripada jumlah tersebut, seramai 41,701 calon telah hadir untuk menduduki peperiksaan pada ketiga-tiga semester STPM 2022. Sebanyak 89.72 peratus atau 37,414 adalah calon kategori B40.
Semoga perkongsian panduan Semakan Keputusan keseluruhan STPM 2022 secara online dan SMS boleh dijadikan panduan buat calon menyemak keputusan peperiksaan mereka. Tahniah kepada calon STPM yang berjaya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang kali ini.